CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3757|Reply: 39

Kuah kari 'terbang' dari tingkat atas flat PPR Sungai Besi

[Copy link]
Post time 8-3-2021 08:39 PM | Show all posts |Read mode
'Kari terbang' dari flat PPR
MUHAMMAD YUSAINY MOHAMAD YUNUS | | 08 Mac 2021


Kereta mangsa yang terkena kuah kari yang dibaling penduduk dari tingkat atas Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada Ahad.

KUALA LUMPUR - “Nasib baik tak 'berkari' kepala aku”, kata seorang mangsa sampah terbang di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi pada Ahad.

Azman Bidin, 47, berkata, dia dan isteri baru sahaja selesai menghantar makanan pada jam 2 petang sebelum mendengar bunyi dentuman objek daripada cermin belakang kereta.

“Isteri baru sahaja masuk kereta dan terdengar satu bunyi yang kuat macam ada objek yang jatuh.

“Rupa-rupanya, satu plastik kari yang dicampak oleh tetangga di flat PPR tersebut.

“Mujur kami tidak menaiki motosikal ketika itu, kalau kami naik motosikal, habis kepala kami,” katanya ketika dihubungi Sinar harian pada Isnin.

Rata-rata netizen turut memberi komen mengecam perbuatan yang tidak bermoral tersebut di Facebook milik mangsa.

Pengguna Facebook bernama, Muhammad Muhammad menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai pengotor.

“Nasib baik kuah kari, jangan basikal yang dicampaknya,” kata Roszaimi Abd Kadir.

Azman berpendapat masyarakat sebegini perlu diberikan tindakan dengan memberi hukuman yang tinggi kepada pelaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2021 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat aku drama lakonan zamarul..bini dia ngandung sulung, gugur sbb ada org buang sampah bini dia jatuh sb tergelincir...punya la dia ngamuk kat satu flat...ujung citer rupanya anak angkat dia( yakni anak jiran yg slalu dtg rumah dia) punya keje...masuk jel tak pasal2 sbb ngamuk kt salah org..hampeh punya anak angkat..
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Minda PPR, apa boleh buat.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis kereta bau kari biawak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:55 PM | Show all posts
kari tkpe jngn muntah
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntah okay lagi, jangan besi batu pasu.

Koyak bumbung keta bole baiki,
picah kepala kalu tiada ganti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah jenuh nak mencerca org flat. Sukati koranglah nk melingkup ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram memikir apalagi yg bakal terbang dari atas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2021 08:47 AM | Show all posts
flat yg lebih 10 tingkat
susah nak cari kalau kes2 yg campak basikal ni
ni kan pula kuah kari
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 08:58 AM | Show all posts
dal sambal sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:16 AM | Show all posts

“Nasib Baik Tak 'Berkari' Kepala Aku,” -Mangsa Sampah Terbang Di Flat PPR

“Nasib baik tak 'berkari' kepala aku”, kata seorang mangsa sampah terbang di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi pada Ahad.


Azman Bidin, 47, berkata, dia dan isteri baru sahaja selesai menghantar makanan pada jam 2 petang sebelum mendengar bunyi dentuman objek daripada cermin belakang kereta.


“Isteri baru sahaja masuk kereta dan terdengar satu bunyi yang kuat macam ada objek yang jatuh.


“Rupa-rupanya, satu plastik kari yang dicampak oleh tetangga di flat PPR tersebut.


“Mujur kami tidak menaiki motosikal ketika itu, kalau kami naik motosikal, habis kepala kami,” katanya ketika dihubungi Sinar harian pada Isnin.




Foto: Sinar Harian


Rata-rata netizen turut memberi komen mengecam perbuatan yang tidak bermoral tersebut di Facebook milik mangsa.


Pengguna Facebook bernama, Muhammad Muhammad menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai pengotor.


“Nasib baik kuah kari, jangan basikal yang dicampaknya,” kata Roszaimi Abd Kadir.


Azman berpendapat masyarakat sebegini perlu diberikan tindakan dengan memberi hukuman yang tinggi kepada pelaku. -CARI


Sumber: Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu kari basi... eeewww... baiklah cari umah lain...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:58 AM | Show all posts
sikap diorg tak boleh nak diubah ke?
teringat thread reno flot sampai 130k...
klu dalam cantik, tp luar mcm ni, tak berbaloi reno mcm tahap kondo...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 09:59 AM | Show all posts
pasang jaring or pagar la kot kat balkoni tu. da mcm beruk perangainya.
biar jadi mcm sangkar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:02 AM | Show all posts
pasal tu aku tak suka komuniti dok flat..mereka menjijikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2021 10:06 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 8-3-2021 08:59 PM
Muntah okay lagi, jangan besi batu pasu.

Koyak bumbung keta bole baiki,

ya lor,  kari, dal, karipap , kuih lapis jatuh dari flet tu biasa, tp kalo basikal, batu bata, pasu bunga mmg car gadoh ni, mmg kecedraan teruk atau boleh membawa maut ni


oh ye, aku lupa malaysia dgn singapura time zone jauh sangat ke?

sebab kat singapore diorang ada survaillence camera yg pantau aktiviti org duduk rumah flat sana, sapa2 buang sampah boleh kena dakwa,  

bukan kamera cctv biasa tau, camera canggih mcm kt cerita CSI,  NVU kat astro tu, mgkn singapore negara maju, duit byk,  Malaysia mgkn byk duit abis kat gaji ahlul parlimen...

walopn camera tu canggih tp aku tak rasa la smpai 10-20 juta, aku dgr ni teknology dr israel,

ish, mana boleh kerjasama dgn isroel...

ok lah, tp aku yakin mesti ada kontraktor lain kan?



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:10 AM | Show all posts
errmm dulu aku pernah ada member duduk flat pekeliling,  kalo bawak kereta, bawak la payung walopn tak hujan dan tak panas, sebab ramai org ludah dr atas ke bawah ( eewww) yg buang sisa karipap dn kuih lapis toksah cakap la, puntung rokok lagi,


jd yg perempuan buka la payung, dn yg lelaki pakai la helmet, smpai depan rumah baru bukak....

lg pn pengaruh rakan2 aku tgk budak2 tu bila tgk kawan dia buang sisa karipap dr tingkat atas, esok dia pulak ikut...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:10 AM | Show all posts
mijot replied at 9-3-2021 09:58 AM
sikap diorg tak boleh nak diubah ke?
teringat thread reno flot sampai 130k...
klu dalam cantik, tp ...

kan... umah lawa2 tup2 bising nya nauzubilah
nak nak dpt geng yg hepi aje mabok2 tak ingat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2021 10:40 AM | Show all posts
flat ni tak layak ade balkoni atau tingkap... mcm kejam pulak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056876 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list