CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6160|Reply: 43

[Tempatan] Pengurusan kondo kompaun kanak2 umur setahun sebab tak pakai mask dalam lif

[Copy link]
Post time 25-2-2021 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 25-2-2021 03:57 PM

Tular budak satu tahun dikompaun tak pakai pelitup muka

KUALA LUMPUR - Satu tangkap layar tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak berusia setahun dikompaun oleh pengurusan sebuah kondominium selepas dikatakan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi spesifik kondominium berkenaan. Menerusi perkongsian di Facebook Info Roadblock JPJ/Polis pada Rabu, insiden itu didakwa berlaku apabila kanak-kanak berkenaan yang dipercayai anak kepada salah seorang penghuni di sini dikesan tidak memakai pelitup muka sewaktu berada di dalam lif.

Katanya, selepas mengenal pasti kesalahan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak pengurusan kondominium mengeluarkan notis kompaun bernilai RM100 kepada kanak-kanak terbabit.

"Tular pada malam ini, kes seorang kanak-kanak berumur setahun disaman RM100 oleh pihak pengurusan sebuah kondominium di Ampang, Selangor kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada dalam lif," katanya.

Menerusi foto tangkap layar yang dimuat naik itu, kelihatan penghuni terlibat seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan pengurusan kondominium terbabit dan menyatakan bahawa kanak-kanak setahun tidak diwajibkan memakai pelitup muka.

Bagaimanapun, pengurusan kondominium terbabit kekal dengan pendirian mereka untuk mengeluarkan notis kompaun tersebut. Sehingga jam 2 petang tadi, perkongsian itu telah mendapat sebanyak 1,500 komen dan 770 perkongsian daripada netizen.

Seorang pelayar dikenali sebagai Hana Harris turut mempertikaikan tindakan pengurusan kondominium terbabit kerana kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak digalakkan memakai pelitup muka.

"Pergi klinik kesihatan, budak bawah dua tahun datang 'check up' semua tak pakai 'face mask', tak ada pula polis tunggu situ nak kompaun RM1,000. "Nurse dan doktor pun tak marah sebab tau bahaya untuk umur macam itu," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -pakai-pelitup-muka

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 04:02 PM | Show all posts
tak digalakkan bukan tak perlu..
kalau dah pengurusan tetapkan kena pakai mask dalam kawasan condo, pakai saja la..
nanti anak kena covid menceceh pulak minta simpati..
bagus la pengurusan strict..
nanti kalau ada kes, dorang jugak yang kena uruskan nak sanitize bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur x duduk kondo....gilo
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 25-2-2021 04:02 PM
tak digalakkan bukan tak perlu..
kalau dah pengurusan tetapkan kena pakai mask dalam kawasan condo, ...

Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peraturan sendiri pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejenis bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha.kondo tempat org kaya kaya...haha..kalo buat marhein plat nak jugak cerca
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
berkurung saja la siapa duduk kondo ada baby yg tantrum usahkan mask, baju pon silap2 takmau pakai
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila cabar keputusan pihak pengurusan kondom(inium) tu kat mahkamah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 05:01 PM | Show all posts
SecretLuv replied at 25-2-2021 04:43 PM
Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peratur ...

pada i, premis dia, suka hati dia la nak tetapkan peraturan macam mana..
pakai kejap dalam kawasan tak memudaratkan pun..
u pun tak tau berapa ramai dah naik lif tu dengan macam-macam kuman..



Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Government's rule should override the condo management's rule.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 07:46 PM | Show all posts
sejak kobid ni muncul,
ramai betul lembu2 bodoh ketakutan di mana2  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 25-2-2021 07:46 PM
sejak kobid ni muncul,
ramai betul lembu2 bodoh ketakutan di mana2

takut duit terbang. tak la ikhlas sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh pakai facemask,  apa kata beli topi yg ada shield tu?

Pencegahan yg lagi baik,  takyah bawak anak keluar rumah kut kalau tak perlu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt sini bdk2 elok je main kt luar ramai2 x pakai mask pun mcm hr cuti sekolah je lagaknya


Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu namanya pengurusan bangang over nak buat benda ntah apa2! Saman je lah pengurusan bebal sebegini!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 25-2-2021 08:32 PM
Takleh pakai facemask,  apa kata beli topi yg ada shield tu?

Pencegahan yg lagi baik,  takyah ba ...

Face ask tujuannya utk prevent droplet/airborne virus drpd disedut masuk ke lubang hidung, Kalau pakai shield tu X menghalang pon droplet tu masuk ke hidung, boleh jah dri celah tepi tu. Faceshield lebih kepada prevent splash /splatter ke muka org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada la sebab tu budak bawah 2 tahun tak digalakkan pakai. Cuba bagi depa pakai. Tengok apa budak2 tu buat dekat mask tu.

Siap ada yang main jilat2 makan mask tu{:teatime
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv: Tapi kerajaan pun cakap kanak kanak bawah 2 tahun tak perlu pakai mask, kenapa dorang buat peraturan sendiri pulak.


Diaorang tau ramai org bodo tak nak ikut peraturan, so bila buat peraturan begini duit pun masyukk{:run
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Jmb ni mmg gila...

Kwn i kne saman sbb time pindah umh calar kanvas lift je pn...ribuan tau!! Gila kn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2021 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
senangnye lahai korang ckp pakai jelah kejap. sape suruh tk pakai padan muke. korang tak penah ad anak kecik ke? ingt sng ke nk bagi budak 1 thn pakai mask. 2 saat pon die tarik bukak dh. sebab tu la govt tk wajibkan budak bwh 2 thn pakai. kang lemas satu hal mak2 jgk kene kecam. mmg lah waktu covid ni tk bwk kuar baby. tp kene jgk turun kalau nk gi cucuk berkalananak ke. gi klinik demam ke sakit ke. ckp semua tk pakai akai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.226459 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list