CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1082|Reply: 6

Amat Mendukacitakan Masih Ada Meragui Status Halal Vaksin Covid-19 - Mufti

[Copy link]
Post time 16-2-2021 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Umat Islam di negara ini tidak sepatutnya meragui status halal vaksin Covid 19 setelah pihak berkaitan telah memberi keyakinan bahawa tiada elemen haiwan terkandung di dalamnya.


Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, umat Islam juga diminta tidak terpengaruh dengan golongan antivaksin berhubung penggunaan vaksin itu.








Beliau berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan berhubung perkara itu berikutan Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) telah memutuskan bahawa hukum penggunaannya adalah harus untuk umat Islam.


Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kajian dan bukan diputuskan secara melulu atau mengikut andaian yang tidak ditunjangi alasan atau hujah ilmiah kukuh.

“Memang amat mendukacitakan kerana masih ada dalam kalangan umat Islam di negara ini yang meragui status halal vaksin Covid-19 sedangkan MKI telah memutuskan ia halal digunakan.

“Keputusan ini dibuat setelah mendengar taklimat disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan selain meneliti hasil kajian terperinci yang dijalankan oleh satu pasukan penyelidik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.


Wan Salim berkata, perlu diingatkan bahawa tujuan pengambilan vaksin tersebut adalah untuk mencegah jangkitan pandemik Covid-19 yang mengancam kesihatan awam sehingga boleh menyebabkan kematian.




Kredit foto: UNICEF



“Agama Islam mewajibkan umatnya mengambil langkah perlu untuk mengelak daripada terkena jangkitan penyakit, malah memelihara nyawa kerana ia termasuk dalam salah satu daripada matlamat syariah.

“Menolak pengambilan vaksin bererti mendedahkan diri kepada bahaya sedangkan sikap sebegini dilarang oleh syarak seperti yang difahami daripada ayat al-Quran,” katanya.


Pada 4 Februari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.


Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.




Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2021 11:41 AM | Show all posts
gerenti bike preacher kata mufti ni ulama konspirasi

hadooooooooooooooooooooooooi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 11:56 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 16-2-2021 12:10 PM

cuba tanya lobai ni, apa kandungan vaksin,
mampos dia tak boleh jawab.

rakyat mahu TRANSPARENCY la bodo.
jawab la dengan FAKTA. rakyat ada hak untuk tahu.
sebab ini melibatkan batang tubuh dia.
kita bukan nak dengar ayat kecewa sebab orang taknak ikut cakap kau

apa ke benak sangat orang mengaku mufti dan ulil amri nih.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 12:38 PM | Show all posts
bukan isu kandungan halal ke tidak je yg rakyat persoalkan tapi tahap keselamatannya sebab vaksin ni laju sangat buat dalam masa setahun je. ada kes yang mati pulak tu walaupun percentage tak tinggi tapi untuk longterm effect pun kena kaji juga
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 12:39 PM | Show all posts
capiloton replied at 16-2-2021 11:56 AM
cuba tanya lobai ni, apa kandungan vaksin,
mampos dia tak boleh jawab.


kandungan kita serah pada pakar tapi hukum adalah harus untuk kemasyalatan ummah menjaga kesihatan yg memudaratkan

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2021 01:03 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 16-2-2021 02:35 PM
jejai replied at 16-2-2021 12:39 PM
kandungan kita serah pada pakar tapi hukum adalah harus untuk kemasyalatan ummah menjaga kesihat ...

ini ayat typical orang melayu yang selalu mengaku jahil

bahaya sekarang ni bila orang yang mengaku ulama dan mufti ni,
jadi orang tukang jual obat bagi big pharma.  
dah la orang melayu ni ramai jenis buta tuli mengikut,
dan suka serahkan naseb diri di akhirat pada orang lain.

siap2 la dengan jawapan yang bernas,
bila di sana Allah tanya apa kita dah buat dengan AKAL yang Allah bagi.
dan kenapa mengaku muslim, tapi takmau belajor agama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2021 01:06 PM | Show all posts
jejai replied at 16-2-2021 12:38 PM
bukan isu kandungan halal ke tidak je yg rakyat persoalkan tapi tahap keselamatannya sebab vaksin ni ...

yer benerrr.
orang concern pasal isu selamat,
bukan nya nak jadi anti vaksin pun.

tapi jilake ni semua enak saja label orang yang concern sebagai anti vaksin

di indonesia dan singapore,
ada siap pampasan bagi orang yang terkena mudarat dari vaksin.
Kerajaan dan KKM ada declare pampasan?
takde, mereka cuma kerahkan mufti dan olarmak sebagai kaldai tunggangan,
sibuk jadi tukang jual obat bagi kerajaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.594661 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list