Seorang pencuri berputih mata apabila dia hanya memperoleh hasil curian sebanyak 4,000 rupiah (RM1.13) ketika memecah masuk sebuah rumah di Plaju, Palembang.
Lapor Tribunnews, suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun itu juga sempat tertidur selepas pecah masuk rumah berkenaan pada waktu subuh.
SUSPEK yang dikenali sebagai Akbar Maulana kini ditahan di balai polis Plaju, Palembang, Indonesia. - AGENSI
Jurucakap polis Plaju, Novel Siswandi berkata, selepas terjaga dari tidur, suspek mula mencari barangan berharga, namun dia hanya berjaya memperoleh hasil curian sebanyak 4,000 rupiah (RM1.13).
“Kemudian, dia pergi ke bilik lain dan kegiatannya disedari anak mangsa yang berusia 12 tahun dan mencederakan kanak-kanak itu dengan pisau.
“Anak mangsa menjerit meminta tolong dan suspek melarikan diri, namun dia berjaya ditahan polis dalam tempoh kurang 24 jam,” katanya.
Sumber: Utusan |