CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5998|Reply: 60

[Tempatan] Tak nak ambil hak orang. Tembok sempadan tanah dipecah lepas tahu selama ni sala

  [Copy link]
Post time 7-3-2021 08:01 AM | Show all posts |Read mode
Rugi sedikit tak apa...'
    myMetroutama
Redzuan Muharam



Kuala Lumpur: "Biarlah saya rugi sedikit daripada berterusan menanggung dosa kerana mengambil hak orang lain," kata peguam Hayat Muhamad.

Hayat, 38, memberi reaksi itu bagi mengulas mengenai video dimuat naiknya di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki memecahkan tembok pagar rumah.

Berdasarkan kapsyen pada video berkenaan, Hayat memberitahu secara ringkas yang tindakan itu dilakukan kerana kesilapan mengukur keluasan tanah dan reda menanggung kerugian itu asalkan dirinya selamat di akhirat.

Menceritakan kisah di sebalik video itu, Hayat berkata, tembok dirobohkan itu dibina di rumahnya di atas tanah pusaka peninggalan arwah bapanya Muhamad Othman di Kuala Terengganu, Terengganu.

Menurut Hayat, tembok itu sedang dalam pembinaan, namun perasaan ragu-ragu menyebabkannya mendapatkan khidmat juruukur untuk membuat ukuran semula.

"Hasil pemeriksaan mendapati memang ada kesilapan pada ukuran lama.

"Jadi, saya ambil keputusan untuk robohkan semula sebahagian tembok berkenaan kerana tidak sengaja dibina di tanah milik jiran walaupun kerugian RM1,000 daripada RM20,000 kos keseluruhan.

"Lagipun, dalam ajaran Islam ada dinyatakan haram hukumnya mengambil tanah orang lain walaupun sejengkal," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Hayat, jirannya maklum mengenai perkara itu dan memahami apa yang berlaku bukan disengajakan.

Hayat berharap, perkongsiannya di TikTok itu memberi peringatan kepada pengikut dan individu yang menonton video dimuat naiknya mengenai perkara berkenaan.

"Ini perkara serius yang tidak boleh dibuat main kerana walau apa alasan sekalipun, hak orang lain tetap bukan kepunyaan kita.

"Jadi, mereka yang berhasrat membuat binaan di tanah pusaka diharap lebih peka dan tidak merujuk pada geran lama semata-mata.

"Sebaliknya, dapatkan khidmat juruukur bertauliah bagi mendapatkan kepastian mengenai ukuran sebenar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mac 2021 @ 9:00 PM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Sifat yg terpuji.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts

Xramai yg ada kesedaran ni
Lbh ramai org alpa dgn dunia, lupa yg kat sana nnt lebih kekal
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang siap ubah lajak ke depan lagi
Pastu bawak pekerja siap gaduh
Padahal dia yang lajak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah incik peguam hayat. Rugi sikit je kat dunia ni... kejap je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 7-3-2021 08:23 AM
Xramai yg ada kesedaran ni
Lbh ramai org alpa dgn dunia, lupa yg kat sana nnt lebih keka ...

Ceittt tanah sejengkal jah.. kalo akulaa.. aku okje.. abg aku lg sial.. duit aku simpan utk mak aku pung dia kata kena mintak persetujuan adik beradik.. pdhl masa aku masuk tuuu takde punggg ckp jgn guna akaun mak aku.. aku nak bwk kuar pungg utk kebajikan mak aku jugak.. harap abg aku tuu Tuhan masukkan dia ke neraka..koh koh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2021 10:44 AM | Show all posts
Bagus dia         
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2021 10:41 AM
Ceittt tanah sejengkal jah.. kalo akulaa.. aku okje.. abg aku lg sial.. duit aku simpan utk mak ak ...

Hahaha
Kat mana2 pun ada je yg suka ambik kesempatan
Tu la org mcm aku ni xde apa2
Mmg xpandai la nak ambik kesempatan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 11:38 AM | Show all posts
Baguslah tu apa2 bagi settle sementara masih didunia ni dah berubah alam nanti lagi susah jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 7-3-2021 11:28 AM
Hahaha
Kat mana2 pun ada je yg suka ambik kesempatan
Tu la org mcm aku ni xde apa2

Lg semikin lg laaa org amik kesempatan.. lain sgtt layanan utk org kayoo dgn semekin ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:30 PM | Show all posts
Tahniah bro
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2021 10:41 AM
Ceittt tanah sejengkal jah.. kalo akulaa.. aku okje.. abg aku lg sial.. duit aku simpan utk mak ak ...

Hari tu kakak ko, yang ni abang ko pulak ya..
Dahsyat juga adik beradik ko ni  ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 7-3-2021 01:53 PM
Hari tu kakak ko, yang ni abang ko pulak ya..
Dahsyat juga adik beradik ko ni  ye..

Utk pemgetahuan hang.. adik beradik aku semuanya sialllll.. ke hati aku yg hitammm.. ontahlaaa... kenkadang rasa nyesal buat baik kat sial sial tuu.. kalo aku tak vuat baik dulu kan baguih
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 01:59 PM | Show all posts
sukacactus replied at 7-3-2021 08:23 AM
Xramai yg ada kesedaran ni
Lbh ramai org alpa dgn dunia, lupa yg kat sana nnt lebih keka ...

betul tu kektes

tapi ada gak jiran2 yg jenis tamak

tanah rizab tengah dlm proses permohonan pun dipagaunya

konon nak buat rumah sewa 4 pintu

padahal dlm peta geran dia sah2 bkn tanah dia

tamak2 ni nak gi mana?

masuk kubur esok pun harap tanah wakaf gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:00 PM | Show all posts
tak nak ambil hak orang atau tak nk disaman?

prffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2021 01:59 PM
Utk pemgetahuan hang.. adik beradik aku semuanya sialllll.. ke hati aku yg hitammm.. ontahlaaa...  ...

rupanya akak aku kenal la kakak hang tu.. tapi dia tak tau la citer kakak hang adik beradik ni.. i khabar kawan kenal kat tenet gitu2 je.. hahaha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 7-3-2021 02:01 PM
rupanya akak aku kenal la kakak hang tu.. tapi dia tak tau la citer kakak hang adik beradik ni.. i ...

Haaa baguihhhhh.. suh kakak hang pi kabo kat kakak aku tuu.. bior dia nangis lg sekali pi ngadu kat bpk aku lg.. bpk aku pi marah kat aku balik.. dasar hati tisuuu.. koh koh
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 7-3-2021 02:01 PM
rupanya akak aku kenal la kakak hang tu.. tapi dia tak tau la citer kakak hang adik beradik ni.. i ...

Ko kabobdekat kakak ko tuu.. jaga jaga dgn kaksk aku tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:07 PM | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2021 01:59 PM
Utk pemgetahuan hang.. adik beradik aku semuanya sialllll.. ke hati aku yg hitammm.. ontahlaaa...  ...



..kenapa nak menyialkan adik bertadik .. sebab itu gamaknya business ko sendu ..... hahh .... cuba berbaik baik dengan adik beradik .... kalau tak berpeluk cium pun .. jangan menyumpah seranah sesama sendiri ... gituuu ... boleh kan sis ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2021 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 7-3-2021 02:04 PM
Haaa baguihhhhh.. suh kakak hang pi kabo kat kakak aku tuu.. bior dia nangis lg sekali pi ngadu ka ...

Hahahaha tak koser la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.088306 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list