CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1847|Reply: 12

'Datuk Seri' ugut porak peranda polis - Datuk Ayob Khan

[Copy link]
Post time 2-3-2021 02:47 PM | Show all posts |Read mode









Johor Bahru: Seorang lelaki mengaku Datuk Seri ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Khamis lalu.


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Datuk Seri berusia 56 tahun itu ditahan bersama rakannya yang berusia 41 tahun, kira-kira jam 8.30 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.


"Kes ini bermula Isnin lalu apabila mangsa yang berusia 50-an didatangi dua suspek termasuk Datuk Seri berkenaan.


"Datuk Seri itu kemudian melakukan pemerasan dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya dengan kekerasan sebelum mangsa membuat laporan polis.


"Susulan itu, polis menangkap kedua-dua suspek itu termasuk Datuk Seri berkenaan di sekitar Masai kira-kira jam 8.30 malam, Khamis lalu.


"Ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi bertindak menggugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata 'kalau tuan tangkap saya, saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan'," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, siasatan mendapati suspek berkenaan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf kerajaan.


"Semakan rekod Datuk Seri berkenaan juga mendapati dia mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak, sekitar tahun 80-an serta 90-an.

"Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa," katanya.


Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek termasuk Datuk Seri itu disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.




Sumber : Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 02:52 PM | Show all posts
nk porak peranda pdrm konon

angan2 mat jenin
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu sebab aku x setuju sultan raja ni mudah bg rakyat title datuk, datuk seri ke sebab depa guna title tu untuk buat jenayah dan angkuh rasa berkuasa.

Sultan ni bila anugerah rakyat title depa dapat duit kan...

Huh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:05 PM | Show all posts
konco konco 9 dragon
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 03:42 PM | Show all posts
Dato seri yg x diiktiraf kerajaan.. tu kira dato beli lah ye? Patutlah Sbb tu ngo menyalak klu polis buat kekerasan kat penjenayah sbb dorang ni bnyk buat sumbangan ngan derma rupanya kat ngo ngok
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bgus sbgai kp Johor. Go ayob. Go ayob.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Go ayob....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni tak lucut lak datuk seri dia tu.. Dah sah2 ada jenayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
"Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa," katanya.


takde kawalan ek kt semue NGOk yg ade. tumbuh mcm cendawan. merate ade NGO. mohon polis siasat gk la NGOk2 ni semue. NGOk skrg besar kepala. lg kuat dr kerajaan lembik. kene hambat dgn NGO, terus kerajaan uturn tunduk akur dgn NGO. sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik Dato' ayob
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2: Itu sebab aku x setuju sultan raja ni mudah bg rakyat title datuk, datuk seri ke sebab depa guna title tu untuk buat jenayah dan angkuh rasa berkuasa. ...


Ya setujoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
namieamuro: "Datuk Seri berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya selain mengaburi pihak berkuasa, ...


Pernah tgk cemaner ketua ketua balai bagai sambut ebit. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
zeed: Ni tak lucut lak datuk seri dia tu.. Dah sah2 ada jenayah



How to lucut ma. Tu title tipu guna sesaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.175498 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list