Selepas hampir empat bulan ditutup, aktiviti penggambaran serta tayangan filem di pawagan kini dibenarkan dengan pematuhan SOP ketat di seluruh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).
Kredit foto: Pekerja melakukan kerja pembersihan dan sanitasi dalam panggung wayang sebelum dan selepas slot tayangan. - NSTP/Eizairi Samsudin
Tetapi, perkongsian gambar oleh pengguna Twitter @shahfahzan berjaya menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai spekulasi.
Mana tidaknya, beberapa keping gambar yang menunjukkan anggota keselamatan berada di pawagam untuk mengawal dan memastikan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dipatuhi.
Kredit foto: Twitter Shahfahzan via BH Onlie
Rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan ada yang mengatakan berasa gusar dijaga oleh anggota keselamatan.
Bukan itu sahaja, dapat dilihat komen netizen yang cukup menggelikan hati disebabkan kehadiran anggota keselamatan di sekitar pawagam.
Kredit foto: Twitter Shahfahzan
Nampaknya selagi virus COVID-19 ini belum berakhir, kita perlu membiasakan diri dengan rutin normal baharu menonton filem di pawagam. -CARI
|