CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9435|Reply: 80

[Tempatan] [VIDEO] Penjenayah ‘berani mati’ sondol ‘King’ diberkas. #4, ‘Bob Mah Sing’ dibu

  [Copy link]
Post time 26-2-2021 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-2-2021 01:47 AM

[VIDEO] Penjenayah ‘berani mati’ sondol ‘King’ diberkas

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... ndol-king-diberkas/

leh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
26 Februari 2021, 8:03 pm




Tangkap layar kejadian sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh petang tadi.

PETALING JAYA – Dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang awam terbabit tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit 45 saat yang menunjukkan kereta bernombor pendaftaran MAS175 melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta jenis Perodua Myvi untuk melarikan diri.

Pemandu kereta tersebut turut dilihat mengundurkan kenderaannya dan melanggar kereta lain beberapa kali sebelum berjaya memecut melalui celahan kereta menghala ke arah Kuala Selangor.

Difahamkan, kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebaik menghentikan kenderaan di bahu jalan berhampiran MRT Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

“Setakat ini, salah seorang suspek telah berjaya diberkas polis pada hari yang sama,” katanya ringkas.



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah tu cingcong ke, kelly ke, mulayu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 26-2-2021 10:33 PM




*DCC Petaling Jaya telah buat semakan bersama OCS Sri Damansara...*  

*_Dimaklumkan Kejadian lepaskan tembakan berlaku di Kawasan Sg Buloh._*

*_Kereta telah ditinggalkan Di kawasan Petaling Jaya dan 2 orang Saspek telah melarikan diri._*

*_Kejadian kejar mengejar oleh MPV Gombak. Tiada hebahan dan pemakluman ke DCC._*

*_Maklumat lengkap menyusul kemudian._*

Terima Kasih.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2021 10:35 PM | Show all posts
[KEMASKINI] ‘Bob Mah Sing’ diburu

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... ob-mah-sing-diburu/

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
26 Februari 2021, 10:13 pm


Polis menemui dadah dalam kereta Proton Waja yang dinaiki penjenayah terbabit.

PETALING JAYA – Dua anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kereta jenis Proton Waja yang dinaiki dua lelaki selepas merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Kejadian yang mencetuskan kebimbangan orang awam terbabit tular di media sosial menerusi satu video berdurasi satu minit 45 saat yang menunjukkan kereta bernombor pendaftaran MAS175 melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta jenis Perodua Myvi untuk melarikan diri.

Pemandu kereta tersebut turut dilihat mengundurkan kenderaannya dan melanggar kereta lain beberapa kali sebelum berjaya memecut melalui celahan kereta menghala ke arah Kuala Selangor.

Difahamkan, kedua-dua suspek dipercayai telah melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran sebaik menghentikan kenderaan di bahu jalan berhampiran MRT Damansara Damai.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal menerusi satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut.

“Tindakan pantas dari bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah berjaya mengesan dan merampas plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin yang dijumpai di dalam kenderaan tersebut.

“Hasil maklumat orang awam, salah seorang suspek yang berusia 35 tahun telah berjaya ditahan di kawasan perumahan Desa Aman kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta ditinggalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, semakan rekod lampau mendapati suspek yang ditahan mempunyai lapan rekod berkaitan kes dadah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2021 10:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ni video yang tular tu, seram tengok dia sondol2 juga nak lari, seram sebab takut org awam polis cedera  huhu... dengar bunyi tembakan, polis tembak tayar kot. Tak boleh ke terus tembak penjenayah tu, kat bahagian betis ke, lengan ke... bagi dia cedera je... ni dah terlepas sorang, jahanam lagi kenderaan org lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2021 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn le aku terserempak dgn kes kejar mengejar penjenayah ke, kes tembak menembak ke, masa aku tgh drive.. aku ni dah la cepat panik. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ig menes_puaka .. eh skrg jd limabelasminit, ada video time waja tu cuba meloloskan kereta kt traffic light. Siap rempuh lori & kereta. Dua2 tu ... Lori & kereta tu ttp Tak berganjak pulak tu walau kena rempuh beberapa kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 26-2-2021 10:53 PM
Dalam ig menes_puaka .. eh skrg jd limabelasminit, ada video time waja tu cuba meloloskan kereta kt  ...

