CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1984|Reply: 8

[Tempatan] Bunuh anak, pasangan suami isteri digantung

[Copy link]
Post time 28-2-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Bunuh anak, pasangan suami isteri digantung

https://www.utusan.com.my/nasion ... i-isteri-digantung/

Oleh ROSALINDA MD. SAID
28 Februari 2021, 8:19 pm


ANUAR Yusof dan Murni Ahmad dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan mereka pada 2016, di Mahkamah Tinggi Terengganu, Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan suami isteri selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka, Siti Hajar pada 2016.

Hakim, Datuk Zainal Azman Abd. Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Anuar Yusof, 55, dan isterinya, Murni Ahmad, 40, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Bagaimanapun, mahkamah melepaskan dua lagi anak pasangan itu, Siti Sarah, 26, dan Amir Sharif, 19, daripada pertuduhan membunuh kakak mereka.

Berdasarkan pertuduhan, empat beranak berkenaan didakwa membunuh Siti Hajar yang ketika itu berusia 22 tahun di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Cukai di Kemaman pada pukul 10.45 malam, 26 April 2016.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit ke-salahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Masliela Ismail.

Pada 3 Mei 2016, media melaporkan punca kematian Siti Hajar yang berat badannya cuma 18 kilogram adalah akibat didera keluarga sendiri.

Hasil laporan bedah siasat mendapati kematiannya adalah akibat kelaparan dan jangkitan kuman di samping tubuhnya mempunyai kesan gigitan manusia. – UTUSAN ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon sesape rajin korek tred lama..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow, puasnya pembalasan atas derita itu. Ni baru namanya merangkak la kau di padang mahsyar nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...tak pernah baca plak kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 11:57 PM | Show all posts
Semoga hukuman ini menjadikan ibu bapa lebih berhati-hati dalam mendidik serta menjaga anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Benang lama da kena archived ke? I penah baca tapi tak jumpa pula..

https://carigold.com/forum/threads/gadis-mati-disyaki-didera-keluarganya-di-chukai-4-beranak-didakwa-bunuh.630954/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts



SUASANA tenang di pekarangan Mahkamah Majistret Kemaman, di sini, bertukar riuh apabila seorang wanita berulang kali menyebut ‘Mu bunuh anak aku!’ ketika sekeluarga empat beranak yang dituduh membunuh seorang gadis berusia 22 tahun dibawa keluar sebaik selesai prosiding.

Wanita berkenaan merupakan bekas isteri kepada Anuar Jusoh, 49, yang dituduh bersama-sama tiga ahli keluarganya, Murni Ahmad, 35, Siti Sarah, 21, dan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, membunuh anak kandungnya, Siti Hajar pada 26 April lalu.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam, menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu yang ditemui mati dengan berat hanya 18 kilogram.

Bekas isteri Anuar yang datang dari Pulau Pinang dipercayai bertindak sedemikian kerana terlalu pilu dengan kematian menyayat hati anaknya dan gagal mengawal emosi saat melihat wajah bekas suaminya ketika dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mahkamah Majistret Kemaman semalam menetapkan 18 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes empat beranak yang didakwa membunuh ahli keluarga mereka itu.

bunuh hajar

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan pergigian dan laporan kimia lengkap dari Jabatan Kimia Petaling Jaya.

Mengikut fakta kes, Siti Hajar didakwa telah dibunuh oleh Anuar, Murni yang merupakan ibu tirinya serta dua adiknya di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Air Putih, Taman Semarak, Binjai, Chukai, di sini pada kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi kesalahan itu, empat beranak tersebut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Sejurus selesai prosiding, Anuar dihantar ke Penjara Marang, Murni dan Siti Sarah ke Penjara Bentong, Pahang, manakala adik lelaki mangsa ditempatkan di rumah perlindungan di Rusila, Marang.

Dalam pada itu, Syazwani ketika ditemui pemberita berkata selepas memperoleh laporan pergigian dan laporan kimia, pihaknya akan memohon satu tarikh daripada mahkamah untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Kes kematian Siti Hajar menjadi tumpuan ramai apabila pihak polis mendedahkan bahawa laporan bedah siasat mengesahkan punca kematiannya disebabkan jangkitan kuman dan kebuluran hingga badannya hanya seberat 18 kilogram selain terdapat kesan gigitan manusia pada tubuhnya. – Sinar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak tiri kot yg umur 40 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
18 kg masa mati? Kesiannya. Kena dera sampai tak bagi makan? Apa cerita asalnya?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.119727 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list