CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4231|Reply: 35

[Tempatan] Isu potong barisan pemberian vaksin akan disiasat, kata Khairy Jamaluddin. #13,

[Copy link]
Post time 28-2-2021 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-3-2021 02:59 PM

Isu potong barisan pemberian vaksin akan disiasat

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... ksin-akan-disiasat/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
28 Februari 2021, 8:26 pm


Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Isu dakwaan ‘potong barisan’ dalam proses mendapatkan vaksin Covid-19 kini dalam perhatian kerajaan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu boleh terus e-mel kepadanya sendiri.

“Saya pandang sangat serius isu ‘queue jumper’ ini. Saya telah maklum perkara ini kepada Noor Hisham agar tiada pemotongan barisan.

“Whistleblower (pemberi maklumat) boleh hantar emel secara terus kepada saya kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Selain itu, katanya, pasukannya juga akan memantau komen-komen pemberi maklumat di media sosial berhubung isu berkenaan.

Khairy berkata, beliau juga sudah berkongsi perkara sama dengan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dan ia kini dalam siasatan.

“Kami mengambil serius perkara yang didedahkan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy menerusi ciapan lain berkata, wakil rakyat adalah kumpulan individu yang ditetapkan untuk menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama PICK.

“Cuma sekarang ini ‘VVIP’ bukan wakil rakyat pun nak masuk senarai. Tak boleh. Dan untuk wakil rakyat, saya juga minta ambil secara berperingkat. Ada negeri bagi semua exco sekali gus. Itu adalah tindakan yang tidak baik,” katanya.

Isu potong barisan dipersoalkan netizen apabila ada maklumat yang mengaitkan vaksin turut diberikan kepada golongan dan individu lain selain barisan hadapan.

Sementara itu, Khairy berkata, seramai 1,428,719 orang sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera setakat pukul 6.30 petang tadi.

“Setakat hari ini juga, seramai 15,923 orang sudah menerima vaksin,” katanya. – K! ONLINE


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ni benci dgn lebai pas tu

Tapi dr rafidah ni mcm makcik bawang jual taperwer ye..kaki fitnah betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2lah siasat... terhegeh2.
Aku tengok beberapa menteri2 PN upload video ketibaan vaksin dgn tunjuk mcm mereka lah hero dalam video tu. Geli nak mampus tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:00 AM | Show all posts
Vaksin pun ada orang nak potong nombor giliran
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah kau Kairy, napa ko beli vaksin China timbang kati yg.tak diketaahui ujung pangkalnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak taw org tu potong Q kalau xde list Q bertebaran?hehehe...unless mcm retis y duk pungpang2 kt socmed mtk gomen vaksin kan dorg dulu atas dasar retis,tu nmpk nak potong Q lah gara2 fefeeling entitled keje sebagai retissssss walaupun sendu n low gred
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 05:22 AM | Show all posts
Jikalau yang photong tu datuk ka tan sri ka datuk sri ka memang tak boleh buat apa lah. Nak siasat tu sembang besar sahaja lah!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:11 PM | Show all posts
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dakwaan itu boleh terus e-mel kepadanya sendiri.
Aiieee!...Dua jawatang Khairy sandang...mano poyi si montri aiyo suwam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 12:17 PM | Show all posts
Supersirap replied at 1-3-2021 12:00 AM
Vaksin pun ada orang nak potong nombor giliran

Mestilah chuols....dia ni tak paham org nk Pfizer bukan vaksin cikai Sinovac tu. Berebut lah jawabnya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:32 PM | Show all posts
dulu2......semua suruh yb2 menteri2 ambik dulu vaksin........ramai pakat2 tolak.....

skrg dh berebut le pulak.....adoiii hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
SepupuBen10 replied at 28-2-2021 10:30 PM
Aku ni benci dgn lebai pas tu

Tapi dr rafidah ni mcm makcik bawang jual taperwer ye..kaki fitnah  ...

