Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
210
View
0
Reply

[Tempatan] Terpisah hampir setahun kerana pandemik Covid-19

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-2-2021 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Terpisah hampir setahun kerana pandemik Covid-19

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... -pandemik-covid-19/

Oleh ZULKIFLI MANZOR
23 Februari 2021, 4:08 pm


Tangkap layar rakaman video dua anak kecil menangis kegembiraan bertemu semula bapa mereka yang terpisah hampir setahun lalu.

PETALING JAYA C Satu rakaman video pertemuan semula dua anak kecil dengan bapanya yang terpisah hampir setahun lalu gara-gara pandemik Covid-19 meruntun hati rakyat Malaysia.

Rakaman video yang dikongsikan di Instagram milik Syazwana Jamal itu memaklumkan, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu tidak bertemu bapanya sejak Mac 2020.

Akhirnya selepas (hampir) setahun menunggu kepulangan ayah mereka, rasa macam mimpi.

Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Mac 2020, ayah mereka pulang ke Qatar sehingga Februari 2021 baru jumpa semula, kata Syazwana di laman Instagram miliknya hari ini.

Syazwana berkata, suaminya yang dikenali dengan nama Akram bekerja di Qatar dan akan pulang ke rumah pada setiap bulan sebelum pandemik Covid-19 berlaku.

Bagaimanapun, disebabkan PKP, Akram yang berada di Qatar tidak dapat pulang ke Malaysia sehingga pada Februari tahun ini.

Menurutnya, dia hanya dimaklumkan oleh Akram akan pulang ke rumah dua hari sebelum tarikh penerbangan lalu dia merancang memberi kejutan kepada dua anaknya.

Rata-rata netizen yang menonton tangisan gembira dua kanak-kanak itu kerana bertemu semula bapa mereka turut menyatakan rasa kesyukuran. C K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list