View: 11800|Reply: 91
|
Jadi Rebutan Penerbit, Nazim Othman Ada Kelas Tersendiri
[Copy link]
|
|
Keberkesanannya membawa setiap watak yang diamanahkan membuktikan Nazim Othman sememangnya berada dalam kelas tersendiri.
Bermula dengan kepayahan untuk melangkah masuk dalam industri seni, dia kini tersenarai antara nama rebutan penerbit untuk melariskan sesebuah drama.
Rasa syukur diucapkan oleh pelakon memiliki nama sebenar Nushrul Alif Othman ini apabila drama terbaharu lakonannya, Takdir Yang Tertulis yang disiarkan di TV3 kini menjadi buah mulut penonton.
"Alhamdulillah, kerana itu menandakan drama ini mendapat perhatian dari khalayak penonton yang besar.
"Sewaktu penggambaran selama dua bulan, kami tak meletakkan apa-apa harapan apabila drama ini disiarkan.
"Fokus kami cuma buat yang terbaik semampu kami selama proses penggambaran berlangsung. Apatah lagi kami bekerja ketika pandemik Covid-19 yang melanda dunia," katanya.
Memberitahu wataknya sebagai Azlan yang mengkhianati isteri sendiri, Nazim mengakui pasti dirinya menjadi kecaman warganet yang membencinya.
"Saya tidak tergugat dan tetap tenang kerana bukan pertama kali melalui situasi ini. Saya okay saja kerana yakin penonton cuma marahkan watak lakonan saya.
"Langsung tiada perasaan kecil hati, malah lega kerana ramai yang mengatakan gaya lakonan saya tampak matang dan berbeza dalam naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin ini.
"Saya juga sangat menghargai komitmen semua rakan lakon yang berdisiplin menjaga karakter lakonan masing-masing. Tak lupa juga kepada keseluruhan kru produksi yang komited demi menjayakan drama ini," katanya.
Menurutnya, pengalaman bekerja dengan Shahrulezad adalah satu proses yang sangat mengujakan.
"Ia kerana, sememangnya sudah bertahun-tahun lamanya saya mengharapkan untuk bekerja di bawah arahan dia.
"Takdir Yang Tertulis adalah drama rantaian ketiga saya bersama rumah produksi Radius One, tapi ini kali pertama saya berkesempatan bekerja di bawah arahan penuh Shah rulezad.
"ada saya, dia pengkarya yang bijak bermain psikologi untuk mengeluarkan sisi karakter yang diinginkan dari seseorang pelakon," katanya.
Katanya lagi, Shahrulezad menulis skrip di lokasi penggambaran seiring hari yang berlalu.
"lot penceritaan acapkali berubah dan sebagai pelakon, kami semua perlu sentiasa bersedia.
"Tapi ia tidaklah sampai membebankan malah hasilnya ternyata lebih baik. Karakter dan kreativiti Shahrulezad amat saya kagumi.
"Setiap segi karyanya diambil berat termasuk memahami kepentingan skor muzik yang sesuai untuk membantu 'mood' penceritaan dan emosi dalam drama," katanya.
Menurutnya lagi, dia juga mudah mencari keserasian antara rakan pelakon lain walaupun pertama kali digandingkan bersama.
"Ini kali pertama saya bergandingan bersama Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong , Didie Alias dan Isaac Iman.
"roses suai kenal berlangsung seiring dengan proses penggambaran. Jujurnya tidak sukar, tapi adakalanya fikiran saya kadangkala terganggu ketika penggambaran kerana terlebih berfikir.
"Apapun, bekerja dengan mereka tetap menjadi kenangan yang baik kerana banyak perihal berkenaan kehidupan dan hubungan sesama manusia saya belajar secara tidak langsung ketika kami bekerjasama," katanya.
Foto: IG
Jadual padat Bercerita perkembangan terbaru, Nazim melahirkan perasaan syukurnya kerana sudah dilamar untuk tiga projek drama.
"Saya kini sedang menunggu tarikh kebenaran penggambaran memandangkan kita masih lagi dalam lingkungan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Alhamdulillah, saya bersyukur masih lagi mendapat kepercayaan penerbit, pengarah dan stesen TV untuk menggalas tanggungjawab sebagai pelakon utama walaupun usia saya menginjak 37 tahun pada tahun ini," katanya.
Beralih kepada sisi peribadi, Nazim yang sudah dua tahun menduda, enggan membicarakannya secara terbuka.
"Tidak banyak yang boleh saya kongsikan. Cukuplah khalayak luar tahu saya masih solo.
