Sebut sahaja murid 'kelas belakang' atau 'kelas corot', pasti ada dalam kalangan masyarakat kita yang mempunyai tanggapan negatif terhadap golongan pelajar tersebut.
Tidak dinafikan, sekiranya terdapat kes kecurian atau kes disiplin yang lain di sesebuah sekolah, pastinya murid kelas belakang yang sering dituduh sebagai 'suspek' utama.
Namun bak kata pepatah, usah menilai seseorang daripada sifat luarannya.
Menerusi satu posting di Facebook, seorang guru, Muhammad Yusof, berkongsi sekeping gambar 'pemandangan menyejukkan mata', menunjukkan pelajarnya melakukan sujud syukur selepas selesai menjawab kertas terakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kelihatan pelajar lelaki yang lengkap dengan pakaian seragam membentuk tiga barisan panjang dan bersujud di atas sejadah di kawasan lapang sekolah mereka.
Kredit foto: FB Muhammad Yusof
Berkongsi serba sedikit mengenai para pelajarnya itu, guru ini mendedahkan walaupun menduduki kelas corot namun akhlak serta sahsiah mereka berada pada tempat teratas.
Sumber: mStar |