Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
4427
View
49
Reply

Isma Yusoof diserang bipolar, gara-gara pelakon baru 'kayu'

[Copy link]

Author: CARI-HBZ    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-3-2021 08:41 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan pengarah, Isma Yusoof mengakui berdepan gangguan bipolar akibat tekanan teruk yang dihadapi terhadap skil lakonan pelakon baru yang 'kayu'.


Isma yang kini mengarahkan drama Shah Alam 40k (40,000) berkata, dia berasa terkilan apabila pelakon baharu kini dilihat mengambil mudah terhadap kerja yang dipertanggungjawabkan.


Terdahulu, Isma berkongsi luahannya itu dalam video berdurasi 11 minit yang dimuat naik di Instagram TV berhubung situasi dihadapi hingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.


"Saya nak kongsikan satu perkara yang sangat penting kepada semua terutama mereka yang kuat menonton drama tempatan.


"Seperti yang anda sedia maklum saya kini sedang mengarahkan drama bersiri Shah Alam 40k. Bagaimanapun untuk beberapa hari lalu, kawan-kawan saya seperti Nizam Zakaria dan Bahri Umar terpaksa turun padang menggantikan kerja saya.


"Sebenarnya saya ada penyakit bipolar dan ia mudah menyerang jika ada perkara-perkara buruk berlaku seperti masalah lakonan pelakon yang menyakitkan hati.


"Saya bercakap mengenai sikap pelakon baru yang ambil mudah terhadap kerja mereka. Saya tak tahu apa puncanya, namun mungkin zaman media sosial seperti  Instagram dan Tik Tok menyebabkan terlalu banyak gangguan sehingga tidak boleh fokus," katanya.


Menurut Isma, dia tidak faham mengapa pelakon-pelakon baharu terutama pelakon yang membintangi drama arahannya itu tidak bersedia malah menganggap lokasi penggambaran sebagai medan pembelajaran.


"Beberapa pelakon dalam drama ini sangat baru. Saya lihat mereka masuk set tanpa apa-apa ilmu langsung, malah mereka menganggap datang ke set penggambaran untuk belajar berlakon.


"Sebenarnya kalian silap, kalian jangan anggap lokasi penggambaran adalah tempat pembelajaran. Kalau nak belajar di sekolah, lokasi ini adalah tempat kalian bekerja.


"Jadi takkan di lokasi penggambaran kalian nak belajar berlakon. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba jurumekap atau jurukamera datang ke set dalam keadaan yang tidak tahu apa nak buat, sudah tentu kalian tak boleh nak hadam.


"Jadi macam mana pula pelakon baru yang tiada ilmu  berlakon tiba-tiba datang set dan berharap seseorang untuk ajar berlakon  sedangkan kalian dibayar untuk kerja terbabit. Bukannya kalian bayar kami  untuk mengajar kalian berlakon. Jadi, saya rasa ini satu masalah dalam industri seni sekarang," katanya.


Tambah Isma, penerbit dan penyiar juga adakalanya terlalu melampau apabila sesuka hati memetik nama bakat baharu yang tiada asas lakonan hingga memberi peluang memainkan watak besar.


"roduser pun main ambil saja. Janganlah hanya kerana dia menang pertandingan pencarian bakat atau ratu cantik atau memiliki jumlah pengikut ramai, tapi  menyusahkan satu set.


"Stesen televisyen pun, main petik dan panggil pelakon entah siapa-siapa yang tiada ilmu lakonan langsung. Harapkan rupa saja, tapi nak minta kami yang tunjuk ajar dan didik mereka semua. Memang tak bolehlah.


"Kepada pelakon baru yang dapat tawaran berlakon watak besar tolonglah masuk kelas lakonan dulu. Banyak saja yang tawarkan khidmat kelas asas lakonan. Bayarlah untuk kelas lakonan itu kerana bayaran lakonan yang kalian terima agak tinggi jika nak dibandingkan dengan bayaran pekerja produksi.


"Masuk kelas lakonan untuk faham skil lakonan dulu supaya tidak menyusahkan kami yang berada di set. Kepada pengurus juga, jika dah tahu pelakon kalian kayu sila hantar mereka ke kelas lakonan. Jangan harapkan pengarah untuk ajar pelakon anda yang kayu ini," katanya yang masih tidak faham dengan sesetengah pelakon baru yang sudah ditegur tapi tidak mengambil teguran secara serius untuk memperbaiki diri.




Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 1-3-2021 11:10 AM | Show all posts
nampak semacam dia ni skrg.. dulu time dia belakon best..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Terus google sapa pelakon2nya
Screenshot_20210301-113641_Chrome.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tak berubah ubah pondan hauk ni.. aritu ko dh belasah si ika nabella.. ish2
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
X leh sabar,  x perlu mengarah lagi.... Diri sendiri pun ada masalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:57 AM | Show all posts
tu diaaa.. aku biasa kalau tgk pelakon kayu aku salahkan director sbb tak set bar yg tinggi tapi stelah membaca luahan isma ni , pihak pengurus n stesen tv n dgn kayu tersebut mmg wajar dihentam.
pengarah pun tak larat nak ajar tiap kali kot. boleh gila
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapuk memang suka over. Pengarah lelaki sejati rilek2 jer, abis, maki hamun jer.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:11 PM | Show all posts
Pelakon baru pun jual rupa jah, bakat baru nak asah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:22 PM | Show all posts
Muka jimbara...tapi ber teteks. Keleees ko Jah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:22 PM | Show all posts
betullah apa dia cakap tuh....pelakon kenalah ada inisiatif sendiri
tengok list pelakon tu, mesti si anna jobling yg dimaksudkan
nama2 lain macam dah biasa berlakon
jabir mehta tu sapa plak entah
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:44 PM | Show all posts
edoraixora replied at 1-3-2021 12:22 PM
betullah apa dia cakap tuh....pelakon kenalah ada inisiatif sendiri
tengok list pelakon tu, mesti s ...

iols rasa yg pondan ni maksudkan tabir mofteh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Owhhh... Bbnu bermasalah satu hal. Dia pon bermasalah jua. Sukar lah kalau begitu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:19 PM | Show all posts
rasa macam Anna Jobling tu..
sbb nama dia lepas Rita and Ummi.. so watak penting jugak..
then bipolar ni ade mentioned ratu, menang pertandingan bagai..
so minah ni no. 4 dewi remaja lepas tu jadi Miss Tourism....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke dia inzal tgk si Jaber tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:11 PM | Show all posts
dia ni tgk komen kat ig dia ramai yang memuji ya oh u lawa laa patut la liptstik yg u pakai semua lawa sebab lips u lawa. u lawa u lawaaaa. ya ampunnnnnnnnnnn yang komen tu pun ko menjilat dia sangat kenapaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:23 PM | Show all posts
dah ko mmg bipolar na salahkan org plak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau yg bermasalah pelakon pulak yg disalahkan.....dah lah tu...pi hilangkan pondan kau tu dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolarrr triggered by ganja rupenyerr... What the H...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2021 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg dikatakan tu btl...so amik point tu je ..yg dia pondan tu..lantak dia laaa.,...klu itu periuk nasi Kita...ada org yg dtg dgn zero ilmu...mmg stress...akak ni...walaupun bkn bidang ni...tp sama je..klu staff baru msk....gaji nak degree...tp hampeh...sakit pulakk hati kitaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list