CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3686|Reply: 0

Tenggiri Dipancing, Kerapu Bara Yang Timbul

[Copy link]
Post time 15-2-2021 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Tenggiri Dipancing, Kerapu Bara Yang Timbul

Bagi cabaran memburu tenggiri di perairan Dungun ini kami menaiki bot pancing persendirian milik Nazar. Nazar merupakan adik kepada Pokmud yang turut sama dalam trip memburu tenggiri ini. Besarlah harapan kami tenggiri perairan Dungun ini tidaklah sesombong tenggiri perairan Kuala Terengganu.




Bot berukuran 30 kaki dan enjin 175 kuasa kuda berkembar yang dipandu mencecah 40 km/j membolehkan kami tiba di lokasi bekas unjam lama sekitar 45 minit sahaja dalam keadaan laut agak berkucah.


Lubuk yang berstruktur tapak unjam sekitar 3 kilometer melepasi sempadan taman laut itu pernah dikunjungi oleh Nizar dan Pokmud dan hasil yang diperoleh sangat menakjubkan. Menurut Pokmud, berpuluh ketul jig berkubur di situ dan berbelas ekor tenggiri berjaya dibawa pulang.


Setelah agak lama berhanyut sambil mengunjun kepingan jig seberat 40 gram hingga 80 gram di lubuk pertama tanpa sebarang petanda positif, kami bergerak ke tapak unjam lama yang kedua pula. Setelah beberapa kali drift di lubuk tersebut, hasilnya tetap sama. Tiada sebarang sambaran yang berlaku.



Keputusan awal yang agak mengecewakan itu mendorong Nazar ke lokasi seterusnya yang semakin menjauhi Pulau Tenggol.

Ternyata di lubuk ketiga ini berpenghuni. Aksi pembuka tirai Faizal menyuntik semangat untuk berjigging dengan lebih gigih. Namun ikan yang didaratkan hanyalah alu-alu bukannya spesies yang kami sasar. Selepas itu seorang demi seorang merasai strike namun kesemuanya adalah alu-alu bukannya tenggiri. Malah ikan tongkol yang berjaya didaratkan pula tidak cukup sifat setelah satu bahagian kena cukai oleh alu-alu.



“Kalau kacang (alu-alu) dah banyak macam ni memang payahlah nak tenggiri nak masuk,” ulas Nazar selaku tekong berdasarkan pengalamannya memancing di perairan tersebut.


Menjelang petang angin kian bertiup kencang menambahkan lagi laut berkucah. Kesukaran untuk berhanyut di kawasan lubuk mendorong tekong beralih ke lokasi sedikit terlindung di bahagian belakang pulau.



Air berkedalaman 20 hingga 50 kaki menjadi padang permainan kami sementara menanti angin teduh. Lubuk yang tidak menjanjikan apa-apa tanpa disangka-sangka bertukar menjadi lubuk penawar duka. Khususnya lubuk berkedalaman 20 kaki dengan dasar berbatu banyak dihuni beberapa spesies kerapu bara.


Setelah berseronok melayan pelbagai jenis kerapu dan sebelum senja menjelang, kami kembali lagi ke lokasi pemburuan tenggiri. Namun tiada sebarang hasil yang berjaya didaratkan. Tenggiri yang dikatakan banyak didaratkan seminggu sebelumnya langsung tidak kelihatan.


Dengan beberapa ekor kerapu bara kami bergerak pulang sekaligus menjadi trip penamat di perairan Laut China Selatan berikutan monsun timur laut mula memperlihatkan tanda-tanda kehadirannya.


Sumber : https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.086495 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list