View: 2979|Reply: 7
|
Doa yang baik-baik Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital
[Copy link]
|
|
Doa yang baik-baik Atu Zero Dimasukkan Ke Hospital
Pelakon dan pelawak, Atu Zero dilaporkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara diserang strok haba ketika berada di rumahnya, semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Atu, Shafeeqa Johari yang memberitahu bahawa Atu rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Shah Alam.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif difahamkan mengalami strok haba berikutan cuaca yang terlalu panas melanda sesetengah kawasan di Malaysia setelah sehari suntuk menjalani penggambaran sebuah program TV.
“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat isyak dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya. Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda negara sekarang.”
Atu juga diminta doktor untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.
Perkembangan terkini, pelawak itu bakal kembali memeriahkan program Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 bermula Jumaat ini. Dalam program tersebut dia bakal bergandingan bersama Fad Bocey dan Fakhrul UNIC dalam kumpulan yang diberi nama UNI.
SUMBER : Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
siannya moga cepat sembuh atu...
memang panas gila nak2 rambut jenis heols tu...
kena sentiasa sedia air kalau macamni ataupun spray air yang jual kat shopee tu.... dia sembur2 ala2 kipas... |
|
|
|
|
|
|
|
Iols duk terbayang budak2 sekolah je Allah panasnya terutama yg kena pakai tudung g sekolah tu hangat sangat skrg ni weh.
Pastu mak memasing duk post gambar anak before & after balik sekolah pastu acah2 tanya napa selebet, tie pun dah longgar ke apa
Sah2 la budak tu berlengas dan kepanasan.
Kat fb ramai duk cari aircond 2nd bagai sian plak yg ada baby sampai basah kuyup baju katanya.
Umah iols tepi hutan sampai kuning2 dah daun pokok habis luruh. Minggu lepas hutan belakang umah terbakar mujur sempat bomba padamkan pastu esoknya Bukit Broga plak terbakar malam2 buta sampai kul 3 pg bomba padamkan api. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ALLAH cuaca memang panas sgt.. surau tmpt keje aku ni kecik ja.. tingkap pn kecik ja.. dia punya bahang tu solat 5 minit pun rasa mcm berejam mencurah2 peluh tmbah pkai telekung plk..
Nasib semalam penang hujan gkla setelah sebulan gkla tak hujan..
Semoga Artu cpt sembuh.. dipermudahkan urusan.. |
|
|
|
|
|
|
|
heat stroke is no joke ya.. org malaysia ni mostly suka pndg remeh benda2 mcm ni.. kalo org tu bwk portable kipas ke pakai sunscreen ke bwk botol air ke dipandang pelik.. tak paham aku.. konon kebal sgt badan korg tu tahan panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
2,3 hari ni nampak mcm nak hujan.siap mendung n guruh tapi last2 tk hujan pun |
|
|
|
|
|
|
|
mmg panas sgt sekarang. mlm klau xbuka aircnd mmg bahang sgttt |
|
|
|
|
|
|
|
nak dekat2 bulan puasa dah... panas nya ummp!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|