CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5587|Reply: 45

Mie Congek sebungkus RM16.90. Pengusaha pesan tak cukup duit, sila menabung

  [Copy link]
Post time 26-2-2021 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Mi segera sebungkus RM16.90: Yang kurang duit sila menabung dulu – Aliff Syukri

USAHAWAN jutawan Aliff Syukri meminta mereka yang tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli mi segera keluarannya supaya menabung terlebih dahulu.

Mi segera dengan nama Mie Congek yang mula berada di pasaran beberapa hari lalu itu berharga RM16.90 sebungkus.

“Jom rasa Mie Congek saya. Pasti sedap dan terangkat. Yang ada duit cubalah. Yang kurang duit sila menabung dulu,” kata Aliff Syukri dalam satu hantaran di Facebooknya.

Rata-rata pengguna berpandangan harga mi segera tersebut terlalu mahal untuk dibeli oleh mereka.

“Ingat penah susah faham. Rupeanya lupa diri, berlipat kali ganda untung dengan secuit mi macam tu jual mahal-mahak. Saya nak jual sambal mahal pun fikir. Kesian orang nak makan sambal je pun kena keluar duit macam beli lauk. Tapi harga bawang dengan cili sentiasa melambung kena la juga jual harga macam tu.

“Tapi rasa bahan-bahan yang Datuk gunakan itu taklah mahal pun modalnya, saya doakan mi ini boleh pegi jauhlah ya sebab time PKP ni susah betul nak tarik pelanggan semua tengah sesak duit,” kata Citie Fatimah Abdul Manaf.

Seorang lagi pengguna berkata, dengan harga tersebut mereka boleh makan mi dengan lauk makanan laut yang segar.

“RM16.90 boleh makan mi udang galah segar-segar. Kalau mi samyang harga RM5 pun boleh turun RM3.00 lebih bagi memenuhi permintaan rakyat marhaen dan memahami isi poket rakyat kenapa Datuk tak cuba memahami rakyat?

Dengan nama gah mi Datuk boleh terjual berpuluh ribu peket sekali jalan. Bersyukurlah kalau nk dibandingkan dengan peniaga lain yg bergelut mencipta nama walau mi depa sejuta kali lebih sedap dari mi Datuk,” komen Nurirdayu Ab. Azid.

Sementara itu seorang pengguna berharap Aliff Syukri dapat menerangkan mengapa mi segera tersebut dijual pada harga tersebut.

“Datuk untuk elak org mengata kena terangkan kenapa harga letak macam tu? Contoh guna mee homemade ke, sebab sos fresh homemade ke, sebab daging import mahal ke. Terangkan biar orang faham dan tak kecam. Kalau boleh mi tu lebihkan lagi. Dan terangkan apa yang ada dalam pek tu.

“Musim-musim PKP ini ramai yang terjejas nak beli untuk seorang makan dengan harga macam tu memang la ramai rasa tak berbaloi kecuali orang yang mampu. Kalau boleh keluarkan produk makanan yang semua mampu beli. Dan niat nak jual, nak bagi orang makan senang hati, nak tolongg gembirakan perut-perut orang lain. Kita senang pun sebab orang lain juga yang support,” kata Ainieny Hizaliee.

Mie Congek dihasilkan setelah melalui kajian selama hampir enam bulan. Mi tersebut khusus untuk mereka yang gemarkan ayam.
.
“Rasanya lebih sedap daripada mi segera yang lain. Confirm terlajak sedap dan terlalu enak. Sukar untuk saya gambarkan.

“Mie Congek yang berharga hanya RM 16.90 sahaja hnya perlu rebus sahaja dan di dalam ini cukup penuh dengan sayuran dan juga ayam yang segar dari ladang,” kata Aliff Syukri.-SM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 09:30 AM | Show all posts
mee segera mmg la kene rebus je
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik.beli mi tonggek..
Baru rm3 je
Tapi slalu ada masa bulan remdan je
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mee tonggek? Baik buat sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:46 AM | Show all posts
kelihatan sedap utk dicoba cumanya harga tu kayangan naw naw naw
sebungkus 16hengget lebih.. baik pegi restoren order & mkn terus
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:50 AM | Show all posts
tambah seposen dah rm17..
budak-budak hipster or bbnu tua mungkin la sanggup membeli..
mana yang matang tu, tak kuasa nak support..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 10:12 AM | Show all posts
Sape pnh mkn mi sangggul..ntah masih ade lg tak skrg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2021 10:25 AM | Show all posts
mee sanggul masih ada lagi
aku kalau jln2 dlm negeri
aku suka cuba mee bandung, mee rebus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 10:50 AM | Show all posts
MEE SEGERA harga KAYANGAN Betul!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:14 AM | Show all posts
mee bodo hassan dekat tengkera melaka tu baru rm4 sepinggan.. memang da terjamin sedap zaman berzaman..

takpelah dato badang, awak cekiklah mee conggek bonggek kayangan awak tu sensorang beserta kaum kerabat yang lain...

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:00 PM | Show all posts
Dengan harga macam tu elok makan mee fresh dikedai dari makan mee segera yang pasti kurang khasiatnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 02:14 PM | Show all posts
Edited by ToungeSoup at 26-2-2021 02:16 PM



kenapa aku tengok tak menyelerakan langsung mee segenggam..harga kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:07 PM | Show all posts
lah satu ja? aku ingatkan ada 5 bungkus macam megi tu satu pek ni mi pun sikit celah gigi ja.. baik aku makan samyang
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Instant noodle harga sampai rm 16.90???Gila ko x berbaloi langsung,d zaman covid ni x kuasa aq nk mmbazir duit baik aq beli Mee Kari Mee sedap baru rm4 lebih je...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 04:45 PM | Show all posts
hhahahahha.. beli brand maggi pon dpt 3 peket besar tau..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 05:22 PM | Show all posts
Ok seriously, sapa target market dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit naw mi dia.samyang tu tebal la jugak
Kalau 5 bungkus ok lg kot.ni sebungkus?g kedai dpt 3 bungkus mi sup tau.lg sedap.xyah msk sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
alat cuci duit kewww, mi kering nipisss gila pastu ada ape tu mcm sos dgn minyak je? gila yahudi ko jual, senang la nak sembang konon laku keras padahal bodo mana je sanggup bayar rm17 utk mi segera? org makan mi segera masa sengkek, kalau dah mampu beli makanan sepinggan rm17 dia beli benda lain lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terinspirasu dri vicha barbie kot..jual bakso rm 25..tapi bihun beli sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:07 PM | Show all posts
Pi campak kambus belakang ruma la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.299856 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list