View: 4615|Reply: 33
|
[Tempatan]
Hobi saya mahal:Pendingin udara 24 jam untuk 'keselesaan' Ferrari 355 Berlinetta
[Copy link]
|
|
Ini bukan 'cerita kedai kopi' sebaliknya itulah yang dilakukan oleh ahli perniagaan, Datuk Azhar Ahmad, 55, bagi memastikan kereta berkenaan sentiasa dalam keadaan baik.
Kerana sayang dan minat, Azhar sanggup membina garaj khas yang dilengkapi dengan dua pendingin udara yang dipasang 24 jam bagi menempatkan Ferrari itu.
Azhar berkata, kereta yang pernah dimiliki seorang bekas VIP itu dibelinya di sebuah kedai kenderaan terpakai di Subang Jaya, Selangor pada 2004 pada harga RM300,000.
"Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih dan ia 'tersadai' kira-kira setahun sepanjang proses itu.
"Saya membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapan dalaman asli bagi kereta ini seperti sarung kerusi.
"Selepas baik pulih itu, saya menempatkannya dalam garaj khas bagi menjaga kualiti komponennya seperti sarung kerusi yang diperbuat daripada kulit (asli) bagi mengelak ia berkulat," katanya ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur.
Menurut Azhar, kereta itu cukup istimewa baginya kerana ia dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.
.Malah, deruman enjinnya juga mirip kereta F1 dan tiada model baharu Ferrari seumpama itu (mirip F1).
"Selain itu, kereta ini juga mempunyai suis tersendiri yang apabila dimatikan ketika tidak digunakan, ia akan mematikan semua kuasa serta sistem kenderaan berkenaan.
"Ia sekali gus memelihara kuasa serta sistem kereta itu menyebabkan baterinya tahan lama dengan kali terakhir ia ditukar ialah pada 10 tahun lalu," katanya.
Menurut Azhar, beliau kemudian memohon untuk mendapatkan status klasik atau vintaj bagi kereta itu yang sudah berusia lebih 25 tahun.
"Ada kenalan yang memaklumkan bahawa pihak JPJ ada mengeluarkan status bagi kereta klasik atau vintaj yang berusia 25 tahun ke atas.
"Apa yang penting bagi saya untuk memohon status itu adalah bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pihak berkuasa (JPJ) bahawa kereta itu dikategorikan sebagai klasik atau vintaj.
"Selain itu, kereta yang mendapat status itu juga mendapat pengurangan cukai jalan sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun, sekali gus menjadikan cukai kereta berkenaan yang lebih RM3,000 kepada kurang RM1,000," katanya.
Selain Ferrari 355 Berlinetta, Azhar juga memiliki Porsche 911 Turbo, Mercedes S55, Mercedes 140 dan Mazda 808.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/678983/kereta-mewah-manja
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ferrari lama macamni la nilai naik tahun demi tahun...
ada yang dah cecah 3 juta dah pun harganya...
moga dia jaga elok2 sebab pengumpul kereta akan berminat untuk beli dari harga dia beli tu satu hari nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah sebuah pelaburan |
|
|
|
|
|
|
|
whoa, aku baru je ternmpk kereta ni dlm bengkel/garaj kat pj mgu lps. igtkan tokei cina mana yg empunya. salute! |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat laun jd besi buruk gak |
|
|
|
|
|
|
|
Berniaga apa ni banyaknyerr duit. Helikopter ada x |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan potong gaji pekerja dahla bila untung kurg
Atau xde bonus utk dorg
Jgn nnti laporan audit rugi pulak mcm poslaju tu |
|
|
|
|
|
|
|
100K baiki Ferrari tak banyak mana pun. Mesti kereta masih dalam keadaan yang sangat cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jual balik in a few years time, mesti dapat keuntungan yang lumayan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg btl vintaj ni. Rare. Sapa yg kata kete ni biasa je la, mu x kena bare |
|
|
|
|
|
|
|
Hobi yg bagus.. keep his mind full with the cars.. so takde nak divert2 pada benda lain cth : pompuan..
Org2 kaya ni ramai penyondol memerhati... so by having this kind of hobby, keeps all those penyondol at bay.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau enjin kat belakang,kat depan tu bonet ke |
|
|
|
|
|
|
|
iye ke confirm tak kena sondol?
pengalaman saya la kan yg dah kerja dgn beberapa boss (tauke2 company ni) sbg kuli menyimpan slip2 expenses & claim semua tu
kereta nama personal, tapi hantar bengkel repair, bil2 makan2 mcm kfc ke, barang groceries ke semua claim kat company account kira sbg "company expenses".... jimat cermat gaji2 bulanan boss2 ni semua. Sorang boss dah selamat pun di sondol (sib baik elok jadik 2nd wife)
|
|
|
|
|
|
|
|
24 jam pasang aircond..
tp kenapa mcm bengkel berpagar aja...
ke ada dinding lutsinar tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
bila ada hobi.. diorang busy dengan passion diorang je,...
biasa companies.. kita buh nama kita skali dalam tu.. hahahahhahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
dgn kereta ferari tu lah ramai sugarbaby berkenan...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 1-3-2021 01:10 PM
dgn kereta ferari tu lah ramai sugarbaby berkenan...
Sugarbabies takleh celen kejelitaan dan kebijaksanaan mak hayam |
|
|
|
|
|
|
| |
|