CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2877|Reply: 39

[Tempatan] Bentong bakal jadi bandar raya kedua di Pahang

  [Copy link]
Post time 23-2-2021 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 23-2-2021 09:58 AM

Bentong bakal jadi bandar raya kedua di Pahang

BERNAMA

Maran: Bentong bakal menjadi bandar raya kedua di Pahang selepas Kuantan, dengan jangkaan proses menaik taraf Majlis Perbandaran Bentong dapat diselesaikan tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, proses menaik taraf itu kini di peringkat pentadbiran yang memerlukan kerajaan negeri membuat permohonan kepada Kerajaan Persekutuan dan lazimnya akan mengambil masa beberapa bulan untuk diluluskan oleh Kabinet.

"Bentong sudah memenuhi kriteria untuk diangkat sebagai bandar raya dari segi pendapatan, namun belum mencapai kriteria jumlah penduduk yang perlu melebihi 500,000 orang. Kita akan lihat jika boleh memberikan kelonggaran dengan mengambil kira aspek pembangunan (di situ)," katanya.

Zuraida berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di daerah ini hari ini, yang disertai Timbalannya Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang juga Ahli Parlimen Maran dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida memaklumkan Majlis Daerah Pekan kini dalam perancangan dinaik taraf kepada majlis perbandaran juga dalam tahun ini, manakala Majlis Daerah Maran (MDM) disasarkan 'mendapat kenaikan' itu pada 2022.

Bagi membantu MDM mencapai sasaran terbabit, Zuraida berkata, kementeriannya hari ini meluluskan peruntukan RM7 juta, dengan RM5 juta adalah bagi kerja pembangunan termasuk membaiki dan baik pulih kerosakan akibat banjir memandangkan daerah itu antara lokasi terjejas teruk ketika banjir pada awal tahun ini.

"Masing-masing RM1 juta lagi adalah bagi membantu pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan kemudahan serta infrastruktur di lokasi pelancongan termasuk membangunkan pusat perniagaan memandangkan Maran akan mempunyai stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak lama lagi," katanya.

Selain itu, Zuraida berkata, garis panduan naik taraf pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan pelancongan sedang diperkemaskan kerana beberapa kriteria seperti jumlah penduduk sukar dipenuhi dan memerlukan panduan berbeza.

Mengulas perkembangan berasingan, beliau berkata, kementerian juga telah meluluskan pembinaan balai bomba di Chenor di sini, dan Gambang, Kuantan dengan peruntukan RM4 juta sebuah selain menerima permohonan kerajaan negeri supaya kemudahan itu disediakan di Benta, Lipis kira-kira 185 kilometer dari sini.

"Kelulusan di Chenor dan Gambang dibuat selepas mengambil kira jarak balai bomba terdekat ialah melebihi 30 kilometer dan kepadatan penduduk memerlukan kemudahan itu diberikan bagi keselamatan mereka," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:03 AM | Show all posts
Syabas Bentong

Genting antara yang menyumbang pendapatan

siapnya lebuhraya CSR dan laluan ECRL juga akan jadi pemangkin
kemajuan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:15 AM | Show all posts
beribu2 taniya , tempat buangan bandit satu ketika dulu n tanah tumpah darah bentong kali
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak baru je plan nak beli tanah kat janda baik dah lama berangan nak buat rumah kat situ sebab lokasi tak jauh ngan kl  dan dekat juga dgn kg halaman sendiri pastu janDa baik kan sejuk dan hijau.
Nampaknya makin mahal lerr nilai hartanah udah cukai pintu pun akan naik kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 10:17 AM | Show all posts
Suchi replied at 23-2-2021 10:16 AM
Alamak baru je plan nak beli tanah kat janda baik dah lama berangan nak buat rumah kat situ sebab lo ...

Masih belum terlambat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
bentong kali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak cukup penduduk.. tapi nak longgarkan kriteria.. awat nak naikkan taraf byk2 tmpt ni?

"Bentong sudah memenuhi kriteria untuk diangkat sebagai bandar raya dari segi pendapatan, namun belum mencapai kriteria jumlah penduduk yang perlu melebihi 500,000 orang. Kita akan lihat jika boleh memberikan kelonggaran dengan mengambil kira aspek pembangunan (di situ)," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:08 PM | Show all posts
maju bentong diberkati  casino Genting,  melayu bentong tersenyum disinari cahaya wajah wakil rakyat cina memerintah darul bentong nan suci dengan adil lagi saksama!! Takbiiiirrrrrr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 12:11 PM | Show all posts
Suchi replied at 23-2-2021 10:16 AM
Alamak baru je plan nak beli tanah kat janda baik dah lama berangan nak buat rumah kat situ sebab lo ...

lol, tanah janda baik mana ada yg murah sis. sejak zaman-berzaman mahal harganya, laksana emas purnama. Tumpuan VIP dan VVIP jua. Ayah aku ada dua ekar kat situ dah jual beratus ribu harganya. Sis kaya bolehlah beli.

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:13 PM | Show all posts
setelah bergelar Datuk ni, dia dah reti keluarkan idea bernas - upgrade Bentong sebagai bandaraya. bukanlah seperti dulu tu nak buat tugu memorial Highland Towers.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliaskotonggo replied at 23-2-2021 12:11 PM
lol, tanah janda baik mana ada yg murah sis. sejak zaman-berzaman mahal harganya, laksana emas pur ...

Tu cakap berangan je dulu hahah kot2 la ada yg terdesak ke apa kan.

2 ekar pun dah ratus ribu ekkk adoii mmg emas permata betul laa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:37 PM | Show all posts
Kesian Temerloh. Harap besor je tapi still perbandaran..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 12:40 PM | Show all posts
kakakko replied at 23-2-2021 12:37 PM
Kesian Temerloh. Harap besor je tapi still perbandaran..

Temerloh-Bandaraya ikan patin
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:41 PM | Show all posts
Boomibulat replied at 23-2-2021 04:40 AM
Temerloh-Bandaraya ikan patin

Jangan begitu... Kampung koi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-2-2021 11:32 AM
Tak cukup penduduk.. tapi nak longgarkan kriteria.. awat nak naikkan taraf byk2 tmpt ni?

"Bentong ...

Kawasan Cina memang cepat Naik membangun.

Cuba ko tengok Jengka dan Muadzam Shah tu ada apa....penagih dadah je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 12:42 PM | Show all posts
kakakko replied at 23-2-2021 12:41 PM
Jangan begitu... Kampung koi tu..

Kg koi jugak..kg chatin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaraya TF tu sejarah nye bermula di Bentong.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:45 PM | Show all posts

Ah ye... Rodong2 lah ni yak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2021 12:46 PM | Show all posts
kakakko replied at 23-2-2021 12:45 PM
Ah ye... Rodong2 lah ni yak...

Kg mertua je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 12:58 PM | Show all posts
bentong bangunan plg tinggi pun 7,8 tingkat je..

harapkan genting je lah ada skyscraper..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.596282 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list