CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4610|Reply: 33

[Tempatan] Hobi saya mahal:Pendingin udara 24 jam untuk 'keselesaan' Ferrari 355 Berlinetta

  [Copy link]
Post time 28-2-2021 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ini bukan 'cerita kedai kopi' sebaliknya itulah yang dilakukan oleh ahli perniagaan, Datuk Azhar Ahmad, 55, bagi memastikan kereta berkenaan sentiasa dalam keadaan baik.

Kerana sayang dan minat, Azhar sanggup membina garaj khas yang dilengkapi dengan dua pendingin udara yang dipasang 24 jam bagi menempatkan Ferrari itu.

Azhar berkata, kereta yang pernah dimiliki seorang bekas VIP itu dibelinya di sebuah kedai kenderaan terpakai di Subang Jaya, Selangor pada 2004 pada harga RM300,000.

"Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih dan ia 'tersadai' kira-kira setahun sepanjang proses itu.

"Saya membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapan dalaman asli bagi kereta ini seperti sarung kerusi.

"Selepas baik pulih itu, saya menempatkannya dalam garaj khas bagi menjaga kualiti komponennya seperti sarung kerusi yang diperbuat daripada kulit (asli) bagi mengelak ia berkulat," katanya ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur.

Menurut Azhar, kereta itu cukup istimewa baginya kerana ia dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.

.Malah, deruman enjinnya juga mirip kereta F1 dan tiada model baharu Ferrari seumpama itu (mirip F1).

"Selain itu, kereta ini juga mempunyai suis tersendiri yang apabila dimatikan ketika tidak digunakan, ia akan mematikan semua kuasa serta sistem kenderaan berkenaan.

"Ia sekali gus memelihara kuasa serta sistem kereta itu menyebabkan baterinya tahan lama dengan kali terakhir ia ditukar ialah pada 10 tahun lalu," katanya.

Menurut Azhar, beliau kemudian memohon untuk mendapatkan status klasik atau vintaj bagi kereta itu yang sudah berusia lebih 25 tahun.

"Ada kenalan yang memaklumkan bahawa pihak JPJ ada mengeluarkan status bagi kereta klasik atau vintaj yang berusia 25 tahun ke atas.

"Apa yang penting bagi saya untuk memohon status itu adalah bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pihak berkuasa (JPJ) bahawa kereta itu dikategorikan sebagai klasik atau vintaj.

"Selain itu, kereta yang mendapat status itu juga mendapat pengurangan cukai jalan sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun, sekali gus menjadikan cukai kereta berkenaan yang lebih RM3,000 kepada kurang RM1,000," katanya.

Selain Ferrari 355 Berlinetta, Azhar juga memiliki Porsche 911 Turbo, Mercedes S55, Mercedes 140 dan Mazda 808.

https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/678983/kereta-mewah-manja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2021 11:44 PM | Show all posts
ferrari lama macamni la nilai naik tahun demi tahun...
ada yang dah cecah 3 juta dah pun harganya...
moga dia jaga elok2 sebab pengumpul kereta akan berminat untuk beli dari harga dia beli tu satu hari nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2021 11:54 PM | Show all posts
Baguslah sebuah pelaburan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
whoa, aku baru je ternmpk kereta ni dlm bengkel/garaj kat pj mgu lps. igtkan tokei cina mana yg empunya. salute!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lambat laun jd besi buruk gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Berniaga apa ni banyaknyerr duit. Helikopter ada x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan potong gaji pekerja dahla bila untung kurg
Atau xde bonus utk dorg

Jgn nnti laporan audit rugi pulak mcm poslaju tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:40 AM | Show all posts
100K  baiki Ferrari tak banyak mana pun. Mesti kereta masih dalam keadaan yang sangat cantik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Hello lhdn
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 07:45 AM | Show all posts
hurm marhain mcm aku ni...ter pk pk nak bukak aircond...

kete dia ada bilik khas yg dilengkapi duaaa penghawa dingin kauuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jual balik in a few years time, mesti dapat keuntungan yang lumayan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg btl vintaj ni. Rare. Sapa yg kata kete ni biasa je la, mu x kena bare
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hobi yg bagus.. keep his mind full with the cars.. so takde nak divert2 pada benda lain cth : pompuan..

Org2 kaya ni ramai penyondol memerhati... so by having this kind of hobby, keeps all those penyondol at bay..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 10:37 AM | Show all posts
kalau enjin kat belakang,kat depan tu bonet ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:43 PM | Show all posts
green~tea replied at 1-3-2021 10:23 AM
Hobi yg bagus.. keep his mind full with the cars.. so takde nak divert2 pada benda lain cth : pompua ...

iye ke confirm tak kena sondol?
pengalaman saya la kan yg dah kerja dgn beberapa boss (tauke2 company ni) sbg kuli menyimpan slip2 expenses & claim semua tu
kereta nama personal, tapi hantar bengkel repair, bil2 makan2 mcm kfc ke, barang groceries ke semua claim kat company account kira sbg "company expenses".... jimat cermat gaji2 bulanan boss2 ni semua. Sorang boss dah selamat pun di sondol (sib baik elok jadik 2nd wife)
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:54 PM | Show all posts
24 jam pasang aircond..
tp kenapa mcm bengkel berpagar aja...
ke ada dinding lutsinar tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 01:00 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 1-3-2021 12:43 PM
iye ke confirm tak kena sondol?
pengalaman saya la kan yg dah kerja dgn beberapa boss (tauke2 com ...

bila ada hobi.. diorang busy dengan passion diorang je,...
biasa companies.. kita buh nama kita skali dalam tu.. hahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...siapakah pemilik sebenar sebelum itu.... adakah milik retis vip
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:10 PM | Show all posts
green~tea replied at 1-3-2021 10:23 AM
Hobi yg bagus.. keep his mind full with the cars.. so takde nak divert2 pada benda lain cth : pompua ...

dgn kereta ferari tu lah ramai sugarbaby berkenan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 1-3-2021 01:10 PM
dgn kereta ferari tu lah ramai sugarbaby berkenan...

Sugarbabies takleh celen kejelitaan dan kebijaksanaan mak hayam
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.289466 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list