View: 1713|Reply: 6
|
Wanita 'Pulang' Selepas 10 Tahun Dihanyut Tsunami
[Copy link]
|
|
Tokyo: Polis Jepun hari ini mengesahkan rangka wanita yang ditemui, bulan lalu adalah mangsa bencana tsunami 2011.
Penemuan terbaharu itu hanya beberapa hari menjelang ulang tahun ke-10 tragedi berkenaan.
"Rangka termasuk tengkorak dijumpai pada 17 Februari lalu di pantai di timur laut Miyagi," kata jurucakap polis kepada AFP.
Katanya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan forensik perubatan dikeluarkan minggu ini mendedahkan mangsa adalah Natsuko Okuyama berusia 61 tahun, yang hilang selepas dihanyutkan ombak besar pada 11 Mac 2011.
Foto: AFP
Anak lelaki Okuyama dilapor media tempatan sebagai berkata, sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang menemui rangka ibunya.
"Saya sangat gembira ibu saya ditemui menjelang 10 tahun tragedi. Kini emosi saya lebih terurus dan saya dapat meneruskan kehidupan lebih baik," kata Kyodo.
Polis Jepun merekodkan angka rasmi kematian akibat tragedi yang turut memusnahkan loji nuklear adalah 15,899 pada Disember 2020.
Namun, lebih 2,500 orang disahkan masih hilang selepas 10 tahun bencana, sekali gus memberi kesan kepada keluarga yang sukar menerima hakikat kehilangan, memandangkan mayat tidak dijumpai. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama betul tu, tapi sekurang2nya pihak keluarga dah tahu jawapan tak perlu tertunggu2 tertanya2 mana menghilang lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...paling-paling jumpa juga walaupun lambat dan hanya tulang..
sebak pula rasa ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Sekurang nya dapat jumpa mayat tu balik. Walaupun tinggal rangka. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekurangnye ada closure... |
|
|
|
|
|
|
|
Hr tu psl suami yg seminggu sekali dive in sekitar tmpt kejadian tsunami utk cr wifenya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|