Isu vaksin memang panas terutamanya dalam kalangan mereka yang menolak pemberian suntikan ini. Pelbagai alasan dikemukakan hingga ada kalanya tidak masuk akal.
Pakar Sakit Puan, Dr Imelda Balchin lantang menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap golongan antivaksin, hingga menulis hantaran perkaitan antara vaksin percuma, rokok percuma dan hentikan hospital percuma. Marah sangat ni.
Foto : Twitter
Ianya susulan daripada dakwaan puak antivaksin ini yang menegaskan adanya mikrocip beragenda jahat di dalam vaksin itu sendiri.
Sedangkan pihak kementerian telahpun menafikan perkara tersebut.
Foto : FB
Ia membuatkan Imelda membuat hantaran dengan hujahnya sendiri.
"Kalau betoi laa vaksin ada nanochip untuk spy kita, buat apa bagi kat frontliners dulu? Semua orang dah tau pun kami hidup kerja makan solat tidur berak duduk jalan mandi minum kat spital je, tak pi mana pun."
Foto : Berita Harian
Pelbagai pendapat diutarakan oleh netizen dan kebanyakannya bersetuju bahawa golongan antivaksin perlu dibanteras.
Foto : FB
Jadi, kita sama-sama nantikan perkembangan seterusnya mengenai vaksin ini ya. - CARI
|