View: 29556|Reply: 89
|
Pernah Nampak Tak Orang Bahagia Tunjuk Semua Aktiviti dia kat Media Sosial?
[Copy link]
|
|
Pernah Nampak Tak Orang Bahagia Tunjuk Semua Aktiviti dia kat Media Sosial?
Pernah Nampak Tak Orang Bahagia Tunjuk Semua Aktiviti dia kat Media Sosial?
Kehidupan hari ini dah makin pelik dan luar biasa berbanding dulu. Kalau orang dulu-dulu, walau tak tayang apa yang dimiliki, hidup tetap kekal bahagia dengan pasangan. Habis kenapa orang sekarang suka berkongsi segala-galanya di media sosial?
Apa yang lagi parah, bukan hanya tempat yang dia pergi, hadiah mahal dan makanan sedap-sedap, malah ‘hal dalam kain’ berkait rumah tangga juga turut dikongsi! Agaknya apa tujuannya? Hanya anda yang tahu.
Tapi jika ada yang melakukannya kerana mahu orang lain tahu anda pasangan bahagia ternyata itu satu kesilapan. Sebab pasangan bahagia tidak akan atau jarang sekali mempamerkan kemesraan dan kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana pada mereka…
1. Cukuplah hanya pasangan yang rasa
Waktu sedang enak nak menjamu selera, anda pula sibuk nak ambil gambar. Akhirnya pasangan terpaksa menunggu dan kadang berlakon hanya semata untuk dirakam dan ditayang pada orang lain di media sosial.
Betul ke ini cara terbaik untuk anda dan pasangan nikm4ti rasa bahagia? Tepuk dada tanya selera.
Jika ada pun foto yang diambil untuk tatapan peribadi bukan untuk dikongsi dan sekiranya memuat naik gambar waktu sebegini ini sekadar yang bersifat umum, bukan untuk mempamer kemesraan.
2. Perasaan bahagia itu bersifat peribadi
Pasangan yang benar-benar bahagia dalam perhubungan tidak berminat untuk menunjuk atau membuktikan mereka bahagia pada orang lain.
Pada mereka perasaan bahagia itu bersifat peribadi. Jadi tak perlu membuang masa untuk menunjukkannya kepada orang lain.
3. Risau takut masuk kateg0ri r1ak
Kebahagiaan sejati akan menjadikan seseorang lebih rendah d1ri dan menghayati maknanya. Mereka faham bahawa setiap pasangan itu bahagia dengan caranya send1ri.
Apa yang buat kita bahagia, belum tentu buat orang lain bahagia jadi untuk apa ia dicanang?
4. Tak nak bah4yakan kehidupan keluarga
Bawa anak ke sini, check in. Suami tak ada rumah pun, beritahu umum. Tahu tak cara ini boleh mudahkan dan dekatkan d1ri anda dengan kes jenayah? Cuba renungkan dan berfikir dulu sebelum buat.
5. Tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dimiliki
Setiap orang punya masalah dan ujian hidup yang berbeza. Kita mungkin bahagia tapi pasangan lain mungkin sedang berdvka jadi tak perlu bangga dengan kebahagiaan yang dikecapi ini.
Tak guna membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain atau merasakan kehidupan kita lebih baik dari mereka.
6. Bahagia itu untuk dirasa bukan dipamer
Ketika meraikan waktu gembira bersama pasangan, mereka mahu menikm4tinya bukan diganggu dengan rakaman demi rakaman gambar atau lakonan selfie untuk dimuat naik di media sosial.
Apa pendapat anda? Setuju tak bahawa kebahagiaan itu bukan untuk dipamer atau anda punya sudut pandang berbeza dalam hal ini.
Sumber- MingguanWanita via depalmasp.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita adalah apa yg kita niatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
ada ja kawan yang macam ni. semua benda nak post. tapi husnuzon jela.
nobody post to show off. it just you who view it with jealousy
entah laaa |
|
|
|
|
|
|
|
penyakit ni wujud apabila ada sifat berlumba2 nk lawan harta... lagi2 klu pkai kereta merc.. 1 hari 50 kali nk tnjuk yg dia pkai merc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua benda nak tunjuk x classylah beb... |
|
|
|
|
|
|
|
pada mereka ianya hanyalah sebuah perkongsian
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut masing2 kot. Kakak aku xtunjuk kat socmed pun xdela bahagia mana xtunjuk laki kang org kata xbahagia. Tunjuk kang org kata menunjuk. Payah kan zaman sekarang ni. Serba tak kena. |
|
|
|
|
|
|
|
siputpepel replied at 4-3-2021 05:25 PM
pada mereka ianya hanyalah sebuah perkongsian
bak kata @green~teh, kes perceraiannya yg memakan puluhan ribu bukan nak menunjukkan dia ada duit, tapi utk beri inspirasi pada kaumnya...it takes a loose change to continue your search for hapiness...janji dapat bercerai....
|
|
|
|
|
|
|
|
rainbowrainz replied at 4-3-2021 05:08 PM
Semua benda nak tunjuk x classylah beb...
weyyyyyy kalau tak tunjuk org kita ada pink birkin macam si green~teh tuh mana org nak tahu dia tuh classy atau tidak????
hang takmo jeles boleh tak????
nak bercerai pun sampai kena beli talak sampai puluhan ribu tau baru settle...hang mampooo???
kalau tak boh dlm socmed..mana org nak tahu kita nak kasi inspirasi pada kaum kita????jgn takut utk bercerai... bahagia tuh adalah HAK MUTLAK kita....dan CERAI tuh HALAL
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 14-3-2021 06:35 PM
Tak tau la bahagia ke tidak....
Kawan sekolah i seorang ni....
Tapi setiap post kena tag suami..
Nak minta suami belikan apa2...cth emas, iron phillips pun kena letsk kt FB, tag suami & up status "nak ni, please"....
Apapun semua nak tag suami....
Hahaha edit skit bagi manak faham bukan i yg suka tag suami... Maklum la manak slow skit ... |
|
|
|
|
|
|
|
Depends ... kadang2 share maybe untuk puaskan hati sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa yang bahgia..low profile takde nk tunjuk kemesraan di socmed.
Tp di luar socmed-real life..selalu keluar berdua
Bercuti..
Jalan-jalan..
Hah gituu |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu bizi bahsgia higga xde masa nk up socmed. Byk masa up socmed tu bukan bahagia tp bahana. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn article ni..xperlu semua tu |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 14-3-2021 10:29 AM
Tak tau la bahagia ke tidak....
Tapi setiap post kena tag suami..
Nak minta suami belikan apa2...c ...
Awwwww so cewittttttt
Hang membanting tulang macam lembu..keringat peluh masam berpuluh tahun bekerja...duit gaji semua encik somi pegang..memang masuk akal ler nak beli apa apa kena mintak dia.....kan?????
|
|
|
|
|
|
|
|
Dieja75 replied at 14-3-2021 11:01 AM
Depends ... kadang2 share maybe untuk puaskan hati sendiri
Of course..kalau tidak masakan ada masa nak bukak tred dlm nee dgn tajuk BFF dgn family EX???....
@green~teh...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|