“Tapi jika Azwan (suami) mahu berkahwin lagi, saya rela diceraikan daripada hidup bermadu. Sudah tentu saya sayangkan suami saya tapi untuk hidup berpoligami tu tak sanggup.” ujarnya kepada sebuah media ketika ditemu bual.
Tampil mengulas wataknya sebagai Fika dalam drama tersebut, Ezzaty mengakui bahawa ianya sangat mencabar kerana benar-benar berbeza daripada watak yang pernah dibawanya sebelum ini.
Turut membintangi drama The Maid selain Ezzaty adalah beberapa pelakon hebat seperti Norman Hakim, Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Eina Azman dan ramai lagi.
SUMBER : Astro Gempak