CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10963|Reply: 90

Cikgu ini marah bila anak muridnya disuruh minta sedekah oleh mak,bf mak, bf kak

  [Copy link]
Post time 17-2-2021 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Marah dan geram..demikian perasaan penulis ketika membaca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh tentang kisah seorang anak kecil dipaksa meminta sedekah oleh ibu kandung sendiri.

Berikut perkongsiannya;

MaIam ini aku marah. Sangat marah. Satu mesej masuk berbunyi,

” Cikgu. AIisa jual tisu dan kutip sedekah lagi depan KFC.”

Baca ayat tu, berdesing telinga aku. Terus aku capai kunci motor, hidupkan motor dan pergi ke tempat yang dinyatakan.

Kawan aku dah ‘pegang’ dia. Bawa makan KFC sementara aku sampai. Sebaik duduk, aku tarik nafas panjang-panjang, bertenang dan mula bertanya.

” Kenapa AIisa jual tisu dan minta sedekah lagi? Cikgu dah pesan jangan jual tisu dan minta sede.kah. Cikgu dah hantar barang dapur, cikgu suruh kawan cikgu bagi duit belanja setiap hari?”

” Mak suruh.”

Pendek dia jawab sambil merenung meja.

Lama aku ‘basuh’ dia malam ini. Lebih banyak lagi aku ‘basuh’ kakaknya. Supaya menjaga adik baik-baik, supaya tidak lagi ke jalanan seperti ini.

Nak apa, aku support semua. Tak perlu turun ke jalanan lagi.

AIisa (bukan nama sebenar) baru usia 10 tahun. Namun dia sering disuruh meminta sedekah, jual tisu dan gula-gula dijalanan oleh ibu dan boyfriend mak dan boyfriend kakak sulungnya.

Dapat duit menjual dan minta sedekah, semua kena rembat. Yang tinggal duit syiling sahaja untuk dia.

Aku geram. Aku marah. Aku bengang. Bukan kat AIisa, tapi kat orang dewasa yang patut menjaga dia.

Ibunya, boyfriend ibu dan boyfriend kakaknya yang mengambil kesempatan ke atas anak polos ini.

Dia tidak rela pun turun ke jalanan. Namun didesak. Namun dipaksa. Namun disuruh. Maka anak perempuan bongsu ini akhirnya terpaksa patuh.

Ikutkan hati marah, aku cari je boyfriend ibu dan boyfriend kakak, hantuk kepala kat dinding. Apa punya perangai suruh budak kecik kutip sedekah jual tisu.

Mak dia pun satu hal juga. Pergunakan anak sendiri. Padahal aku dah jumpa 4 mata duduk bersila depan mak dia. Aku dah pesan jangan lagi suruh anak ini menjual tisu dan meminta sedekah.

Aku dah kata cakap, setiap bulan aku hantar barang dapur. Aku akan support semua perbelanjaan sekolah. Dan dia berjanji masa tu dengan aku tak akan biarkan anak dia ini ke jalanan.

Itu yang aku marah sangat.

Malam ni aku bagi dua pilihan pada AIisa.

” Okey AIisa. Dengar sini. AIisa nak duduk dengan JKM?”

” Tak nak. AIisa nak duduk dengan ibu.”

” Jika tak nak, AIisa janji dengan cikgu jangan kutip sedekah dan jangan menjual tisu lagi. Belanja sekolah semua, cikgu tanggung. Barang dapur cikgu hantar.

Jika cikgu dapati AIisa kembali kutip sedekah dan menjual tisu, cikgu akan serahkan AIisa kepada JKM.”

” Baik cikgu.”

Sebenarnya banyak lagi aku berborak dan berbicara sebenarnya. Banyak motivasi dan kata nasihat aku bagi agar anak ini teruskan pelajaran dan belajar elok-elok.

Nampak gaya aku kena hadap mak dia lagi sekali esok lusa ni. Kena bertegas dah ini.

Aku tak nak hak anak ini sepatutnya berada di sekolah tapi dipergunakan oleh orang dewasa untuk mencari nafkah pula.

Sebenarnya banyak kisah tentang keluarga mereka yang tidak boleh aku tulis untuk menjaga maruah mereka. Banyak benda aku kena simpan sendiri untuk menjaga air muka dan keselamatan mereka.

Usah tanya aku di mana kes ini. Kat mana sekolah mereka. Kat mana mereka tinggal. Aku takkan cakap melainkan kepada jabatan yang ada autoriti.

Semoga anak ini berjaya dalam kehidupan dan semoga semua masalah dan rintangan yang dilalui berjaya kami bantu untuk atasi.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk bantu AIisa mendapat balik hak dia sebagai kanak-kanak. Aku juga akan cuba bantu keluarga mereka agar kembali ke jalan yang benar dan tidak melalaikan lagi.

Doakan agar urusan aku dipermudahkan ya!

