CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 1

[Dunia] Batuk depan polis sambil menjerit korona, lelaki dipenjara empat bulan

[Copy link]
Post time 23-2-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Batuk depan polis, lelaki dipenjara empat bulan

https://www.utusan.com.my/luar-n ... enjara-empat-bulan/

Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
23 Februari 2021, 10:31 am


SEORANG lelaki warga Denmark dikenakan hukuman penjara selama empat bulan kerana batuk depan dua anggota polis sambil menjerit `korona'. - GAMBAR HIASAN

COPENHAGEN: Mahkamah Agung di Denmark baru-baru ini menjatuhkan hukuman penjara selama empat bulan ke atas seorang lelaki kerana batuk ke arah dua anggota polis sambil menjerit `korona’ dalam satu pemeriksaan trafik pada Mac tahun lalu.

Memetik laporan Reuters, insiden itu berlaku ketika Denmark melaksanakan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19, menyebabkan defendan ditahan atas tuduhan berkelakuan mengancam meskipun dia kemudian diuji negatif Covid-19.   

Pada mulanya, sebuah mahkamah tempatan membebaskan lelaki itu daripada tuduhan namun dia kemudian disabitkan kesalahan di Mahkamah Tinggi Barat Denmark.

Ketika mengemukakan rayuan terhadap sabitan itu di Mahkamah Agung, pihak pendakwa raya memohon hukuman penjara selama tiga hingga lima bulan.

Beberapa kes serupa juga dilaporkan berlaku di Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Berdasarkan tinjauan dijalankan The Telegraph pada April tahun lalu, polis Britain mendaftarkan kira-kira 200 kes kejadian meludah atau batuk ke arah pegawai dalam tempoh seminggu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde kerja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060172 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list