Bukan sesuatu yang mudah untuk artis veteran kekal relevan dalam industri hiburan lebih-lebih lagi zaman sudah jauh berubah dan sudah pastinya ramai pesaing di kalangan penyanyi generasi baru yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Yang pastinya, sudah tentu ada cara tersendiri untuk seseorang artis lama sentiasa memenangi hati peminat setia dan juga peminat dari zaman yang berbeza.
Bagi Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, 62, menempa nama dan mengukuhkan tapaknya dalam industri muzik juga bergantung kepada pelbagai strategi dan formula.
Salah satu strategi yang kerap membuahkan hasil adalah kerjasama dengan penyanyi generasi baharu dan menyinar dalam sesuatu era.
Terbaharu, dia bekerjasama dengan komposer yang juga penyanyi rap, Luca Sickta dan Kmy Kmo menerusi lagu berjudul Neraca.
Jamal ketika ditemui berkata, dia tidak menolak bahawa ini adalah formula yang harus digunakannya, katanya kepada Harian Metro.
"Untuk artis veteran seperti saya berada dalam arus perdana hari ini, ini adalah formula yang saya harus gunakan iaitu kerjasama dengan anak-anak muda.
"Secara tak langsung, itu boleh meletakkan saya sebaris dengan mereka yang masih aktif di dalam industri muzik," katanya.
Datuk Jamal bersama isteri, Datin Zai Izatti Khiruddin
Mengulas tentang krisis pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada industri seni tanah air, Jamal menasihatkan semua penggiat seni supaya sentiasa beringat ketika senang dan simpan bekalan sekiranya berlaku kesusahan.
"Alhamdulillah, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya masih lagi dapat bertahan dengan sedikit simpanan yang ada. Memang dari dulu lagi, kalau ada duit lebih, saya akan laburkan dalam saham dan sebagainya.
"Jadi, pulangannya dapatlah saya gunakan ketika kecemasan. Bukan saja saham, tapi ada beberapa pelaburan lain yang saya lakukan," kataya.
Katanya, menjadi anak seni bukanlah untuk mengejar harta dan kemewahan semata-mata, tetapi lebih kepada mencari rezeki dengan ikhlas.
"Buat semua benda betul-betul. Seniman tak hanya sekadar mengejar duit atau populariti saja. Bila kita lakukan perkara yang betul, rezeki dan populariti itu akan datang sendiri," katanya yang turut mengusahakan ternakan ikan kelisa di Ipoh, Perak yang juga menjadi sumber mata pencariannya.
Terdahulu, Jamal pernah bekerjasama dengan penyanyi Wani Hasrita dalam menjayakan lagu duet berjudul Belenggu Rindu yang kini telah mendapat hampir 19 juta tontonan di Youtube.
Mungkin untuk lagu baru yang akan datang, artis manakah yang anda ingin lihat berduet bersama Jamal Abdillah? - CARI
Post time 6-3-2021 07:47 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak payah kot.. formula ni tak menjadi pun sbb artis baru tu bukannya famous and tok jamal bertiang lagi famous drpada duetnya. Act yg muda tumpang yg tua.
Post time 6-3-2021 08:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bkn sbb kerjasama dgn retis baru,tp sbb suara jamal y manly n lain drpd y lain..tu y org minat..kalau bbnu kpoopers,ai xrasa akan minat lejen singers ni..
Post time 6-3-2021 04:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sikatkutu: lagu2 dia kalau tengah putus cinta memang nangis lah dengar, ada rasa semacam feeling yg sukar diterjemahkan...sunyi dan kesedihan 1C_tHvjlQgE ...
Tima kacihhh..suka lagu2 otai nihh.dia punya sejarah wa tak mau tau..
Post time 7-3-2021 09:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tok ti buat, kemain semua kata menempel lah, mengendeng lah, padahal Jamal Abdillah lama dah buat. Waktu Tok ti bbnu, sarah bbnu, mawi bbnu jamal dah mengendeng dah.
Padahal iols rasa ok jah retis lama nak berganding dengan retis baru. Seronok la tgk sbnrnya. Tp ramai yg jaki dan biased!