View: 2076|Reply: 17
|
[Dunia]
Lelaki dikurung selama 40 tahun dalam pondok buruk di Cumbria, England
[Copy link]
|
|
Lelaki dikurung selama 40 tahun
FMT Reporters
15 hrs ago
Dua beranak didakwa atas kesalahan melakukan pemerdagangan manusia susulan penemuan seorang lelaki berusia 58 tahun yang dipercayai dikurung dalam pondok buruk selama 40 tahun.
Mangsa dikatakan dikurung sejak berusia belasan tahun dan berjaya ditemui polis pada 2018 di pondok terbabit di Cumbria, England.
Turut ditemui bersamanya adalah sebuah televisyen, kerusi, tilam serta alat pemanas elektrik, lapor Daily Mail.
Mangsa ketika itu kelihatan trauma sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pihak berkuasa yang kemudiannya melakukan siasatan selama tiga tahun berjaya mengesan dua beranak terbabit yang masing-masing mempunyai nama sama, Peter Swailes, 80 dan 55 sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Carlisle.
Menurut seorang pegawai kanan siasatan, Martin Plimmer, mereka cuba memberi perhatian terhadap kebajikan mangsa dan mengambil langkah sepatutnya.
“Ketika ditemui, kelakuannya boleh ibarat seperti arnab dalam keadaan gelap selain mempunyai fikiran yang amat bercelaru,” katanya.
Menurutnya, mereka tidak dapat mengesahkan sama ada lelaki terbabit pernah cuba untuk melarikan diri sebelum ini.
“Dia melalui pengalaman trauma dalam tempoh jangka masa panjang dan sukar untuk mendapatkan kepercayaan kembali,” katanya yang dipetik BBC.
Plimmer berkata, ia adalah kali pertama dia melihat kes seperti itu apabila ada individu yang dikurung selama 40 tahun.
“Sepanjang kerjaya ini, saya tidak pernah melihat ada orang yang dikurung selama 40 tahun dan ia mungkin kes paling lama yang pernah kami hadapi.
“Ia amat menyedihkan dan pada masa sama ia adalah kes yang sangat serius,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Today two men, both named Peter Swailes, aged 80 and 55, appeared before Carlisle Magistrates' Court today. They are due to appear before Carlisle Crown Court on April 6
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. manalah otak n hati sbg seprang manusia samnggup buat manusia lain mcm tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu ada neraka, utk org2 kejam ni..tapi eteis tk percaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dapat apa kurung orang lama2? keluar byk modal, kena menanggung makan minum tempat tinggal bil letrik etc |
|
|
|
|
|
|
|
pondok papan pun x lepas kluar...
kena ikat ke |
|
|
|
|
|
|
|
Harap harap Netflix boleh buat documentary pasal ni. Interesting betul |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Nk pulihkn dia spy boleh hidup normal lps ni pasti mencabar. I hope he perseveres & lead a normal, happy life after. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tuhan kesiannya...Bersyukur la kita2 yang tak merasa jadik mangsa pemerdagangan manusia sebegini walau cemana pun susah hidup kita di donia nan fana ini, rekan2... |
|
|
|
|
|
|
|
adaakukesah replied at 7-3-2021 09:33 PM
Harap harap Netflix boleh buat documentary pasal ni. Interesting betul
Aiol selalu emo tengok doku Netflix. Macam doku Chris Watts dan Don't Fxx With Cats tu. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi kejam dari kes Colleen Stan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni pelik.. laki kot.. kenapa tak melawan untuk lari |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 7-3-2021 09:56 PM
Aiol selalu emo tengok doku Netflix. Macam doku Chris Watts dan Don't Fxx With Cats tu.
Iols start layan Evil Genius tu terus gile crime documentary. Emo tapi Netflix power buat crita sampai kita terikut skali. |
|
|
|
|
|
|
|
awekjepun replied at 7-3-2021 10:03 PM
Kes ni pelik.. laki kot.. kenapa tak melawan untuk lari
Dah bertahun2 kena mental and physical abuse. Otak pun dah crippled sampai badan ikut skalik sampai dah tak reti melawan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|