assallamuallaikum just nak sharing pengalaman, kalau beli kereta elakkan kereta banjir, kereta yang accident kt main structure dan kereta sakit ( ada major problem)
pernah bawa consultant kereta , mekanik kereta. 5 orang dapat feedback berbeza. tapi bila tengok youtube ni baru faham rupa2nya consultant or pakar kereta ni ada makan komisyen. bukan sekadar tepuk tangan je. ada pula recommend used car kawan. kalau recommend kereta ok baguslah. tapi ni dah bagi signal mata minta komisyen dan fees consultant ni hati2lah. ramai dah terkena jadi mangsa consultant. tak kisah bayar fees mahal consultant kalau servis jujur, ni menipu nak makan komisyen sana sini end up customer beli kereta sakit , warranty tak cover kena repair ribu, belas ribu lagi.
kat video bawah ni used car markup kos beli kereta secondhand
pengalaman pembeli used car
kalau blh beli kereta bawa family or kawan trusted ,elakkan consultant scammer yang makan komisyen dari used car ada lg satu scam jual kereta AP cukaispec rendah tapi kereta full spec . last2 kastam datang sita kereta sbb tak bayar full cukai.
RECOMMEND apeng impian mekanik. takde kes scam atau apa. kaka guna servis repair dia terbaik kalau ada repair kereta cari je dia or call tanya pandangan dia baru hantar bengkel lain. servis tip top.
kalau tujuan ko nak perli aku, tapi kalau aku silap, minta maafla ye....selama aku buat consultant byk FOC je, berapa buyer hulur aku terima saja...tak pernah letak harga....bukan nk cari makan, sekadar membantu yg betul2 memrlukan bantuan....wallahualam, hanya yg pernah berurusan dgn aku yg kenal aku
btw, bideo yg ko tepek ni bukan consultant, ni salesman usedcar yg berlakon jadi consultant.... setahu aku tak ramai yg buat consultant utk bantu pembeli usedcar, kalau ada pun mahal bayarannya
zulka replied at 8-2-2021 03:21 PM
kalau tujuan ko nak perli aku, tapi kalau aku silap, minta maafla ye....selama aku buat consultant b ...
sekadar share pengalaman scammer2 consultant kereta/ mekanik kereta . nanti dah rosak ajak repair bengkel mereka. nak selamat kena belajar serba sedikit supaya takde lah kena barang tipu, barang oem claim original, benda tak rosak claim rosak, kadang tu wiring sengaja shortkan . kalau ada bengkel2 yang jujur boleh recommendkan.
bagi orang berduit tak jadi masalah kena tipu mungkin boleh try and error beberapa bengkel baru jumpa yang ngam. bagi orang tak berduit? sharing ni bermanfaat sangat2. janganlah terasa hati ye. tiada kena mengena dengan zulka pun
lagi satu penipuan yg sering berlaku kereta accident claim macam2 repair tapi barang repair guna half cut, barang baru di jual semula. kereta makin rosak. ni lg satu banyak sangat berlaku. rasanya tak semua bengkel boleh claim insurans. jadi nak kena hati2 bila towing ke bengkel blh claim insurans.
zulka replied at 8-2-2021 03:27 PM
btw, bideo yg ko tepek ni bukan consultant, ni salesman usedcar yg berlakon jadi consultant.... seta ...
consultant definisi kaka - orang recommend kondisi kereta ok atau tak? ( wajib neutral bukan ketuk poket atau bagi signal sapu komisyen)
used car pun kaki chong juga, mileage, puspakom lepas ( guna runner tukar barang supaya lulus puspakom) sbb dua2 pihak ada kepentingan nak tak nak kena lah hati2 dan tahu serba sedikit pasal kereta.
kalau ada bajet lebih blh bawa kereta scrut dia orang ada servis check satu body kereta. a to z dia orang check kan dengan data history dari negara kereta di import. lagi selamat. ada kawan beli vellfire lepas 2 tahun senget je rupanya kereta bekas accident. nak jual xde value menanggung derita repair. menang bergaya dengan kereta accident. nangis tak berlagu.
gitulah game2 scammer industri kereta. masing2 ada bahagian komisyen dan nak closing sales cepat jadi mangsa buyer. moga dengan perkongsian ni dapat buka mata bakal2 buyer dan elakkan mereka kerugian. nyesal dulu pendapatan nyesal kemudian tiada gunanya.