CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1477|Reply: 13

[Tempatan] 6 Mac. Tujuh kawasan Semenanjung rekod gelombang haba tahap kuning. Suhu 37 darj

  [Copy link]
Post time 6-3-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Tujuh kawasan catat gelombang haba tahap kuning
| | 06 Mac 2021

KUALA LUMPUR - Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat jam 4.30 pada petang Jumaat, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Jabatan itu memaklumkan, lokasi itu ialah Chuping, Perlis; Kota Setar, Kedah; Kuala Kangsar, Perak; Sepang, Selangor; Alor Gajah, Melaka serta Tangkak dan Batu Pahat di Johor.

Sementara itu, tiada gelombang haba dikesan di Sabah dan Sarawak dan semua kawasan di dua negeri itu merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.

Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Status tahap jingga atau 'heatwave' pula ialah apabila mencatat suhu maksimum harian 38 hingga 40 darjah Celsius dan tahap merah (kecemasan) untuk suhu melebihi 40 darjah Celsius, masing-masing bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Dalam pada itu, setakat 12 tengah hari pada Sabtu bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kebanyakan kawasan di Semenanjung adalah paras sederhana dengan daerah Rompin, Pahang mencatat bacaan tertinggi iaitu 92, manakala rata-rata lokasi di Sabah dan Sarawak pula IPU berada pada paras baik.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas (berbahaya).

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan hingga pertengahan bulan ini, dengan taburan hujan agak rendah di Semenanjung terutama di negeri-negeri utara.

Bagaimanapun, jabatan itu tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini. - Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
smlm panas btol.. sampai demam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 6-3-2021 06:13 PM
smlm panas btol.. sampai demam...

Panas Kan....dengan x boleh rentas negerinya...so duduk dalam rumah je
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila betul malam tadi, ada ke patut 27°C pukul 1 pagi, bukannya ada matahari pun malam-malam buta
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 06:39 PM | Show all posts
bala gay2 pondan2 pedo medo memedo dan mereka yg bersubahat dngn mereka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
notM replied at 6-3-2021 06:23 PM
Panas Kan....dengan x boleh rentas negerinya...so duduk dalam rumah je

arini guruh kemain gegak gempita.. hujannya nan hado
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2021 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tempat ai tgh hujan.Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptt la panas benar...cecah 37 rupanya sepang..tp Alhamdulilah hujan dr ptg tadi..sejuk skit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2021 09:35 PM | Show all posts

alhamdulillah semalam dgn hari ni hujan turun dgn lebatnyaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 6-3-2021 08:06 PM
arini guruh kemain gegak gempita.. hujannya nan hado

Sama la Kat sini...rasanya hujan belah Banjaran sana
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Ganu nie lama dah xujan. Malam2 pon panas mcm apa dah walaupon pasang kipas. Kalau siang iols banyk duk kat pantai jelaaa amik angin. sejuk sikit rasaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah sini merasa dah hujan semalam
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 12:29 PM | Show all posts
6hb mlm hujan...sampai ke pagi hujan...ni 7hb still mendung alhamdulillah happy for alam sekeliling..pokok2 pun happy...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 12:30 PM | Show all posts
actually hujan start masa asar lagi...kul 6 rasa bahang giler walaupun dah sejam lebih hujan...terpaksa on jugak ekon sbb mmg giler panas kesan dari tghr yg giler panas semlm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.097638 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list