Sama...me pun flip hair dgn minah Gila media soc...canang byk sgt kerja tapi sempat mengarang kat media soc...choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah kalau tau pun berani ke nak ambil tindakan? Yg potong Q nie mestilah geng sendiri jgk kan, so faham2 sendiri jer la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2021 03:26 PM | Show all posts
Individu cuba potong barisan dikeluarkan daripada senarai fasa pertama PICK

https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... -fasa-pertama-pick/

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
1 Mac 2021, 3:20 pm


Khairy bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Foto Ihsan MOSTI

PUTRAJAYA – Individu yang dikesan cuba ‘potong barisan’ bagi mendapatkan vaksin Covid-19 sudah dikeluarkan daripada senarai penerima vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, hari ini.

Khairy berkata, jumlah mereka yang memotong barisan itu sangat kecil.

“Kami sudah mengenal pasti individu yang tidak layak bagi fasa pertama PICK itu dan ia sudah dikeluarkan daripada senarai,” katanya.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) hari ini memutuskan satu garis panduan bagi penetapan petugas barisan hadapan yang layak menerima vaksin bagi fasa pertama PICK.

Khairy berkata, garis panduan itu sudah diluluskan dan ditandatangani antara beliau dan Adham selaku Pengerusi Bersama JKJAV.

Menurutnya, dokumen itu akan dimuat naik di laman web bagi memberi takrifan terperinci mengenai siapa sebenarnya petugas barisan hadapan yang layak menerima vaksin bagi fasa pertama.

“Saya harap soal potong barisan tidak lagi timbul apabila garis panduan ini ditetapkan di peringkat pusat dan negeri.

“Saya mendapat laporan ada pegawai exco negeri turut ada dalam senarai penerima vaksin bagi fasa pertama.

“Saya ingin jelaskan bahawa pegawai menteri besar, pegawai exco, setiausaha politik, ahli keluarga menteri Kabinet atau menteri besar serta isteri ahli Parlimen tidak termasuk dalam fasa pertama PICK,” katanya. -K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 03:32 PM | Show all posts
batusembilan replied at 1-3-2021 12:32 PM
dulu2......semua suruh yb2 menteri2 ambik dulu vaksin........ramai pakat2 tolak.....

skrg dh bere ...

berebut2 nak amik dulu sebab dh kata jenama vaksin lain2 plak haruslah kluster kayangan tunjuk kad vvip

iols tawakal jela...vaksin apa pun moga Allah pelihara la keselamatan iols n keluarga iols n seluruh muslimin muslimat dr mudoratnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 03:43 PM | Show all posts
SepupuBen10 replied at 28-2-2021 10:30 PM
Aku ni benci dgn lebai pas tu

Tapi dr rafidah ni mcm makcik bawang jual taperwer ye..kaki fitnah  ...

Aku rasa betul.Sbb sumber dr kalangan frontliner juga cuma mereka takut nak bersuara. Rafidah ni berani sbb dia dh pegang pangkat besar.Tak favor sgt pun pada Dr Rafidah cuma kali ni aku rasa dia betul. Org politik mesti nak guna kabel utk kepentingan dia dulu. Tak kirala politician abah ko ke, politician lebai ke, politician anwar ke. mesti nak dahulukan kaum kerabat mereka dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bebetul vvip sanggup tolak turn sbb nak bg fronliner....yg suku sakat saka bodoh ahli politik  bebal ni sanggup potong que nak rembat vaksin mahal.mesti nak amik cepat cepat sbb bila border dah bukak boleh terus fly khuennn..dasar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 1-3-2021 04:56 PM

Ahli2 politaik sanggup potong Q sbb dorang tahu skrg gomen tgh cucuk vaksin high quality pfizer..lepas habis yg ni utk rakyat marhaen akn pkai Sinovac jah..maka berebut la menteri2 abahcow & anak beranak dorg nak cucuk vaksin skrg smpai sanggup  potong q flontliner.Gilo la..padahal selama ni frontliners tu yg bertungkus lumus lawan covid, dorg yg spatutnya diberi priority..menteri2,exco tu sume kalo xde pun xpe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan dikeluarkan aje. Tak kena apa-apa tindakan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa vvip vavi yg potong q, moga mampus dilenyek Lori taik hendaknya
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:36 PM | Show all posts
tak lame lagi bocor la list mosti tu, bole gak tahu sape kaki potong q ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.084045 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list