View: 1953|Reply: 14
|
[Tempatan]
Mayat wanita ditemukan bersama 37 Pati ketika ditahan
[Copy link]
|
|
Edited by Xim at 7-3-2021 04:08 PM
Mayat wanita ditemukan bersama 37 Pati ketika ditahan
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pati-ketika-ditahan
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 8:26 PM
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my
MAYAT seorang wanita yang turut ditemui di lokasi terbabit. FOTO Ihsan 3 Divisyen
Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita ditemukan bersama 37 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) berhampiran kawasan pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan, memaklumkan anggota petugas pos pemerhati mengesan kehadiran bot sedang menurunkan Pati berhampiran kawasan pantai berkenaan.
"Hasil serbuan 5.40 pagi tadi, seramai 13 Pati ditahan. Susulan itu, Tim QRF yang melakukan penjejakan berjaya mengesan kehadiran orang awam di dalam belukar berhampiran bangunan hotel terbiar, Tanjung Balau, Kota Tinggi.
"Dalam serbuan 9.30 pagi itu, kami berjaya menahan 19 Pati, manakala lima lagi Pati ditahan 10.40 pagi. Selain itu, kami menemui mayat seorang wanita dipercayai dari kumpulan sama dengan Pati yang ditahan," katanya, hari ini.
ANTARA PATI yang ditahan dalam Op Benteng berhampiran kawasan pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. FOTO Ihsan 3 Divisyen
Menurutnya, kes penemuan mayat berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.
"37 Pati yang ditahan terdiri daripada 22 lelaki dan 15 wanita berusia antara 21 hingga 51 tahun yang dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan tidak sah.
"Kami merampas 31 telefon bimbit, barang kemas, wang tunai RM1,903 dan wang tunai mata wang Indonesia lebih 31 juta rupiah (RM9,047) menjadikan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM29,229," katanya.
Katanya, semua Pati yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.
"Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat di Balai Polis Bayu Damai.
"Pasukan akan meneruskan atur gerak Tim QRF dan bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 6-3-2021 05:13 AM
Berharap yang meninggal tu bukan disebabkan oleh Covid19!!
|
|
|
|
|
|
|
|
indon...tak reti bahasa.Kat Msia ni rentas negeri pon tak boleh lg...ko..indon siap...jadi pendatang haram,masuk secara haram pula ke Msia....Sepatutnya pendatang haram ni diberi pilihan....wakil negara mereka kena amik mereka dlm tempoh 7 hari selepas mereka 'mendarat'.jika wakil kerajaan mereka tak amik...selepas 7 hari...mereka tidak diberi makan lg.Selagi boleh mkn free 'dlm tu'....selagi tu...bukan mslh bg mereka yg kena tangkap tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bilalah nak selesai masalah pati haram jadah ni
Abang jamil pun dah lama bertukar alam tapi isu pati di msia masih tiada penyelesaian
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah perairan kita mudah betul bolos...pati dah sampai pantai baru perasan ke |
|
|
|
|
|
|
|
yang pasti makhluk2 ni la ada beberapa ekor menyamar jadi multinick dalam forum ni... nak tau senang je
posting2 takkan mengaku melayu
posting2 kutuk2 melayu
posting kebencian kepada melayu sangat tinggi dari mana2 bangsa lain especially yahudi
tapi tanah melayu ni jugak yang gigih nak di pijak oleh mereka... |
|
|
|
|
|
|
|
kn ni semenanjung, keliling pantai, bkn bole letak pegawai tiap 1km pantai keliling malaysia..manala cukup anggota.
laluan tepi pntai slalu sgt PATI tembus, ada sdara duk pantai , kdg2 nmpk je PATI ni mendarat. mana yg smpt report tu report la jugak, tkde masa nk tgk pantai 24jam tiap hari. dorg dtg mlm2, pkul 2-3-4 pagi gtu |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk Malaysia jamin ada kerja dah tu gurantee dapat vaksin Tanpa ditahan. Menarik kan. |
|
|
|
|
|
|
|
aik aritu bkn main eksyen balik kg , waktu Malaysia buat mco. ckp indonesia xde covid bagai. siap belah timur suh askar Indonesia kawal sempadan konon2 xnk import virus covid ke indonesia. padahal yg rentas tu org dia sendiri. nk ckp kita la konon2 bg penyakit. puiiii. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde marine jaga ke kaw perairan...elok je pendtg mendarat..heran |
|
|
|
|
|
|
|
korbankan sorang bagi mendpat simpati-kesianya selalunya berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa innailaihi rojiun
Turut berdukacita
|
|
|
|
|
|
|
|
Hampir tak ada satu hari pun tanpa PATI
tu sejak ada ops benteng dengan kawalan ketat sempadan
patut la PATI cecah angka juta |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..menyabung nyawa dtg sini....apa yg diorg dapat dtg sini...pelik pelik la...kalo time malaysia mendonia dr segi ekonomi boleh pahammm.ni malaysia tgh menndunia kes kobid pon sanggup nak mai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah nak bebas covid kalau gini. Penat dgn cerita mcmni. Lain lagi perompak dan penyamun pati..lain lagi yg suka rosakkan rumahtangga org |
|
|
|
|
|
|
| |
|