CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Tolak vaksin n Bandingkan Sijil Degree Dengan Dajal, Zul Yahya Perjelas Berhenti

  [Copy link]
Post time 23-2-2021 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau makin byk org melayu perfikiran mcm dia, makin mundur kerajaan malaysia Dan juga org melayu sendiri.
Jgn salahkan bangsa lain Di kemudian Hari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba suruh dia sebut satu2 nama.ilmuan islam dan sumbangan mereka.. sebab tu kena belajar..

Ni kira boleh park bawah akta hasutan kann...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:50 AM | Show all posts
muka sama keruh mcm SS

selfie muka marah garang poyo bole dibaca dari jauh
and kepam


so anak2 xsekolah besok soh mintak sedekah ke jadi artis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:55 AM | Show all posts
sohail V2 in the making ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 23-2-2021 09:50 AM
muka sama keruh mcm SS

selfie muka marah garang poyo bole dibaca dari jauh

anak2 ikut jejak langkah dia jadi bartender owang tengah sugardaddy/sugarbaby
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
papadomku replied at 23-2-2021 09:34 AM
kesiannya anak yg dinafikan hak utk bersekolah. oklah, dajjal nak keluar nanti kan. Tapi mcm mana na ...

Tahla orang gini jenis kufur nikmat, rasa sakit hati tengok orang yg ada anak2 yg sempurna cukup sifat akal dan fizikal tp tanak hantar anak sekolah.

Iols ni hari2 berendam air mata tiap kali nak suh anak bangun pagi bersiap g sekolah.
Anak iols hari2 lambat g sekolah kul 8 baru sampai.Setiap hari ada drama ngamuk tantrum bagai. Mujurlah kelas pendidikan khas mmg cikgu benarkan budak2 ni dtg lambat.
Patutnya iols takyah pun susah2 simpan je anak tu kat umah dah dia pun mmg susah nk g skolah.
Tp nak juga hantar biar dia belajar kt sekolah mmg bodoh la mana2 mak pak yg ada anak sempurna akal fikiran boleh uruskan diri dengan baik tp simpan anak tu dlm umah tak benarkan depa belajar mcm yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukak kedai mkn kan. Rasa2 ada amik thypoid injection tak? Mmg tak la nak mkn kedai dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols kenal sorang kakak ni, lepas balik blaja oberc bawah tajaan, dia dgn suami masuk geng tabligh dan bukak perkampungan sendiri. Masa tu depa satu geng nak buat ala2 mcm citer the village arahan m.night shyamalan.



Depa dok satu kg, buat silibus sendiri. Kakak tu jadi guru besaq, anak2 ramai ada yg tolong ngajar kat skool. Tapi tu la, setahu iols tak amik peksa selaras kat mesia. Tak rasa depa ada plan nak blaja sampai ke universiti. Last2 anak2 kena keje jual barangan juga. Kalau kaya dah ada bisnes kaw2, takpe la nak jadi hermit. Iols kesian kat anak2 dia je sbb dia sempat blaja sampai oberc bawah tajaan tapi anak2 dia jadi mcm ni.

Iols tingat kat sorang mamat ni, iols ingatkan asalnya skolah pondok, tapi dpt sambung blaja ke universiti.
https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-afifi-ulama-melayu-pertama-di-oxford-fatwa-jadi-rujukan-dunia-218906%3famp=1

Dr Afifi ulama Melayu pertama di Oxford, fatwa jadi rujukan dunia

Bernama
Oktober 1, 2019 04:48 MYT

Fatwa bahawa Islam tidak membenarkan mana-mana pihak terutama umatnya melakukan kekejaman dan membunuh orang awam yang diiktiraf dan menjadi rujukan banyak negara, sekali gus menempatkan Datuk Dr Afifi al-Akiti, setanding ulama terkemuka dunia.

Menurut felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford itu, penulisannya dihasilkan ketika beliau menuntut di Universiti Oxford dalam bidang Teologi, Falsafah dan Pengajian Islam.

Karya dalam bahasa Arab berjudul 'Mudafi al-Mazlum bi-Radd al-Muhamil ála Qital Man La Yuqatil' (Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians) tentang pembelaan terhadap pihak teraniaya dengan mengecam kumpulan pelampau yang membunuh orang awam, ditulis beliau ekoran kejadian letupan bom di London pada 7 Julai 2005.

Ekoran kejadian tersebut, beliau mengirim sebuah risalah panjang menerusi e-mel kepada kumpulan ulama bagi menjelaskan bahawa menurut Mazhab Shafie, agama Islam tidak mengajar umatnya bertindak ganas bahkan agama keamanan.

