CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14846|Reply: 83

[Tempatan] Bunuh anak: Suami isteri dihukum gantung sampai mati

  [Copy link]
Post time 28-2-2021 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-2-2021 04:00 AM

Bunuh anak: Suami isteri dihukum gantung sampai mati

Oleh Zatul Iffah Zolkiply - Februari 28, 2021 @ 9:45amzatuliffah@hmetro.com.my


Pasangan suami isteri, Anuar Yusof, 55, dan Murni Ahmad, 40 , dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka pada 2016. - NSTP/ZATUL IFFAH ZOLKIPLY




KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka pada 2016.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz menjatuhi hukuman itu ke atas Anuar Yusof, 55, serta isterinya, Murni Ahmad, 40, yang juga ibu tiri mangsa, selepas memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagaimanapun, dua lagi anak kandung pasangan terbabit, iaitu Siti Sarah Anuar, 26, serta Amir Sharif Anuar, 19, dilepas dan dibebaskan kerana didapati tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mengikut pertuduhan, empat tertuduh itu didakwa secara bersama-sama membunuh mangsa, Siti Hajar Anuar yang ketika kejadian berusia 22 tahun, di Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai Chukai, Kemaman, jam 10.45 malam 26 April 2016.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman bawah Seksyen 35 akta sama.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.
Sebelum ini, tragedi menimpa mangsa dikesan selepas polis curiga dengan laporan kematian dibuat bapanya pada 26 April 2016.

Dalam laporan dibuat, gadis itu dikatakan mengalami sakit biasa, namun hasil pemeriksaan mendapati ada kesan gigitan pada badan dan lebam di mata mangsa.

Siasatan awal polis juga mendapati keadaan fizikal mangsa terlalu kurus dengan berat badan hanya 18 kilogram.
Susulan itu, empat beranak terbabit ditahan di rumah mereka pada jam 1.50 pagi 1 Mei 2016.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/791152/bunuh-anak-suami-isteri-dihukum-gantung-sampai-mati



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg kes remaja kurus giler2 tu kan..
Kena kurung ke camner?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes yang mana ni? Cuba google tapi tak jumpa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2021 08:11 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-2-2021 04:13 AM

Keluarga Mangsa Dera Didakwa MembunuhAhad, 15 Mei 2016 4:57 PM


Tiga daripada empat ahli keluarga Allahyarham Siti Hajar diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke mahkamah, Ahad.

KEMAMAN: Bapa, ibu tiri dan dua adik-beradik kepada gadis berusia 22 tahun yang hanya seberat 18 kilogram (kg) ketika meninggal dunia, didakwa membunuh di Mahkamah Majistret di sini, Ahad.


Empat beranak itu iaitu Anuar Jusoh, 49; isterinya, Murni Ahmad, 35; dan dua anak mereka, Siti Sarah, 21, serta remaja lelaki berumur 14 tahun didakwa membunuh Siti Hajar Anuar.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di sini pada pukul 10.45 malam, 26 April lalu.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.


Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Nawawi.


Selesai prosiding, Anuar dihantar ke penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke penjara Bentong, Pahang manakala adik lelaki mangsa berusia 14 tahun itu ditempatkan di rumah perlindungan Rusila.


Mahkamah menetapkan 13 Jun untuk sebutan semula kes. Kematian Siti Hajar menjadi tanda tanya apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat menunjukkan beliau kebuluran hingga hanya seberat 18kg dan terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya.

Berikutan itu, empat beranak tersebut telah ditahan dan akhirnya didakwa hari ini.-- Bernama.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2021 08:15 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 28-2-2021 04:11 AM
Keluarga Mangsa Dera Didakwa MembunuhAhad, 15 Mei 2016 4:57 PM

KEMANAN: “Mu Bunuh Anok Aku”[size=1em][color=var(--body-font-color)][size=1em]Penyu Sakti / [color=var(--body-font-color)][size=1em]15/06/2016


SUASANA tenang di pekarangan Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, bertukar riuh apabila seorang wanita berulang kali menyebut ‘Mu bunuh anak aku!’ ketika sekeluarga empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis berusia 22 tahun dibawa keluar sebaik selesai prosiding.
Wanita berkenaan merupakan bekas isteri kepada Anuar Jusoh, 49, yang dituduh bersama-sama tiga ahli keluarganya, Murni Ahmad, 35, Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membunuh anak kandungnya, Siti Hajar pada 26 April lalu.
Mahkamah Majistret Kemaman semalam, menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu yang ditemui mati dengan berat hanya 18 kilogram.
Bekas isteri Anuar yang datang dari Pulau Pinang dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu pilu dengan kematian menyayat hati anaknya dan gagal mengawal emosi saat melihat wajah bekas suaminya ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan.
Mahkamah Majistret Kemaman semalam menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak yang didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan pergigian dan laporan kimia lengkap dari Jabatan Kimia Petaling Jaya.
Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.
Bagi kesalahan itu, empat beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.
Sejurus selesai prosiding, Anuar dihantar ke Penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke Penjara Bentong, Pahang, manakala adik lelaki mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di Rusila, Marang.
Dalam pada itu, Syazwani ketika ditemui pemberita berkata selepas memperoleh laporan pergigian dan laporan kimia, pihaknya akan memohon satu tarikh daripada mahkamah untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Kes kematian Siti Hajar menjadi tumpuan ramai apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan jangkitan kuman dan kebuluran hingga badannya hanya seberat 18 kilogram selain terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya. – Sinar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...cash di dunia..takleh bayangkn mcm mane penderitaan arwah..bdn dh tggl tulang pn kena gigit..sape la yg tergamak gigit arwah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-2-2021 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan adik amir..

Ni pom dah sedihhh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada link tred lama tak.
Arwah tu ada masalah kesihatan atau normal je masa kne dera tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
omg 18kg je Kejammmnyaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ibu tiri gemuk cambabi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:33 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 08:40 PM
Ada link tred lama tak.
Arwah tu ada masalah kesihatan atau normal je masa kne dera tu?

ya..nak tahu jugak.. perasan pulak kisah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 08:40 PM
Ada link tred lama tak.
Arwah tu ada masalah kesihatan atau normal je masa kne dera tu?

Tu la.. nak tahu jugak, sebab dah besar.. boleh je lawan or larikan diri. Kecuali ada masalah mental.. Adik amir tu lain la kecik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 28-2-2021 08:40 PM
Ada link tred lama tak.
Arwah tu ada masalah kesihatan atau normal je masa kne dera tu?

normal.....

tapi dah dikurung....tak bg mkn....
bila meninggal, dorang ckp sbb demam panas, bila mak kandung dia tgok bdn tgal tulang je, mak dia buat report polis.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:45 PM | Show all posts
so mcm mn adik beradik tu blh lepas... bukan bersubahat jugak ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kematian adik ni mendapat pengadilan yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:01 PM | Show all posts
bravo... off to the gallows you go
mungkin depa merasa berbaloi utk ketali gantung semasa mereka bunuh that girl
really silly pandangan mereka tentang apa yg berbaloi dilakukan, dan apa yg tidak, semasa mereka caused the death on that girl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Xboleh bela, bg je la kat mak kandung dia..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kejamnya, tak sangka di tanah melayu.
tak diberi makanan..smpi kurus kering.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:13 PM | Show all posts
hari2 bukak mate, bahan belasah, dera si arwah tu.... dah macam satu kemestian dah agaknya, kalau tak buat gitu, idup hambar agaknya. nauzubillahi minzalik....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:41 PM | Show all posts
kejam sungguh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.088734 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list