CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4760|Reply: 13

isteri masak tak sedap, badan isteri berbau punca bercerai di Melaka

[Copy link]
Post time 10-3-2021 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 10-3-2021 01:16 PM

NEGARA



Mohd. Nadzri Abdul Rahman

Isteri masak tak sedap punca bercerai

  • Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
  • 10 Mac 2021, 9:30 am

MELAKA – Seramai 165 pasa-ngan suami isteri di negeri ini bercerai secara purata pada setiap bulan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Pelbagai alasan diberikan termasuk hal remeh seperti bau badan isteri, pasangan masak tak sedap, anak kerap lapar selain ketagih permainan video.

Pada tahun ini pula, bilangan kes cerai meningkat 48.7 peratus apabila seramai 231 pasangan te-lah mendaftar pada Januari dan Februari lalu,
berbanding 1,979 kes keseluruhan sepanjang 2020.

Mendedahkan perkara itu, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Datuk Mohd. Nadzri Abdul Rahman berkata, alasan remeh itu antara yang diberikan pasangan semasa prosiding penceraian selepas tiada lagi persefahaman antara mereka.

“Semua alasan remeh yang diberikan kebanyakannya berpunca akibat tekanan berkaitan kewangan.

“Semasa proses bercerai, ada juga pasangan beri alasan isteri tak kemas bilik, isteri pe-rokok, pasangan kuat membebel dan macam-macam lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Nadzri, punca kes penceraian khususnya semasa PKP dan PKP 2.0 baru-baru ini meningkat disebabkan pasangan mula lebih ‘mengenali’ pasangan masing-masing selepas mereka terkurung 24 jam di rumah selama berminggu-minggu.

Walaupun punca disebabkan sikap pasangan, namun hakikatnya kebanyakan mereka yang berpisah menghadapi tekanan berkaitan kewangan mungkin kesan hilang pekerjaan atau terjejas pendapatan sepanjang tempoh tersebut.

Mohd. Nadzri memberitahu, selain itu, antara punca lain yang diberikan adalah berkaitan masalah seksual seperti seks luar tabii, hiperseksual atau hubu-ngan kelamin keterlaluan.

“Mungkin sepanjang PKP, suami mempunyai banyak masa di rumah menyebabkan mereka melayari laman dan video lucah yang merangsang persetubuhan luar tabii sedangkan perkara itu tidak berlaku sebelum ini.

“Ini menyebabkan ada isteri yang mengadu tidak tahan kerana terlalu kerap disetubuh dalam sehari,” katanya.

Media sosial juga antara pe-nyumbang kes cerai kerana ada pasangan yang leka melayari Facebook, Twitter dan Instagram.

Ada dalam kalangan mereka meluahkan ketidakpuasan hati melalui medium itu dengan membuka aib keluarga termasuk menyindir pasangan dan keluarga mentua.

Berdasarkan rekod tahun lalu, sebanyak 712 kes penceraian berlaku melibatkan pasangan berusia 31 sehingga 40 tahun yang masih belum stabil dari segi kewangan.

“Ia diikuti pasangan berusia 21 hingga 30 tahun termasuk mereka yang baharu enam bulan bernikah iaitu 673 kes,” katanya.

Kira-kira 50 peratus pasa-ngan bercerai adalah golongan B40 yang bekerja sendiri antaranya peniaga kecil-kecilan dan pembantu kedai makan.-K! ONLINE






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 01:10 PM | Show all posts
aduhaaiiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2021 01:17 PM | Show all posts
50 peratus golongan bercerai adalah golongan B40...isteri mengadu suami kerap sangat tengok video lucah dan kerap bersetubuh di rumah sampai tak terlayan...

semuanya berpunca dr masalah kewangan, di buang kerja dan golongan peniaga kecil...

Media sosial juga antara pe-nyumbang kes cerai kerana ada pasangan yang leka melayari Facebook, Twitter dan Instagram.
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1241423&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 01:28 PM | Show all posts
OMG iols pernh whatsapp tuan hakim tu last year..
tak sangka pula heols Ketua hakim kat melaka..
very polite heols..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm speechless
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung jadi andartu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2021 02:39 PM | Show all posts

win ayat kamu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2021 03:36 PM | Show all posts
Edited by tagas at 10-3-2021 03:40 PM

biarla menjanda at least pernah merase kan bam ipan kan

dr terbiar lemau layu hingga di mamah usia

cabottttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2021 07:14 PM | Show all posts
Dulu tak kawen, nak sangat kawen..dah kawen, mudah pula bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
shop_girl replied at 10-3-2021 07:14 PM
Dulu tak kawen, nak sangat kawen..dah kawen, mudah pula bercerai


setakat 30 ribu utk divorce settlement ,apa ada heran????....kata green-tea...ibarat seketul harga pink birkin jerk...nak downpayment merc GLC 250 pun tak lepas....





Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 10-3-2021 01:17 PM
50 peratus golongan bercerai adalah golongan B40...isteri mengadu suami kerap sangat tengok video lu ...


Yg ada duit sikit macam green~teh...bercerai atas pretext amanah TUHAN(jodoh yg diamanahkan olehNYA padanya) tuh ibarat harga seketul pink birkin jerk...no hal ler....

Pakai setengah tahun,bosan kalu,cerai...ganti baru...apa ada heran????

cerai tuh kan halal????







Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Header kosmo online! ni ntah apa2 je...dh 2021 pn masih buat headline yg berat sebelah lg...

Nper mesti tulis " isteri x pandai masak"

Sedangkan hakim ada gak sebut " lelaki sering tgk porn or lelaki ajk buat luar tabii"

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal skrg.. nahuzubillahminzalik
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by m.a.n.a.kautau at 15-3-2021 11:54 PM
rainbowrainz replied at 15-3-2021 05:18 AM
Macam2 hal skrg.. nahuzubillahminzalik


kalau harga sebuah talak tuh setakat 30K..
.bak kata @green~teh...tiap 6 bulan boej tukar laki tau...macam tukar birkin,rezeki TUHAN beri...manfaatkan ler...
apa guna dapat jadi director(imaginary) kalau harta tuh tak digunakan???? birkin boleh beli...talak tak boleh kah????

bukkankah bahagia tuh orgasm dgn different partners overtime..dgn cara yg halal????? perceraian

@green~teh








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.084309 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list