View: 1899|Reply: 10
|
Guru Mengaji Bunuh Jiran, Buat Seolah-Olah Mangsa Bunuh Diri
[Copy link]
|
|
Jakarta: Angkara dendam, seorang guru pengajian al-Quran di Jawa Barat Indonesia hilang akal hingga sanggup membunuh jirannya.
Malah, suspek turut melakukan pembunuhan itu supaya kelihatan seperti mangsa membunuh diri.
Namun, taktik guru terbabit terbongkar selepas ahli keluarga mangsa mencurigai kematiannya apabila melihat beberapa kesan cedera pada anggota badan.
Foto: Tribun News
Polis membuka kertas siasatan termasuk mengeluarkan jenazah mangsa untuk dibedah disiasat selepas kakak mangsa membuat laporan.
Polis mendapat petunjuk selepas menyoal siasat beberapa saksi yang memaklumkan mangsa mempunyai masalah dengan suspek.
Ketua Polis Bekasi Hendra Gunawan mengesahkan terdapat kesan cedera di beberapa bahagian badan mangsa yang berpunca dari tusukan benda tajam.
"Kami menahan suspek yang mengaku membunuh mangsa dengan gunting.
"Motif pembunuhan kerana dendam apabila anak mangsa pernah melakukan perkara tidak bermoral terhadap anak suspek.
"Malah, suspek juga mempunyai hubungan gelap dengan isteri mangsa yang menyebabkan persengketaan mereka bertambah tegang," katanya dalam portal Tribunnews.
Katanya, sabit kesalahan suspek berdepan penjara seumur hidup atau 20 tahun penjara. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.
Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dgn bini org tu. Like, what? Aneh2 je Yindon ni |
|
|
|
|
|
|
|
itu la pelik..
klu ikutkan dendam dia pasal anak tu dah dibalas dgn menyelingkuh dgn bini orang tu..kira patut setel win-win situation..
but what can you expect w Indon way of problem solving...
|
|
|
|
|
|
|
|
memang indon tu sebesar kangkang je ke pusing2 anak dia kacau anak ko bini dia ko kaco? |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dg ...
Mungkin skandal dengan bini mangsa tu betul,yang lain tu rekaan saspek jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Guru Agama apa macam ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
animcute: itu la pelik..klu ikutkan dendam dia pasal anak tu dah dibalas dgn menyelingkuh dgn bini orang tu..kira patut setel win-win situation..but what can yo ...
Indon ni ada masalah mengurus panas baran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Mula2 aku baca, sbb anak mangsa ada buat bende tak elok pada anak suspek. So aku mcm, ohh ok. Mendapatlah kan.Sekali je, last2, dia pulak selingkuh dg ...
Kalau x aneh n pelik2,x namanya yindon sis{:smile
Kes bunuh y tak terjangka dek akal pn dorg boleh buat,kes claim2 y bukan hak dorg pn dorg boleh cuba nak tuntut..setakat skandal+revenge mcm ni,biasa la tu kt sana..{:smile |
|
|
|
|
|
|
|
kalo baca tajuk
mesti bnyk tngk detektif konan ni
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dahulu saya tau ada orang malaysia bernama Gunawan, waktu itu saya tau tau nama gunawan ni adalah nama orang Indonesia.
Saya fikir kenapa nama dia tak ada kemelayuan. Rupanya asal Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mengaji je tanpa mendalami maksud. tu yang buta perut sampai berskandal dengan bini jiran tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|