Kira berani juga la org awam yg bw lori & myvi tu. Redha je disondol-sondol. Aku risau ditembak je ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:01 PM | Show all posts
little_sis replied at 26-2-2021 10:45 PM
Jgn le aku terserempak dgn kes kejar mengejar penjenayah ke, kes tembak menembak ke, masa aku tgh dr ...

Kann...i pun takut terserempak ke atau berada dlm situasi polis tgh kejar mengejar penjenayah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
haznor replied at 26-2-2021 10:59 PM
Kira berani juga la org awam yg bw lori & myvi tu. Redha je disondol-sondol. Aku risau ditembak je ...

Tu la tu. Kalau aku yg dlm kereta myvi atau lori tu mmg dah pecut tmpt lain. Ni dah la Tak takut, redha je kereta kemek kena sondol. Hrp2 pdrm bg saguhati kt driver dua lori & kereta tu sbb mcm dia org pun nk tolong polis. Eh keretanyonya yg rakam2 video tu pun kena jgk kan masa wira tu berundur.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 01:03 AM | Show all posts
elok kalu myvi driver kasi 'lepas' hanjing tu masa treler tgh membelok..bior mampos digelek treler aje
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 03:01 AM From the mobile phone | Show all posts
omg! ada dadah dlm kete. i pon xpasti mcmn prasaan kalo bdepan situasi gini dpn mata. sll tgk dlm gerak khas je
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lori n kete tu nk repair blh claim gomen ke.. Sian dorang
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 26-2-2021 10:42 PM
Oh ni video yang tular tu, seram tengok dia sondol2 juga nak lari, seram sebab takut org awam polis  ...

Last time polis kejar keta yg lari, tembak tayar tapi terkena pemandu. Pemandu mati. Tup2 rupa2nya budak umo 14 tahun, larikan keta kakak utk joyride. Kakak dan mak tak tau, so buat laporan polis psl keta kena curi. Tu bila polis kejar keta, tak tau pencuri ialah famili pembuat laporan. Bila dpt tau famili sendiri yg curi, depa tarik balik laporan. Polis yg tembak tu juga yg susah. Tak sure apa jadi kat polis tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2021 09:46 AM | Show all posts
Bob Mah Sing dah ditahan

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ah-sing-dah-ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Februari 2021 @ 9:17 AM


SUSPEK berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.  FOTO Tular

Petaling Jaya: Penjenayah yang terbabit dalam kejadian dua rempuhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, di sini, semalam sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam.

"Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958,"katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 45 saat menunjukkan anggota polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar kenderaan itu selepas suspek enggan memberhentikan kereta.

Kenderaan bernombor pendaftaran MAS 175 itu dilihat melanggar bahagian belakang lori dan sisi kereta Perodua Myvi untuk mencelah di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek yang berusia 35 tahun di sebuah kawasan perumahan di Desa Aman hasil maklumat orang awam dan sedang memburu Bob Mah Sing yang berjaya melarikan diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bob mah sing no bangsa apa....
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mah sing? Bukan sp setia??
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:51 AM | Show all posts
cepat jgk ye polis malaysia ni tangkap dorang wlpon berjaya larikan diri
respect dkt lori n myvi tu mmg x berganjak
kalau aku ke rasanya pecut dulu
agaknya polis pon xleh nk tembak lebih2 kot sbb org awam ada kiri kanan dpn blkng kan
plus polis pon berdua je n mcm sorang je yg ada pistol
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 27-2-2021 09:25 AM
Last time polis kejar keta yg lari, tembak tayar tapi terkena pemandu. Pemandu mati. Tup2 rupa2nya ...

Amirulrasyid. Yg satu family salahkan sarjan. Rasanya lepas tu kene  masuk pnajra polis tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.095249 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list