CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6458|Reply: 70

[Tempatan] Berita sedih-Mahkamah benarkan tangguh penghantaran pulang pelarian Myanmar

  [Copy link]
Post time 23-2-2021 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 23-2-2021 05:23 PM

Mahkamah benarkan tangguh pelarian dihantar pulang ke Myanmar

LUMUT: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penangguhan sementara terhadap keputusan Putrajaya menghantar pulang 1,200 warga Myanmar yang sudah dibawa ke pangkalan tentera laut Lumut.

Kumpulan itu dijadualkan pulang dengan menaiki kapal tentera laut Myanmar hari ini dari pangkalan tentera laut Lumut.
Bagaimanapun, mereka sudah diberikan penangguhan sekurang-kurangnya sehingga 10 pagi esok untuk pendengaran penangguhan mereka.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International dan Asylum Access memohon perintah mahkamah untuk menghentikan pengusiran itu, dengan berkata tiga orang berdaftar dengan UNHCR dan 17 kanak-kanak mempunyai sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa di Malaysia dalam kalangan mereka yang akan diusir itu.

Terdahulu, Malaysia memulakan penghantaran pencari suaka dan tahanan lain dari Myanmar ke pelabuhan, dengan kapal tentera laut sedang menunggu untuk membawa mereka pulang ke negara itu, walaupun kumpulan hak asasi manusia berusaha menghentikan pengusiran itu di mahkamah, atas alasan ia merisikokan nyawa mereka.

Seramai 1,200 tahanan dijadualkan pulang dengan tiga kapal tentera laut yang dihantar Myanmar, yang melakukan rampasan kuasa 1 Feb lalu dan mencetuskan demonstrasi oleh aktivis pro-demokrasi sejak itu.

Kumpulan pelarian berkata, pencari suaka daripada minoriti Chin, Kachin dan komuniti Islam bukan Rohingya melarikan diri daripada konflik serta penindasan di negara itu, antara mereka yang akan dihantar pulang ke sana.

Malaysia dilaporkan berkata, ia tidak akan menghantar pulang etnik Rohingya Islam atau pelarian yang berdaftar dengan UNHCR.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, sekurang-kurangnya enam orang berdaftar dengannya yang turut akan dihantar pulang dan jumlah itu mungkin lebih ramai. Ia tidak mempunyai akses ke atas kumpulan itu.

Bas dan lori Jabatan Imigresen dilihat membawa tahanan ke pelabuhan di Lumut, di mana kapal Myanmar berlabuh di sebuah pangkalan tentera laut.

“Jika Malaysia bertegas menghantar pulang 1,200 individu itu, ia akan bertanggungjawab meletakkan mereka dalam risiko terhadap penindasan, keganasan malah kematian,” kata Pengarah Amnesty Malaysia, Katrina Maliamauv semalam.

Kebimbangan juga terus timbul berhubung penghantaran pulang pencari suaka tidak berdaftar kerana UNHCR tidak dibenarkan menemubual tahanan lebih setahun bagi mengesahkan status mereka, ketika pihak berkuasa melakukan serbuan ke atas pendatang asing tanpa izin di Malaysia.

Amerika Syarikat dan kedutaan negara barat lain cuba menghalang Malaysia meneruskan pengusiran itu serta menggesa Putrajaya membenarkan UNHCR menemubual tahanan.

Mereka juga berkata, Malaysia menghalalkan kerajaan tentera melalui kerjasama dengan junta.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cari rumah katrina malimauv tu skg jgk, acah2 good2 je. membongak je, tlg bawak, belai pendatang  kt rumah sendiri tu xpe jgk. setakat ckp kosong xyah la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pemegang kad unhcr x boleh bekerja dan berniaga...tetapi ramai yg berbuat demikian.Sekarang ni terpulang kpd pihak berkuasa Malaysia samada nak 'MENYERBU DAN MENANGKAP ' mereka ini.KUASA ditangan UNDANG2 MALAYSIA.Barang di ingat...Malaysia masih tidak meratifikasi konvensyen pelarian 1951.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ni berita buruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 06:47 PM | Show all posts
kedurjanaan rohingya sangat memberi kesan kpd masyarakat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 09:40 PM | Show all posts
Malaysia dilaporkan berkata, ia tidak akan menghantar pulang etnik Rohingya Islam atau pelarian yang berdaftar dengan UNHCR.


dah tu yang ramai2 sampai 1,200 orang tu siapa?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 09:45 PM | Show all posts
dari kecam malaysia sebab usir warga myanmar,
lagi afdal pergi kecam myanmar...menyusahkan jiran tetangga...
ini semua geng2 melalak meroyan tapi entah apa usaha mereka untuk halang myanmar..?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
tak guna punya hakim mahkamah tinggi msia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:32 PM | Show all posts
Berita terbaru, Jabatan Imigresen tetap menghantar balik 1,086 PATI Myanmar walaupun ada court order. Boleh baca di sini: https://www.aljazeera.com/news/2 ... 0-people-to-myanmar

Perkara ini bukan pertama kali berlaku. Lihat kes Heng Peo lawan Ketua Pengarah Imigresen tahun 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:40 PM | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 23-2-2021 06:32 AM
Berita terbaru, Jabatan Imigresen tetap menghantar balik 1,086 PATI Myanmar walaupun ada court order ...

