CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1653|Reply: 1

'Anak Manja' Antara 'Serangan' Diterima Neymar Di Atas Padang

[Copy link]
Post time 13-2-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Caen, Anthony Weber (kiri) dan Alexis Beka Beka (kanan) mengasak penyerang Paris Saint Germain, Neymar pada aksi pusingan ke-32 Piala Perancis, kelmarin. - AFP


Berita Harian

LONDON: Neymar meluahkan emosinya di laman sosial dan mendakwa dia 'sentiasa diserang' di atas padang selepas diketepikan selama sebulan kerana mengalami kecederaan.

Pemain Brazil itu mengalami kecederaan pangkal paha selepas diasak pada aksi bertemu Caen - siri kecederaan terbarunya sejak berpindah ke ibu kota Perancis itu.

Dia lantang menyuarakan yang pemain lawan sentiasa agresif ke atasnya dan dia meluahkan kemarahannya di laman Instagram selepas tidak berpeluang bertemu bekas kelabnya, Barcelona pada aksi Liga Juara-Juara, minggu depan.

Dalam hantaran terbarunya itu, Neymar berkata dia 'tidak selesa' berada di atas padang kerana bimbang mengalami kecederaan dan bercakap mengenai 'kesedihan' dengan situasi dialaminya.

"Kesedihan ini begitu hebat, kesakitannya begitu mendalam dan tangisan itu kekal," katanya.

"Sekali lagi saya terpaksa berhenti daripada melakukan apa yang saya cintai dalam hidup ini iaitu bermain bola sepak.

"Kadangkala saya tidak selesa kerana corak permainan saya, saya suka menggelecek dan akhirnya saya sentiasa diserang.

"Saya tidak tahu jika masalah itu kerana saya atau cara saya bermain di atas padang... ini membuat saya kesedihan.

"Ia menyedihkan apabila mendengar daripada pemain, jurulatih, pengulas atau pemain nombor empat (Caen) 'dia perlu ditewaskan,' 'sentiasa jatuh,' 'budak kecil yang suka menangis', 'anak manja' dan sebagainya.'

"Jujurnya, ini menyedihkan saya dan saya tidak tahu berapa lama saya mampu bertahan. Saya hanya mahu bermain bola sepak dengan gembira. Itu sahaja." katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2021 09:02 PM | Show all posts
X pelah Neymar, pedulikan apa kata orang yang penting poket tebal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.093197 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list