Lelaki ini kini menderita akibat tindakan 'bodohnya' sendiri hanya kerana mahu lengan kelihatan berotot.
Kirill Tereshin, 24, menyuntik jeli petroleum berdepan risiko kehilangan upaya anggota badan tersebut atau mengalami kesan yang lebih buruk, lapor Dailystar.
Selepas menyuntik bahan itu, lengannya membengkak dan mengeras tidak ubah seperti lengan karakter kartun Popeye.
Malangnya, pembedahan untuk membuang implan berbahaya daripada lengannya tertangguh hampir setahun gara-gara pandemik Covid-19.
"Saya menyuntik lengan ketika berusia 20 tahun kerana kebodohan saya sendiri. Saya tidak memikirkan akibatnya," katanya.
Pakar bedah, Dmitry Melnikov yang mengeluarkan jeli seperti Vaseline amaran kepada Kirill bahawa dia boleh mati jika implan gagal dikeluarkan.
Kredit foto: Will Stewart/Daily Star
Kirill perlu menjalani pembedahan lagi pada tahun ini bagi mengeluarkan implan jeli tersebut sepenuhnya.
Sumber: mStar |