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber:FB cikgu Mohd Fadli Salleh

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2021 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap je 1 family ni.
Tak guna kerah tenaga budak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2021 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah bf mak tersangkak & bf kakak tak guna tu jadikan budak ni lauk pulak. Mintak simpang semoga yang baik2 je untuk adik alisa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 07:56 AM | Show all posts
Kesiannya budak tu, aku cukup sedih la kalau baca kisah2 mcm nie..

Risau weh, mula2 dia suruh budak ni mtk sedekah.. esok budak ni besar sikit jadi anak dara tak mustahil dia lacurkan budak ni pulak..

Bagus cikgu ni amik tindakan mcm tu..

tetiba teringat anak2 sohai
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 08:10 AM | Show all posts
cikgu pn bengap...dah tau keluarga budak tu brmasalah report polis lh...nih duk mluah dlm media sosial n bg bantuan mknan n duit lg, lg syok famili budak tuh...budak tu biar jkm hendel...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:23 AM | Show all posts
Kalau report polis, JKM akan masuk & ada kemungkinan budak tu diambil utk diambil oleh jkm, atau mak kena jail / saman yang mana kedua2 keadaan tak berapa nak membantu pun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2021 09:24 AM | Show all posts
cikgu tu hormatkan kehendak alisa yg nak tinggal dgn mak dia bukan diJKM.
mudahnya panggil cikgu tu bengap.. bila ko sendiri pun tau gebang dalam forum je..

pengalaman aku ler nguruskan budak2 sekolah ni... boleh dipisahkan dari keluarga atas arahan mahkamah je.. ko ingat senang nak masuk campur urusan keluarga budak mcm ni..

hidup, rujuk pd undang2.. bukan simpati semborono.. untung ler cikgu tu bg bantuan brg mkanan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:26 AM | Show all posts
bukan ke yg patut dibasuh adalah famili tingtong tersebut?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni cikgu laki ke pompan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm cerita lama aku baca kt fb cikgu ni. mungkin kejadian berulang lg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:35 AM | Show all posts
md_nana replied at 18-2-2021 09:32 AM
mcm cerita lama aku baca kt fb cikgu ni. mungkin kejadian berulang lg.

nih kira nak dpt like bait ke??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 18-2-2021 09:35 AM
nih kira nak dpt like bait ke??

x sure tp mmg aku igt cerita ni dulu2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:01 AM | Show all posts
zehra2 replied at 18-2-2021 09:24 AM
cikgu tu hormatkan kehendak alisa yg nak tinggal dgn mak dia bukan diJKM.
mudahnya panggil cikgu tu ...

sel otak2 adik mmg berhubung. cerdik juga. tak macam cik kiah di cariforum
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:02 AM | Show all posts
perkara mcm nih akn terus berulang kalu tiada tindakan...bf mak n bf kakak dh mnguasai famili nih, lps cikgu nih nasihat dpn cikgu hanguk2 phm, pas nasihat msti wat balik sbb mintak sdekah nih x penat akn jd habit pulak, y paling kesian kt ank tu lh...selamat kn a tu dulu, aku teremosi td sbb tingat kt arwah adik amir wlpn cite y bbeza... takut ank itu akn jd mangsa skiranya x ikut kmahuan famili n bf2 famili dia....xmau ade ksudahan y x bnyawa nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:03 AM | Show all posts
jahcomel replied at 18-2-2021 08:10 AM
cikgu pn bengap...dah tau keluarga budak tu brmasalah report polis lh...nih duk mluah dlm media sosi ...

die ni mmg cikgu suka viral. ada fanpage sendiri. sblm ni dia penah share kisah die masa jadi cikgu, gaji tak cukup pastu pinjam makcik kantin nak tukar tayar motor bocor. tapi aku susah nak caya takkan gaji cikgu sikit sangat sampai macam tu skali
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus teringat anak2 sohaibyebye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2021 10:44 AM | Show all posts
kesian budak ni tersepit. nnt kalau x buat ibu benci.

yg aku biasa nmpk. pihak kementerian bnyk budget utk beli brg yg besar2. benda2 kecik2, maintenance, operational, cikgu2 pakai duit sendiri. pakai kenderaan sendiri utk urusan keje, kengkadang makan budak2 pun pakai duit cikgu.

terima kasih n salute cikgu2! semoga kalian dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan di dunia n akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
md_nana replied at 18-2-2021 09:32 AM
mcm cerita lama aku baca kt fb cikgu ni. mungkin kejadian berulang lg.

Ulang cerita nih...benda lama
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Report Kat Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang tengah sibuk jadi model Baju kurung tu...

Haaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 18-2-2021 09:24 AM
cikgu tu hormatkan kehendak alisa yg nak tinggal dgn mak dia bukan diJKM.
mudahnya panggil cikgu tu ...

Sekolah i, salah satu sekolah yang ada pelajar budak2 yang kena perintah mahkamah, seawal umur 7 tahun sampai 17, kesian tapi depa dah biasa sebab kes pengabaian keluarga, kes dera, perebutan hak dan macam2 lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.095470 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list