Risalah dalam bahasa Arab itu diterima ulama Islam dan kemudiannya turut diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, menjadikan beliau dikenali di mata dunia.

Sehingga kini, fatwa tersebut kerap digunakan sebagai rujukan pendakwah dan ahli akademik serta sebagai hujah dalam perdebatan pengamal media termasuk wartawan penyiaran Al Jazeera, Mehdi Hasan bagi menangkis tanggapan bahawa Islam merupakan agama yang menyokong keganasan.

TERSENARAI 500 MUSLIM BERPENGARUH

Lebih membanggakan apabila Afifi, 43, anak kelahiran Batu Gajah, Perak itu menjadi rakyat Malaysia serta anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun berdasarkan pengetahuan dan pengalaman luas beliau tentang pengajian Islam.

Beliau berkata, khidmatnya di universiti berkenaan umpama 'duta' masyarakat Nusantara terutamanya Malaysia kerana warga universiti Oxford yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Britain, Amerika dan Eropah belum pernah menjejakkan kaki ke Asia Tenggara.

"Ini merupakan satu amanah daripada Allah SWT. Saya menerimanya dengan rendah diri. Alhamdulillah penerimaan komuniti di sana sangat baik dan menakjubkan. Pelajar lain seperti dari falkuti sains juga hadir ke kuliah saya," beliau memberitahu Bernama ketika berada di tanah air, baru-baru ini.

"Di sana kita mahu mengajar Islam dengan cara yang bersanad dan berhikmah, kesinambungan daripada ulama terkemuka seperti Imam al-Ghazali sehingga kepada Rasulullah SAW, agar tidak terjebak dengan ajaran sesat," tambahnya.

Ulama terkemuka itu turut menggalas tugas penting sebagai Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Perak selaku penasihat rasmi kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dalam pelbagai perkara terutamanya berkaitan Islam.

Beliau yang boleh berkomunikasi dalam tujuh bahasa termasuk Latin, Greek, Perancis, Jerman, Arab, Inggeris dan Melayu itu turut dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak oleh Almarhum Sultan Azlan Shah pada 2009.

Pada 2018, Majlis Raja-Raja melantik Afifi sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-raja Hal Ehwal Islam Peringkan Persekutuan.

"Jawatankuasa ini penting untuk meyakinkan pihak pemegang kepentingan peringkat tertinggi bagi bidang kuasa Islam, iaitu Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu untuk memberikan cadangan dan penambahbaikan institusi agama Islam di peringkat Persekutuan," jelas Afifi.

Atas jasa dan sumbangannya di peringkat antarabangsa, maka tidak hairanlah beliau turut tersenarai dalam 'The World's 500 Most Influential Muslims', sejak tahun 2010 sehingga kini.

Makalah itu diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Islam Diraja, di Amman, Jordan.

PENGORBANAN, RAHSIA KEJAYAAN

Afifi yang juga peminat filem lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Star Wars berkata selain daripada usaha gigih, rahsia kejayaan beliau pada hari ini adalah atas pengorbanannya serta sokongan keluarga.

"Tanpa pengorbanan kita takkan dapat berada di mana kita mahu berada, dan tanpa pengorbanan keluarga, saya tidak akan berada di mana saya berada kini. Tiada jalan mudah untuk berjaya, kena bekerja keras, itulah rahsia kejayaan," jelas beliau.

Berkongsi tentang pendidikan awal beliau, bapa kepada tiga orang anak itu berkata sewaktu di sekolah rendah beliau banyak berpindah sekolah di sekitar Selangor kerana mengikut ibunya yang bertugas sebagai guru di negeri itu.

Berkat ketekunan dan restu keluarga, Afifi yang juga ahli Majlis Halal Malaysia berjaya memiliki Ijazah Sarjana Muda Falsafah Skolastik dan Sejarah dan Falsafah Sains, dari Universiti Queen Belfast, United Kingdom (2001), Ijazah Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Oxford, UK (2002) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) Pengajian Islam, dari Universiti Oxford, UK (2008).

"Saya mengembara ke luar negara untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman pada usia 15 tahun atas kemahuan sendiri. Saya banyak mengembara ke negara Arab untuk berguru termasuk Maghribi untuk mengaji talaqi dengan ulama.

"Saya berpeluang menjadi imam di Belfast, Ireland Utara sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford dengan biasiswa penuh sebagai 'Clarendon Scholar' dari universiti itu sehingga berjaya menamatkan PhD," tambahnya yang pernah menerima Anugerah Perdana merangkap Tokoh Maulidur Rasul 2017, peringkat kebangsaan.

