CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5402|Reply: 0

Panduan Mudah Memancing Ikan Likoh

[Copy link]
Post time 26-2-2021 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Panduan Mudah Memancing Ikan Likoh

Walaupun sudah tidak begitu banyak kolam pancing air tawar yang menyediakan ikan likoh untuk dipancing, namun masih ramai pemancing yang berminat memancing ikan spesies kap ini. Sama ada di kolam, lombong atau sungai, ikan likoh boleh dipancing dengan kaedah dan umpan yang sama.


Sebagai ikan kap yang menjadikan lumut, rumpair atau tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan, melihat cara likoh makan juga boleh dijadikan ilham untuk memahami kaedah memancingnya. Ikan likoh juga gemar menyedut tanah dan menyaring makanan yang ada di dalam tanah tersebut. Oleh yang demikian, bahan umpan berasaskan dedak merupakan senjata utama untuk memancingnya.


Tabiat makan ikan likoh lazimnya tidak mengira waktu. Ia boleh berubah mengikut persekitaran dan habitat. Maknanya kita boleh memancing likoh tanpa mengira waktu. Hanya untuk menentukan waktu ia paling aktif, kita haruslah melakukan sedikit homework.


Apa yang perlu ada pada umpan atau dedak ialah bau-bauan yang boleh menarik minatnya. Jadi, pastikan umpan yang digunakan dicampurkan dengan bau-bauan yang sedikit wangi serta hanyir. Apa yang lebih penting daripada umpan ialah kaedah untuk menarik ia datang kepada umpan. Ia boleh dilakukan dengan teknik menabur umpan dalam jumlah yang banyak di sesuatu tempat.Inilah rahsia sebenar memancing ikan likoh.


Selain perlu merasuah, gaya persembahan umpan juga penting. Ikan likoh dipercayai bersikap agak tamak dan gelojoh terhadap makanan. Jadi, umpan yang tersembunyi mata kail di dalamnya itu perlulah dikepal dalam saiz yang besar.


Setelah mengetahui tabiat makan ikan likoh ialah dengan cara pasif, iaitu memakan umpan yang tidak bergerak dan ia sendiri tidak bergerak ketika makan. Ia akan memakan umpan dengan senyap dan perlahan. Jadi, penggunaan mata kail yang ringan tetapi kuat amatlah penting.


Sekiranya menggunakan mata kail yang besar dan berat, ia juga memungkinkan mata kail tersebut tidak akan bergerak masuk ke dalam mulut ikan ketika menyedut makanan.


Ikan likoh akan memuntahkan kembali mata kail setelah menyedut dedak. Oleh itu kita haruslah peka pada sebarang pergerakan mata kail melalui gerakan tali pancing. Memandangkan mata kail berkemungkinan tidak akan tercangkuk dengan sendiri pada mulut ikan, maka kita sendiri haruslah menyentapnya ada petanda ia digerakkan oleh ikan.



Selebihnya, layanlah lariannya dengan lemah gemalai. Pastikan drag kekili tidak dikunci terlalu tinggi kerana mulut likoh agak lembut dan boleh koyak jika melawannya dengan cara yang kasar.


Sumber:https://www.umpan.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.032358 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list