CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 897|Reply: 2

[Tempatan] Tarik balik projek 5G RM15 bilion, adakan tender terbuka, gesa Pejuang

[Copy link]
Post time 1-3-2021 05:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-2-2021 01:53 PM

Tarik balik projek 5G RM15 bilion, adakan tender terbuka, gesa PejuangFMT Reporters -

February 28, 2021 8:35 PM



Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin ketika melancarkan inisiatif MyDigital pada 19 Feb lalu berkata, kerajaan akan melabur RM15 bilion untuk 10 tahun akan datang bagi melaksanakan infrastruktur 5G melalui sebuah syarikat tujuan khas. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Pejuang menggesa kerajaan menarik balik projek membangunkan infrastruktur 5G bernilai RM15 bilion yang diberikan melalui rundingan terus kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) milik kerajaan yang disifatkannya membimbangkan dan mencurigakan serta mengadakan tender terbuka.

Ketua Biro Ekonominya, Armin Baniaz Pahamin berkata, projek infrastruktur itu terlalu besar dan penting untuk ditawarkan tanpa tender terbuka kerana SPV itu akan bertanggungjawab memiliki, melaksana dan menguruskan infrastruktur 5G.

“Sebagai penyedia dan pemilik tunggal, pelaksanaan infrastruktur 5G melalui SPV ini tidak mempunyai faktor saingan yang sihat untuk memastikan ia menjalankan operasi yang cekap dalam mendirikan infrastruktur yang stabil, komprehensif, berkualiti tinggi dan mampu milik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut mempersoalkan jika SPV itu memiliki kepakaran diperlukan untuk menguruskan infrastruktur 5G dan langkah tadbir urus korporat diwujudkan untuk melindunginya daripada tekanan politik, walaupun golongan profesional dilantik untuk menguruskannya.

Armin juga bimbang jika Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dapat mengawal selia SPV itu secara adil dan telus memandangkan ia adalah entiti milik kerajaan. Terdapat juga masalah dari segi ‘long-term governance’ dan sama ada SPV tersebut akan sentiasa berjalan secara profesional dan cekap.

“Saban tahun, kita dapat lihat bagaimana kerajaan membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membuat ‘bailout’ bagi menampung kerugian GLC (syarikat berkaitan kerajaan) disebabkan ketidakcekapan dan kegagalan pihak pengurusan,” katanya sambil memberi contoh 1MDB yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan politik.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin melancarkan inisiatif MyDigital yang akan melengkapkan dasar pembangunan nasional seperti Rancangan Malaysia ke-12 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Inisiatif itu menetapkan gabungan inisiatif dan sasaran di tiga tahap pelaksanaan sehingga 2030.
Beliau berkata, kerajaan akan melabur RM15 bilion untuk 10 tahun akan datang bagi melaksanakan infrastruktur 5G di negara ini.
“Usaha ini akan dilaksanakan melalui sebuah entiti khusus atau ‘special purpose vehicle’ (SPV) di bawah kerajaan.

“Entiti ini seterusnya akan diberikan spektrum bersesuaian untuk memiliki, melaksana dan menguruskan infrastruktur 5G,” katanya sambil menambah syarikat telekomunikasi lain akan menikmati akses sama ke atas infrastruktur itu.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2021 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahathir boleh .. byg lelain jangan .

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata nk tolong rakyat....15billion nilai projek... buatla open tender biar rakyat masuk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.061179 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list