Sebagai ulama, beliau menasihati umat Islam agar lebih menghayati Islam dan mengimbangi antara mencari ilmu dunia demi untuk mencapai kejayaan di akhirat.

"Saya percaya jika umat Islam berjaya di dunia, kita dapat beri teladan, nilai sejagat yang murni agar umat lain juga dapat menghayatinya," katanya.

Mengakhiri perbualan, Afifi berkata, agama Islam dilihat sebagai inspirasi kepada orang lain untuk berkembang, agama yang indah, sejagat dan sempurna, namun sekiranya umatnya kurang sempurna, maka mereka perlu mendalami Islam dan menjadi penganut yang lebih baik.

-- BERNAMA

Alang2 nak suruh anak tumpukan perhatian kat ilmu akhirat, pls go all the way...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape kau igt ilmuwan2 islam tu tak bersekolah ke zul oiiii... Punye la ramai ilmuwan islam yg berjaya kat dunia dan insya allah berjaya kat akhirat....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:22 AM | Show all posts
haifawehbe replied at 23-2-2021 04:33 AM
org mcm ni x pelik pun kalau 1 hari nanti mengaku diri tu tuhan.

setuju 100%..tak pun mengaku jadi PA Tuhan cam sohai konon kalu dia marah, Allah pun marah..apekah kebabian ini??takkan takde Jabatan Agama angkut si mamat ketum tu??

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:24 AM | Show all posts
jadi sila lah meninggal cepat sikit masuk akhirat. dunia tak penting kan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:25 AM | Show all posts
orang yang dah tua-tua baru nak kenal agama mmg lain mcm ekstremnye. tu pasal korang kalau ada anak tu dari kecik tu terapkan ilmu agama. solat 5 waktu tu wajibkan, paksa dari kecik blaja ngaji.  sbb ni yg aku peratikan la, sekeliling aku pun ramai mcm ni. senang terpengaruh, mungkin sebab dulu jahil kan. tu pasal benda2 tak masuk akal ni pun diorg leh terima.

mcm vaksin la, ye btul zaman nabi takde vaksin, tapi anak-anak nabi ada 7 orang tapi yang betul-betul hidup sampai Rasulullah saw meninggal sorg je. cucu nabi pun ade yang meninggal masa baby. so kalau nak cakap dulu zaman nabi org makan habbatussauda dan madu je boleh sihat tu salah sebenarnye
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:29 AM | Show all posts
dulu org suruh mengaji hang malaih.. bila tua yg bodoh tu dah jadi jahil. Rosak anak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:30 AM | Show all posts
penat je ulama2 islam dulu2 mendalami ilmu matematik, perubatan bagai.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:33 AM | Show all posts
masa baca, iols mmg terus fikir sohai 2.0

why heols jadi lagu niiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:33 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 23-2-2021 09:26 AM
Sy pun suka dgr ceramah dia..psl sains pun dia pandai..bkn mcm ustaz kg yg jawab soalan pasal huku ...

betol..very intellectual..in fact dia cite..masa dia muda..dia pernah lost..mmc dh give up dgn agama..then dia slowly cari balik erti agama..dr danial very open minded..ustaz yg mengikut zaman...tau mcm mana nak approach org zaman moden..bukan menghukum membabi buta mcm lobai pas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:33 AM | Show all posts
lattehazelnut replied at 23-2-2021 03:10 AM
habis anak kau esok nak kerja apa..

business steamboat daddy nye lah
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Zul yahya ni dah berapa lama merempan pasal covid . Tp xde org peduli pun. Suka la tu akhirnya org bg perhatian kat diam
Xpercaya covid la. Agenda itu agenda ini. Xpercaya sangat p la duduk dengan pesakit covid seminggu dua.
Muda2 bergedik jd artis.. dah tua baru nak cari agama. Lepas tu belajar sikit menunjuk pandai
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekor lagi penunggang agama..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah. Semua muslim jomlah kita berhenti belajar, jangan bagi education kat anak2 kita. Semua jom pakat duduk dalam gua tunggu dajjal datang. Org muslim macam ni lah yg backwards. Habis tu kalau semua tak belajar ilmu dunia, sapa yg nak jadi doktor, cikgu, fireman, engineer? Harapnya nanti sakit, jangan  pergi hospital. Makanlah kurma, habbatus sauda tu. Org macam ni sesuai join isis, boko haram tu. Jangan nanti jadi macam aliya anak arwah azmil dah lah. Masa kecik bukan main berlitup, siap duduk syria lagi. Besar jadi sugar baby.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.101434 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list