Bagi peminat yang membesar dengan alunan lagu melankolik daripada penyanyi bersuara nyaring, Ziana Zain pastinya telah menyaksikan In Person With Ziana Zain di TV2 beberapa hari lalu.
Persembahan lebih sejam itu telah mengubat rindu para peminat yang sekian lama mendambakannya. Ianya diadakan oleh stesen televisyen tersebut bagi meraikan penglibatan 30 tahun atau tiga dekad penghibur ini menceriakan industri muzik.
Menurut laporan Berita Harian, Ziana menjelaskan yang jangkaan penonton memang tinggi, namun pastinya ia tidak sama ketika masih muda.
"ada usia 53 tahun, agak sukar untuk saya berbuat demikian. Dalam hal ini, saya ikut nasihat penyanyi senior Salamiah Hassan dan adik, Anuar Zain agar menyanyi ikut kemampuan diri dan menjaga usia."
Foto : ig
Seusai menamatkan persembahannya, Ziana turut merakamkan ribuan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong selama 30 tahun ini.
"Tidak terungkap dengan kata2 betapa Kak Ziana menghargai anda semua. You will always be in my prayers and my. I LOVE YOU ZIANAFOLKS."
Foto :
Sementelah lagi apabila Ziana turut berduet dengan penyanyi meningkat Naim Daniel dengan lagu Sembah memukau para penonton.
Para peminatnya turut membanjiri ruangan komen di Instagram mengenai kehebatan penyanyi kesayangan mereka.
Ternyata kemunculan Ziana Zain mengimbau kembali kenangan peminat muzik era 90an dan 2000. Jadi, siapa peminat kakak Anuar Zain di sini? - CARI
|