View: 9588|Reply: 32
|
Netizen Fitnah Vivy Yusof Dibicara 11 Ogos
[Copy link]
|
|
Kes saman Datin Vivy Yusof terhadap seorang netizen atas dakwaan memfitnah pengasas FashionValet and dUCK Group itu menerusi laman sosial berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas oleh penularan Covid-19, ditetapkan untuk perbicaraan bermula 11 Ogos ini.
Peguam Mohd Syakirin Syazwan yang mewakili Alia Najwa Hassannudin, selaku defendan dalam kes saman itu berkata mahkamah menetapkan 11 dan 12 Ogos untuk perbicaraan.
“Seramai lima saksi defendan termasuk anak guam saya akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu manakala plaintif (Vivy) akan mengemukakan tiga orang saksi,” katanya ketika dihubungi Bernama selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datin Rohani Ismail hari ini yang turut dihadiri peguam Pauling Hee mewakili Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof.
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.
Berdasarkan penyataan tuntutan, Vivy berkata pada 28 Mac tahun lepas, beliau telah menerbitkan rakaman video dalam akaun Instagramnya berhubung perbualan empat usahawan berkaitan status ekonomi akibat Covid-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Vivy mendakwa pada 30 Mac tahun sama, defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram milik defendan dan secara salah menyatakan bahawa plaintif mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40 sedangkan mereka tidak memberi apa-apa sumbangan kepada ekonomi negara.
Usahawan wanita itu mendakwa penyataan-penyataan fitnah tersebut antara lain membawa maksud bahawa plaintif tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan.
Kredit foto: IG Vivy
Kata Vivy, penerbitan penyataan-penyataan fitnah itu turut menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web sekitar 1 April tahun lepas bagi mendesak plaintif dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan berkenaan dan petisyen tersebut telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna internet sejak dilancarkan.
Ikon fesyen itu mendakwa surat tuntutan telah dikeluarkan kepada defendan dan menuntut supaya beliau berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap plaintif di laman sosial dan plaintif juga mendakwa defendan membalas surat tuntutan melalui aplikasi Facebook tetapi gagal mematuhi kesemua kehendak plaintif.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah tersebut selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.
Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 20 Oktober tahun lepas, defendan mendakwa bahawa penyataan yang dimuat naik olehnya adalah berlandaskan fakta sebenar daripada posting plaintif sendiri dan ia berunsurkan kepentingan awam selain defendan juga menafikan sebarang elemen fitnah di dalam penyataan yang diterbitkannya.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Salah sorang mula basic nak sembam macam baru bangun tido |
|
|
|
|
|
|
|
korg pun nk kome tak hagak hagak. da kena saman, baru diam. haih |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa defendan tu? I like her courage |
|
|
|
|
|
|
|
defendan tu buat statament apa kat vivy sampai kena saman? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa dia komen sampai naik court,
chuols?
Tu la laki iols pun selalu tegur masuk instagram atau forum jangan komen melampau.
Ye la kita kalau naik turun court nangis klua duit lain lah jenis have have dari lahir macam tin vee. |
|
|
|
|
|
|
|
Off topic neelofa kena kaw kaw dituduh narcicist oleh putera raihan knp xnk saman eh |
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 25-2-2021 05:12 PM
Off topic neelofa kena kaw kaw dituduh narcicist oleh putera raihan knp xnk saman eh
mungkin neelofa rasa kalau putera raihan tu kaya berbaloi gak la saman |
|
|
|
|
|
|
|
flipolivio replied at 25-2-2021 07:02 PM
mungkin neelofa rasa kalau putera raihan tu kaya berbaloi gak la saman
Oh mungkin gak. Byk benda lg nk pikir kot dr nak naik turun mahkamah. Yg screenshoot ckp dia dah kawen dia nafikan kan tp pasal narcicist dia xde layan ke hapa |
|
|
|
|
|
|
|
Biby sbb dah tak JD BOD uitm ke sampai Saman menyaman ni? Biby mmg tak layak sbb biby kelulusan obersi. Walaupun biby byk dpt attention dpd uitm students bila dtg bg talk...but as an influenzer sudah. |
|
|
|
|
|
|
|
i rasa kes tinvy kuat nih
boleh sheols mng
sbb mmg defendan intepret apa yg tinvy cuba smpaikn dgn kurang tepat
but we'll see sapa mengalah nnti |
|
|
|
|
|
|
|
kosukeconan replied at 25-2-2021 09:00 PM
i rasa kes tinvy kuat nih
boleh sheols mng
sbb mmg defendan intepret apa yg tinvy cuba smpaikn dgn ...
mmg rasa mcm tinvy boleh menang.. sbb statement tu dia xkeluar pon kan? org yg twist her word |
|
|
|
|
|
|
|
flipolivio replied at 25-2-2021 09:06 PM
mmg rasa mcm tinvy boleh menang.. sbb statement tu dia xkeluar pon kan? org yg twist her word
Iya mungkin tp mmg ramai turn off dgn dia ni lpas tu. Affect x bisnes tudung dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke yg suka dia dok kat bod uitm?
Apa posting yg budak tu buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai pengajaran tak suka individu janganlah dikutuk2 fitnah bagai. Fitnah itu pun salah satu dosa2 besar. Di dunia ini kena saman. Jadikan pengajaran buat semua. Tibehh |
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 25-2-2021 09:41 PM
Iya mungkin tp mmg ramai turn off dgn dia ni lpas tu. Affect x bisnes tudung dia..
kalau affect lagi lah dia boleh menang kot... sbb fitnah tu boleh jatuhkan bisnes dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
wait, so mmg btl la sheols kena lucut jawatan ahli lembaga pengarah uitm tu?
i tot dah habis kontrak.. haha
but yes, petition tu dah start waaaaaaaayy before isu b40 tinvy
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak tahu nak bekap yang mana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|