"Buat masa ini, saya cuma mahu fokus pada kerjaya, diri sendiri dan keluarga.
"Soal jodoh saya tak terlalu fikirkan. Saya percaya aturan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya," katanya yang pernah berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 2016. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mana Kurex. Komen skit |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masih Nazim.. sekarang Nazimah...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
solarlunar replied at 2-2-2021 09:50 AM
Mana Kurex. Komen skit
Dulu ye, taste.. skrg ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Hitam beno bibir dia ni. Boleh mekap sikit tak.. Xselera acik tgk |
|
|
|
|
|
|
|
MakcikLaksa: Hitam beno bibir dia ni. Boleh mekap sikit tak.. Xselera acik tgk
Bibior dia itam nape ek?... |
|
|
|
|
|
|
|
Btw jangan dikutuk reput. Nanti ada yg report, habis kena tolak 98 kredit uols. Uols kena terima dengan redha cerita dari reput. Kita kena benci dalam hati, sebab tu yg selemah-lemahnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringin nak jaid Lee Min Ho Malaysia ke???
Lee MinHo tu pun buat hidung juga |
|
|
|
|
|
|
|
Iollss penah jumpa si Nazim b4 dia bertukar wajah ni mse kat area Wangsa Walk dulu..dia bratur beli Tutti Fruity depan I masa tu..mak aihhh time tu merembes yachhh sampai merah padam muka aku sebab dia ensem gila time tu..skang hell noooo ngan pondesen tebal n lip matte ehhh perlu ke jimah janda oiii..
|
|
|
|
|
|
|
|
MakcikLaksa replied at 2-2-2021 09:59 AM
Hitam beno bibir dia ni. Boleh mekap sikit tak.. Xselera acik tgk
Iye. iols pun rengsa tgk bibir heols. Hitam beno |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 2-2-2021 10:26 AM
Iollss penah jumpa si Nazim b4 dia bertukar wajah ni mse kat area Wangsa Walk dulu..dia bratur bel ...
Dulu, masa dia ambik kucing dekat kawan iols pun, iols merembes, berdenyut2. Iols ada masa tu, tengah melepak. Lepas tu kawan iols kata jgn merembes, dia tu pompuan..... Terus iols padamkan niat iols. Terus terbantut nak merembes |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu smart.sekarang jambu.harap kurek terima la seadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Drama TYT ni meletop sebab pengarah dia si Ijat tu..mmg naskah dia every year akan jadi hit kan kat TV3..So pelakon2 TYT ni xyahla perasan sangat ok drama hit sebab uols (kecuali Nad yg mmg hebat kan walaopn watak sama je mcm drama Samarinda sebelom ni)..rugi sangat Diana Daneille tak pegang watak Juweta tu..DD hebat tp masih lom ada drama yg betol2 letopkan sheols..
btw mujur la si Janna x jadi berlakon drama ni..ewwww sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Drama takdir yang tertulis ni best. Pelakon semua best. Tapi nazim kureng laaa. Selama ni ingatkan dia pandai berlakon, tapi dalam cite ni macam kaku je. Mungkin sebab berlakon sebelah dengan nad zainal kot so dia nampak macam tak setanding. Iols asyik la terbayang camne agaknya watak azlan tu kalau shukri yahaya yang bawak. Mesti pecah tv kat rumah tu sebab sakit hati haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 2-2-2021 10:14 AM
Btw jangan dikutuk reput. Nanti ada yg report, habis kena tolak 98 kredit uols. Uols kena terima den ...
Sabar je lah Rex.. redha je seredha2nya walaupun cerita repots ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah minat dia ni tapi drama yang ni nampk dia pushed boundries dia dari segi menjiwai watak. Gitteww |
|
|
|
|
|
|
|
Jujur cakap die mmg berlakon best... Mmg die pandai berlakon... Iolss suka ja semue watak die berlakon.. Tp tulah mulut mcm x boleh buka luass2x... |
|
|
|
|
|
|
|
Repair bibir dulu laa.. kasi pink cam najib, baru best tgk. Ni itam cam gagak |
|
|
|
|
|
|
|
Oh pls... tujuan nak up drama nih jer.
Dlm drama ni meols restu si Nad jer.
Yg lelain is suam2 taik unta jah. Tak yah nak ngada sangat uols pun hot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kannnnnnnnn....
Mmg xde kualiti.
Tp dah admin suke.
Leh dpt byk traffic.
Aku dah jadi malas nk tegur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|