CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3836|Reply: 31

Siapakah The Next Legend Bakal Berkolaborasi Dengan Kmy Kmo & Luca Sickta se

  [Copy link]
Post time 22-2-2021 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Selepas 'Neraca' bersama Jamal Abdillah, Luca Sickta dan Kmy Kmo mahu kolaborasi dengan penyanyi 'A list' pula - “Kami mahu habiskan dahulu senarai legenda”

SELEPAS bekerjasama dengan Datuk M Nasir dan Datuk Seri Siti Nurhaliza, gandingan duo rapper Kmy Kmo dan Luca Sickta kini tampil pula dengan lagu duet bersama penyanyi legenda iaitu Datuk Jamal Abdillah berjudul Neraca.

Luca atau nama sebenarnya Shameer Ashraf Shahruddin meluahkan rasa syukur apabila impian untuk berkongsi karya dengan penyanyi legenda itu tercapai.

Akui Luca yang juga seorang komposer, pada mulanya dia dan Kmy menyangkakan penyanyi berusia 61 tahun itu bersikap seorang 'diva' namun rupa-rupanya tanggapan mereka salah.

Luca dan Kmy sudah lama simpan niat untuk bekerjasam dengan Jamal.

"Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi ala suara Datuk Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika dia dapat menyanyikan lagu ini. Alhamdulillah, rezeki kami... dia bersetuju.

"Awalnya, muzik lain tapi selepas Datuk Jamal memberikan persetujuan kami terus tukar dan masukkan elemen ghazal. Kami berasakan muzik tradisional ini tidak boleh dilupakan oleh generasi baharu walaupun ia dipersembahkan dalam versi moden.

"Sepanjang proses rakaman, Datuk Jamal sangat mengalu-alukan kami dan ingatkan dia seorang legenda yang ‘diva’, sebaliknya dia sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikapnya tidak membuatkan kami rasa takut dan segan," katanya.

Masih mengekalkan genre hip hop dengan gabungan muzik ghazal dan reggae, single tersebut sudah dihasilkan sejak 2018 dan merupakan kesinambungan daripada lagu Zuhud (duet bersama M Nasir) yang dilancarkan pada Disember 2019.

Sebelum ini, gandingan Luca dan Kmy bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat mendapat kejayaan sehingga melayakkan mereka ke pentas Anugerah Juara Lagu yang ke 33 pada 14 Mac depan.

Dalam pada itu, Luca memberitahu mereka sudah lama menantikan peluang untuk bekerjasama dengan beberapa penyanyi legenda yang lain.

"Kami sudah menunggu lama peluang sebegini sebab dari zaman sekolah lagi sudah menghasilkan muzik. Sejak itu kami bercita-cita nak bekerjasama dengan penyanyi legenda. Kami sudah ada senarai nama penyanyi-penyanyi itu.

"Bukan nak bekerjasama dengan penyanyi legenda yang bergelar Datuk saja, tapi ia lebih kepada ingin merealisasikan impian. Kami mahu habiskan dahulu senarai legenda.

"Setakat ini kami sudah selesai dengan genre yang diwakili setiap legenda itu. Tinggal lagi genre rock pula. Insya Allah, selepas itu baru kami ke senarai penyanyi ‘A list’ pula.

"Kami sudah ada lagu dan senarai nama penyanyi. Dalam masa sama, kami juga akan buat projek bersama penyanyi baharu yang mempunyai bakat dan vokal bagus," ujarnya.

P/s - Konsep diorg ni mcm konsep SM Salim dlu la berduet dengan retis2 yang top dan legend pada zaman masing masing dan genre masing. Tp SM Salim tu sendiri legend. Cukup legend kah Kmy Kmo dgn Luca Sickta ni untuk memilih hanya legend untuk berduet? Bincangkan..

Sumber : MStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm.. sampai bila dek non...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:16 PM | Show all posts
Adekah aku dok bawah tempurung sbb aku langsung x kenal dua nama ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 22-2-2021 08:16 PM
Adekah aku dok bawah tempurung sbb aku langsung x kenal dua nama ni.

M. Nasir, Siti dgn Jamal kenai ke idok?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:48 PM | Show all posts
queen ecah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:49 PM | Show all posts
queen liza
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2021 08:50 PM | Show all posts
ella rasa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:51 PM | Show all posts
tokwie   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 08:54 PM | Show all posts
nek enjut terpaling legend kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:56 PM | Show all posts
kak gee tapi boleh ke heshe nyanyi lagi? makin hauk jah khenss
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 08:57 PM | Show all posts
oggy primadona seniwati tersohor liat bayar hutang
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
acik melah.. acik roziana.. acik sellamejid
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglaa walau tak dikenali tetapi penyanyi lejen tak kisah pun nak berkolaborasi ngn uolss.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:08 AM | Show all posts
hopefully kak gee @ Ziana Zain...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak honey
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku kmy dengan luca ni tak best. Mungkin mencuba nak kembalikan era too phat. Vibes pun lebih kurang. Muzik diorang ketinggalan zaman dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku boleee jerrr layan lagu2 diorg nieee sbb lirik2 mereka nmpk bijak skitttt...ada isi..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bagi aku best sebab lirik2 rap dia bermakna sikit tak la hauk cinta sesama manusia leleh2..anak didik malique kan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:58 AM | Show all posts
tapi lagu theyols buat dengan tok nasir tak mendunia pon...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:11 PM | Show all posts
Atok Raja Gelek Daud Kilau
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.291236 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list