CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1098|Reply: 4

[Tempatan] Ipoh jadi bandar WiFi percuma

  [Copy link]
Post time 28-2-2021 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh jadi bandar WiFi percuma

https://www.kosmo.com.my/2021/02 ... andar-wifi-percuma/

Oleh ZAKI SALLEH
28 Februari 2021, 5:11 pm


Rumaizi (dua dari kanan) menyampaikan tablet kepada pelajar pada Program Pelancaran MBIFREEWIFI di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Manjoi hari ini. Foto: ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sebanyak 20 lokasi komuniti di bandar ini akan dilengkapi internet tanpa wayar (WiFi) percuma yang disediakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai usaha menjadikan Ipoh sebagai bandar pintar.

Selain itu, kemudahan ini juga bakal membantu para usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan dan pasaran produk mereka apabila beroperasi dalam zon internet.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, buat permulaan kemudahan MBIFREEWIFI dengan kelajuan 300Mbps itu boleh diakses sehingga 250 pengguna pada satu-satu masa di kawasan liputan.

Menurut beliau, kemudahan ini juga dapat membantu pelajar-pelajar bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mengikut norma baharu ketika ini.

“Ia juga bagi menjayakan Program Tuisyen Cikgu Saarani yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pada 3 Februari lalu.

“Projek pemasangan wifi percuma ini dijangka siap pada penghujung April manakala lokasinya pula akan dimaklumkan kelak,” ujarnya. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Copycat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 11:58 PM | Show all posts
Tahniah kepada MBI
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipoh biasa mendahului.... terbaik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Bandar wifi. So 2010. Waktu tu belum ramai org pakai smartphone. Market didominasi blackberry dan iphone dan android baru naik. Orang ke hulu ke hilir bawa netbook dan cuba connect ke free wifi. Tapi teknologi wifi zaman tu slow dan tak reliable.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.442737 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list