CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9857|Reply: 95

[Tempatan] Anak M. Nasir tak malu tebar roti canai

  [Copy link]
Post time 19-2-2021 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kuala Kangsar: Pemegang Diploma Sains Komputer daripada sebuah universiti awam, Nor Aishah Mohd Nasir tidak pernah malu menjadi penebar roti canai di kedai makan diusahakannya di persisiran Jalan Sultan Iskandar Shah, berdekatan Taman Mayang Sari di sini.

Nor Aishah, 30, berkata, pekerjaan itu dilakukan untuk membantu suaminya, Radhi Ramli, 32, yang bekerja sebagai pemandu lori sampah bagi menyara keluarga.

Lepasan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, Pahang itu berkata, kemahiran menebar roti canai dipelajari secara pemerhatian daripada bapanya, Mohd Nasir Ein, 64, yang sudah sekian lama berkecimpung dalam perniagaan makanan itu.

Katanya, minat menceburi bidang perniagaan bermula setahun selepas menamatkan diploma pada 2013 iaitu ketika dia bekerja sebagai pembantu gerai di warung yang diusahakan bapanya itu sementara menunggu peluang kerja.

"Bapa tidak pernah memaksa saya untuk meneruskan legasi perniagaan roti canai. Bahkan teknik menebar roti canai juga saya pelajari melalui pemerhatian sewaktu bekerja di kedai makan bapa.

"Memang pada mulanya saya ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan diploma diperoleh namun ditakdirkan, agak sukar mendapatkan pekerjaan dalam bidang itu.
"Sementara menunggu peluang kerja di waktu itu, saya bekerja dengan ayah sebelum mendirikan rumah tangga pada 2016. Selepas berkahwin, saya ambil keputusan untuk teruskan legasi perniagaan bapa dengan membuka kedai makan sendiri," katanya ditemui di warungnya.

Anak keenam daripada 10 beradik itu berkata, kemahiran menebar roti canai turut dimiliki seorang adik perempuannya berusia 25 tahun selain dua kakaknya, masing-masing berusia 33 dan 35 tahun.

Katanya, adik serta seorang daripada kakaknya turut mengusahakan gerai roti canai di Kuala Kangsar.

Menurutnya, bapa mereka lebih mesra disapa sebagai 'M Nasir' oleh kenalan dan penduduk setempat.

"Justeru, penduduk setempat menggelar kami tiga beradik ini sebagai 'trio anak perempuan M Nasir'," katanya.

Menurut Nor Aishah, dia tidak lagi berharap untuk beralih bidang dengan bekerja makan gaji sebaliknya mahu fokus untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

"Setiap hari, saya tidur jam 10 malam. Ia bagi membolehkan saya bangun awal dan bersiap bermula jam 3 pagi sebelum membuka gerai seawal jam 4.30 pagi. Roti canai biasanya habis dijual jam 10.30 pagi.

"Kebiasaannya, setiap hari, saya menjual tidak kurang daripada 350 roti canai. Alhamdulillah, selain dibantu empat pekerja, suami turut membantu mempersiapkan gerai sebelum dia memulakan tugasnya mengutip sampah jam 6.30 pagi," katanya.

Menurut Nor Aishah, dia pernah disindir kerana melakukan pekerjaan itu walaupun memiliki diploma namun tidak kisah dengannya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Harey btol
Patut la nama lain.rupanya m nasir lain
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni.....

aku dok amik calculator bila tgok umor dia...ni ank M.Nasir dgn 1st wife ke atau dgn marlia musa.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak malu kenapa, rezeki halal..
Yg buat kerja tak halal tu patut malu..
La ni dah terbalik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan anak M.Nasir mentera semerah padi luncai emas tu
btw,takyah nk malu dik
as long as keje tu halal, ko teruskan je
sbb bila ko takde job,takde duit,bukannya acik2 kepam ni nak hulur beras and duit kat ko pun
so,moralnya....persetankan kata2 acik2 kepam di luar sana
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:44 PM | Show all posts
ade keje ade duit dik ... takde yg nk dimalukan .... menda halal ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
TT saje nak ngumpan org
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 01:49 PM | Show all posts
shernazz replied at 19-2-2021 01:39 PM
Harey btol
Patut la nama lain.rupanya m nasir lain
Hahahaha

wakakak. Adoi TT. Gigih klik terus bila baca tajuk. Sekali anak En Nasir lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2021 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Coiiiii click bait betul.. aku terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik.....Nanti balik kg boleh la try....
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:09 PM | Show all posts
click bait gila aa tajuk thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Haih, tertipu aku. Punya la aku fikir ramai lak anak M.Nasir nih. Seingat aku anak dgn arwah lelaki ramainya, pompuan sorg. Jd bila baca minah ni ada kakak2 atas dia, jd ??? sikit. Dgn marlia aku x tau.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bekerut2 dahi membaca mana m nasir ni..saja je kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2021 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 19-2-2021 01:39 PM
TT ni.....

aku dok amik calculator bila tgok umor dia...ni ank M.Nasir dgn 1st wife ke atau ...

Sabar..
I pun tertipu gak..
So tepek kt sini nk suh uols semua tertipu mcm i gak
Hahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:18 PM | Show all posts
bukan click bait dah ni...tapi mastur'bait'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2021 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 19-2-2021 01:54 PM
Coiiiii click bait betul.. aku terpedaya

Semua salah reporter tu
I ingat reporter tu forumer cari gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2021 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 19-2-2021 01:47 PM
TT saje nak ngumpan org

Bukan i
Tp reporter metro tu.. Hehe
I cuma nk korg rasa tertipu mcm i gak

Hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusnya..husband nya pun elok ja tolong kt gerak sebelum bawah Lori sampah..buat apa nk Malu weyh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:02 PM | Show all posts
thread mengundang betul
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhaa jahat betul title...

Btw memang tak payah malu pun, kalau dia invest je mesin roti canai income dia boleh belas2 ribu tiap bulan yach... janji ada pembeli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.378276 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list