Sakit perut gelak!
Ketika persembahan di pentas, mereka telah membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella dengan begitu menghiburkan.
Perkara berkenaan tular kerana masing-masing tidak dapat menahan gelak kerana melihat gelagat Sharifah Shahirah yang bergaya seperti Ella sehingga para juri, Mark Adam dan Didie Alias tak henti ketawa.
Kalau tak tengok video, ingatkan suara Ella betul
Rata-rata warganet juga bersetuju bahawa duet nyanyian pelawak wanita itu dan anaknya merupakan persembahan yang terbaik. Hal ini selepas seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Amrlamnnn memuat naik sedutan nyanyian mereka.
Komen-komen yang diterima juga kebanyakkan berasa terhibur dan seronok melihat gelagat dua beranak ini menyanyikan lagu dengan cara mereka sendiri.
Anak dah buat yang terbaik, mak pulak tingtong
Ni paling kelakar
Sumber: Amrlamnn, Tv3