CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5760|Reply: 2

Toilet Modal ciput hasil meletop

[Copy link]
Post time 5-2-2021 08:09 PM | Show all posts |Read mode
Toilet Modal ciput hasil meletop

Tandas merupakan antara ruang di dalam rumah yang perlu diberi perhatian. Maklumlah, bila sering digunakan untuk mencuci segala kekotoran, keadaan tandas pun akan cepat kelihatan ‘suram’. Jadi, salah satu cara untuk anda ceriakan kembali tandas di rumah adalah dengan makeover atau ubahsuai tandas tersebut.



Jangan risau, tidak semestinya perlu menggunakan bajet dan barang yang mahal kerana dengan bajet yang rendah pun anda tetap boleh cantikkan tandas rumah anda kembali. Seperti apa yang dikongsikan oleh lelaki ini dimana dia makeover tandas lama jadi baru hanya menggunakan cat. Yang paling menarik sekali bajet ubahsuai tersebut hanya memakan modal yang rendah.

HANYA GUNA CAT, INI CARA MAKEOVER BILIK AIR LAMA JADI BARU DENGAN BAJET RENDAH

Proses kali ini makan masa sedikit disebabkan ada rakan-rakan yang request untuk kita record video semasa proses cat dilakukan. Video sudah pun di-upload di Youtube. Sila tekan link dibawah.

Kita share sikit apa yang patut dibuat untuk proses cat lantai ni.



CARANYA:-

1.Sebelum memulakan proses cat, make sure BERSIHKAN tandas sampai betul-betul KERING tiles yang nak dicat tu.

2. STEP 1

(Undercoat), sapukan Primer/Hycote 51WT (Primer+Hardener), cat ni fungsinya supaya top coat akan melekat dgn kuat dan tahan lebih lama dan susah untuk tertanggal. Seeloknya undercoat ni layangkan dalam 1 lapisan shj dan rata. Tunggu ianya betul2 kering sebelum memulakan Step 2. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 8jam minima untuk keringkan.

**Once dah bancuh cat (Primer+Hardener), jgn buang masa, dalam tempoh 1jam kena habiskan, kalau tak, cat akan mengeras dan kita akan rugi. Sebab hardener tu sifatnya mengeras/membeku**

3. STEP 2

(Top Coat), sapukan Protective Coatings/EA4 Finish (campurkan dgn Hardener), pelbagai warna boleh didapati mengikut citarasa masing2. Seeloknya layangkan dalam 2 lapisan supaya ianya tebal dan lebih tahan. Nasihat daripada Nippon, biarkan selama 16jam untung keringkan.
**(Sama juga mcm step di atas, habiskan cat dalam tempoh 1jam)**

4. Selepas complete 2 Step tersebut, tunggu sehingga betul-betul kering sebelum ianya boleh digunakan.

FRIENDLY REMINDER, make sure pakai face mask masa nak mengecat lantai ni, sebab bau chemical dia agak menusuk hidung (kalah bau cat minyak) plus kita mengecat dalam ruang yang sempit, risau ianya boleh bagi kesan yang tak diingini untuk kesihatan pada masa mendatang.
















Kepada mereka-mereka yang tangan ada seni, nak lukis corak-corak dekat tiles tandas tu pun boleh, pokok pangkalnya ikut kreativiti masing-maing. Selamat mencuba. Feel free to share. Semoga bermanfaat buat mereka yang memerlukan.

Sumber: Ahmad Aqari

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 03:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2021 01:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.761429 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list