CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 13

PM sebak dapat masuk dalam Kaabah

[Copy link]
Post time 9-3-2021 03:32 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berasa sebak dan melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang memasuki Kaabah dan menunaikan umrah di Makkah, malam tadi.


Perdana Menteri berkata, peluang atas perkenan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud itu adalah aturan Allah yang amat besar nilai dan maknanya.


Katanya, ia bukan saja untuk beliau dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, malah adalah bukti ukhuwah persaudaraan yang amat akrab dan penghormatan untuk umat Islam di Malaysia daripada kerajaan Arab Saudi.


"Beroleh keizinan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci, menjejakkan kaki di Masjidilharam, seterusnya menunaikan ibadah umrah malam tadi adalah satu nikmat yang amat saya syukuri dengan penuh rendah hati.


"Yang lebih membuatkan saya sebak dan bersyukur, apabila dengan izin-Nya juga, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci memperkenan untuk saya memasuki Kaabah," kata beliau melalui laman Facebooknya, hari ini.


Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Arab Saudi menjadi ketua kerajaan pertama berpeluang masuk ke dalam Kaabah di Masjidilharam selepas lebih setahun ia ditutup berikutan wabak COVID-19.


Perdana Menteri berkata, beliau amat memahami kerinduan umat Islam terutama di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci dan ia tidak digambarkan dengan kata-kata.


"Saya diizinkan-Nya untuk kembali ke sini, namun saya tidak sesekali menganggapnya sebagai keistimewaan peribadi.


"Saya percaya, ini adalah amanah oleh-Nya untuk saya hadir dan berusaha sedaya upaya agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat kembali ke bumi Makkah.


"Sebab itu, semalam ketika menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa dengan sesungguhnya, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah," katanya.


Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan umat Islam dan beliau yakin tidak lama lagi, Makkah akan kembali diimarahkan dengan ibadah umrah serta ziarah.


"Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia berterima kasih kepada Raja Salman dan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammad bin Salman, yang mengundang saya ke Arab Saudi," katanya.


Selain itu, Muhyiddin memaklumkan, beliau dan isteri akan ke Madinah untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi, sebelum memulakan program yang sudah diatur dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu.


"Doakan perjalanan kami ini dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT," katanya.





Perdana Menteri berada di Arab Saudi sejak semalam bagi memenuhi jemputan Raja Salman sebelum meneruskan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur pada 11 Mac.


Lawatan itu dalam usaha memperkasa hubungan dua hala dengan negara Asia Barat berkenaan membabitkan pelbagai bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan perdagangan terutama ketika cabaran berikutan wabak COVID-19.




Sumber : Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 09:03 AM | Show all posts
Yang melihat pun boleh sebak ini kan lagi yang berpeluang dapat masuk dalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
"Yang lebih membuatkan saya sebak dan bersyukur, apabila dengan izin-Nya juga, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci memperkenan untuk saya memasuki Kaabah," kata beliau melalui laman Facebooknya, hari ini"


kami kat msia ni lg sebak Raja Salman jumpa Tok Abah online....sepatutnya Tok Abah jumpa dari pekan pagoh je, blh tgok laju ka tidak internet kat pagoh tu......
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:06 AM | Show all posts
balik mesia kuarantina tiga hari ja kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kaabah tak de pintu belakang

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 11:18 AM | Show all posts
wow....hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2021 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 9-3-2021 03:28 PM

Adakah suatu kemestian  pemimpin2 yg bermasalah dan kontroversi akan masuk dlm kaabah utk kelihatan suci dimata ummahh?



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 01:55 PM | Show all posts
pjuang2 gay pondan pedo medo memedo ni dlm thread PM buat umrah pun nk citer psl belakang

apa lah korang ni?

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 02:21 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-3-2021 11:14 AM
Nasib baik kaabah tak de pintu belakang

PM adalah tetamu jemputan, datangnya disambut, balek pun akan  dihantar, takkan nak masuk ikut pintu belakang pulak.... Wbgmnepun PM2 M'sia terdahulu Tun M, Najib n Rosmah pun berpeluang juge masuk ke dlm Ka'abah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 02:34 PM | Show all posts
Sebak dodol membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cuci dosa.....keluar tu konon dah suci macam baby baru lahir....nangis2 tu konon innocent la
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 02:45 PM | Show all posts
yang pegi tgk kaabah je pun dah sedih tak tertahan...ni kan pulak kalau dapat masuk....
Allahu...
rindu nya mekah madinah...
harap cepat2 la bukak border...
rasa nya nak g mekah dlu...tempat first lepas buka border
bring me back soonest ya Rabb!
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 03:06 PM | Show all posts
bukan calang2 pengkhianat hurkehh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2021 02:06 PM | Show all posts
HoneyManjer replied at 9-3-2021 02:45 PM
yang pegi tgk kaabah je pun dah sedih tak tertahan...ni kan pulak kalau dapat masuk....
Allahu...
...

betul tu
amin amin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051669 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list