‘Mengambil suntikan vaksin Covid-19 tidak akan membatalkan puasa pada bulan Ramadan’.
Kenyataan itu dikeluarkan kumpulan perubatan Islam di United Kingdom (UK) selepas kebimbangan semakin meningkat apakah ibadah puasa boleh terbatal jika menerima suntikan vaksin tersebut.
Gambar hiasan/The Jakarta Post
“Suntikan subkutan, subdermal, intramuskular, intraosseous atau intraartikular yang tidak melibatkan makanan tidak membatalkan puasa tanpa mengira kandungan bahan yang disuntik dan memasuki peredaran darah,” ujar Persatuan Perubatan Islam British.
Pada Disember lalu, badan tertinggi agama, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan fatwa yang membenarkan orang Islam menerima suntikan Covid-19 walaupun jika ia mengandungi ‘bahan tidak halal’.
“Vaksinasi Covid-19 diklasifikasikan sebagai ubat pencegahan untuk individu seperti yang disarankan agama Islam terutamanya ketika musim pandemik,” jelas majlis tersebut. - Agensi
Sumber: Sinar Harian |