Ok lah mereka pulang dengan kerelaan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh jer NGO2 yg tak bagi hantar balik tu bawak pelarian2 tu duk rumah diaorang jer....tau nak komplen jer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:52 PM | Show all posts
Imigresen usir warga Myanmar walaupun mahkamah arah tangguh

https://www.malaysiakini.com/news/564085

Diterbitkan 23 Feb 2021, 9:41 pm
Dikemaskini 9:52 pm



Jabatan Imigresen mengusir 1,086 warga Myanmar hari ini walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata semua pendatang yang tidak memiliki dokumen dihantar pulang dengan tiga kapal tentera laut milik tentera laut Myanmar.

Mereka bertolak dari pangkalan tentera laut di Lumut, Perak.

"Jabatan imigresen dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia, National Task Force (NTF) dan pihak kedutaan Myanmar, telah melaksanakan program penghantaran pulang 1,086 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warganegara Myanmar pada hari ini," katanya.

Terdahulu, mahkamah memberikan penangguhan sementara terhadap rancangan kerajaan menghantar pulang 1, 200 warga Myanmar hingga jam 10 pagi esok (24 Februari).

Keputusan itu dibuat setelah NGO Amnesty International Malaysia dan Asylum Access Malaysia mengemukakan permohonan untuk memohon campur tangan mahkamah.

Khairul sekali lagi menegaskan bahawa semua tahanan yang dihantar pulang merupakan Pati warganegara Myanmar dan tidak melibatkan etnik Rohingya atau pencari suaka.

"Semua mereka yang dihantar pulang itu telah bersetuju untuk pulang secara sukarela tanpa paksaan oleh mana-mana pihak," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi jabatan tersebut untuk mendapatkan komen.

Agensi pelarian PBB, UNHCR sebelum ini meminta proses pengusiran dihentikan dengan menyatakan kebimbangan bahawa kemungkinan terdapat wanita dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan antarabangsa.

Ia juga mengatakan telah dilarang memasuki pusat tahanan imigresen sejak Ogos 2019 dan tidak dapat mengenal pasti tahanan yang menjadi pelarian.

Malaysia tidak mengiktiraf pelarian dan menganggap mereka sebagai pendatang tanpa dokumen.

Walaupun tidak diakui, Malaysia merupakan negara bagi sekitar 154,000 pelarian dari Myanmar, selain pekerja asing tanpa dokumen.

Sementara itu, Khairul berkata Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri juga berusaha menghantar pulang warga negara dari Vietnam, Indonesia, Bangladesh dan negara-negara lain yang tidak memiliki dokumen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pengkianat
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
NGO lagi kuat dr kerajaan. kerajaan LEMBIK. so kite kene la beramai2 tukar ic ke kad UN. lagi kebal. tayah bayar tax. niage je memane. buat salah pun nti polis sekadar nasihat je. buat jenayah pn nti bebas gak. untung kan jd PATI under UN.

kapal tu dh bwk pulang 1086 PATI je. selebih nye tak jd balik le tu kan. TAHIniah la NGOK.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng keling cina dapigs dah monopoli perundangan

hanat betul
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 23-2-2021 10:52 PM
Imigresen usir warga Myanmar walaupun mahkamah arah tangguh

https://www.malaysiakini.com/news/564 ...

Terbaik imigresen

persetankan geng bodoh yang eksploit
kehakiman
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 11:25 PM | Show all posts
dizekni replied at 23-2-2021 07:21 AM
Geng keling cina dapigs dah monopoli perundangan

hanat betul

Kenapa nak salahkan bangsa lain?

Sebab itulah jangan hanya mementingkan kehidupan selepas kematian sahaja!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pentingnya posisi2 perjawatan penting diisi yang ada iman dan integriti
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kat langkawi baper ramai? Yg kat selayang?

Walaupun tidak diakui, Malaysia merupakan negara bagi sekitar 154,000 pelarian dari Myanmar, selain pekerja asing tanpa dokumen.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:43 PM | Show all posts
dizekni replied at 23-2-2021 07:30 AM
Pentingnya posisi2 perjawatan penting diisi yang ada iman dan integriti

Yang ada pun hari hari keluar news terima rasuah sana terima rasuah sini tak habis habis. Kemudian melayu lembik seperti kau ni nak salahkan bangsa lain kerana kau kekononya Di tindas oleh bangsa pendatang. Apa lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078168 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list