View: 2073|Reply: 12
|
Duit Anak Hilang, Barang Kemas Ibu Pula Lesap- Rupa-Rupanya Angkara 'Budak Kecil
[Copy link]
|
|
Sudah hampir sebulan tidur Zuki tidak lena dan setiap kali terjaga pasti disebabkan terdengar bunyi seperti seseorang menyelongkar almarinya.
Apabila dia membuka lampu tidur di tepi katilnya, tiada pula sesiapa di dalam bilik namun dalam keadaan mamai Zuki tidak mengesyaki apa-apa.
Sehinggalah pada suatu pagi, satu rumah menjadi kecoh apabila ibu mengadu barang kemasnya lesap. Usaha mencari barang kemas di semua sudut dalam rumah tidak berjaya.
Zuki memberitahu dia dan keluarga berasa pelik namun langsung tidak terfikir bahawa ia kerja-kerja benda halus yang menggangu keluarganya.
Kredit foto: Gambar hiasan via mstar
"Memang buntu mak saya cari rantai emas kesayangannya itu... Ia rantai pemberian ayah sebelum meninggal dunia.
"Sebab itu mak sedih sangat. Dia sentiasa menyimpan barang kemasnya dengan baik sebab itu kami pelik bagaimana ia boleh hilang," katanya.
Bagaimanapun pada satu malam, Zuki tidur lewat kerana perlu menyiapkan tugasan yang hendak dihantar keesokan harinya. Ketika itu, jam sudah menunjukkan pukul dua pagi dan semua ahli keluarga lain lena diulit mimpi.
"Dalam leka siapkan kerja, saya rasa nak terkencing dan ketika keluar dari bilik, saya terdengar bunyi bising di bilik mak. Bunyi macam orang tengah geledah cari barang.
"Kebetulan pintu bilik mak terbuka sebab dia nak bagi cahaya lampu dari luar masuk kerana dia takut tidur dalam gelap.
"Saya pelik dengan bunyi itu tapi saya syak mak saya belum tidur sebab mencari rantai emasnya yang hilang," ceritanya.
Kredit foto: Gambar hiasan via mstar
Ketika dia menolak pintu bilik orang tuanya itu, Zuki memberitahu dia nampak ibunya sedang nyenyak tidur namun bunyi orang mencari barang semakin jelas kedengaran.
Dalam kesamaran cahaya lampu dari dapur, Zuki terlihat susuk tubuh seperti budak kecil sedang mencari sesuatu.
"Dalam samar-samar, mata saya tepat memandang makhluk itu, apabila ia menyedari kehadiran saya, ia pantas melarikan diri... hilang sekelip mata," katanya.
Selepas ternampak makluk itu, Zuki seolah-olah terpukau dan tidak sedarkan diri sehinggalah dikejutkan ibunya berkali-kali.
"Mak tanya apa sudah berlaku dan apabila saya ceritakan semuanya, mak seolah-olah sudah menjangka kejadian pelik yang berlaku di dalam rumah mereka sejak akhir-akhir ini.
"Malah kata mak, dia mengesyaki mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya lalu menggunakan amalan syirik untuk menyusahkan kehidupan mereka sekeluarga.
Kredit foto: Gambar hiasan via mstar
Akibat kejadian itu, Zuki tergerak hati untuk memeriksa wangnya yang disimpan dalam almari namun sayang sekali, ia turut lesap.
"Walaupun sedih dengan peristiwa itu tapi saya anggap ia bukan rezeki saya... Syukur selepas makhluk itu terkantoi sedang selongkar almari mak, tiada lagi gangguan atau barang yang hilang di rumah kami.
"Barangkali kerana sudah 'kantoi' ia takut untuk kembali lagi," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Actually, toyol ni ada physical figure atau hanyalah jelmaaan halus/spirit? |
|
|
|
|
|
|
|
tetiber terigt bacokkkk... bacokkkkkk hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada penah dengar orang cakap staple duit kertas sekali sebab dia tak pandai bukak stapler nak ambik duit small amount ahhaha. Tak tau lawak ke betul |
|
|
|
|
|
|
|
Sopan yek toyol. Pandai tutup kemaluan{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Sopan yach toyol. Pandai tutup kemaluan{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct: tetiber terigt bacokkkk... bacokkkkkk hahahah
Seram citer nihh.dulu la,masa kanak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takda sape2 nak suspek zuki ni sendiri ke menyamar jadi toyol?
Terkantoi mak terjaga terus ala2 penin gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
tempat aiols ni ada jugak.Ai sendiri dengan asben hilang duit.Tak hilang semua ,sikit sikit .
tpi bila di cmpur 2-2 ,cecah gak ratus.Sebab hilang beberapa kali jugak.
Memula ingat anak yang amik tpi tak nampak pulak bermewah dan diaorg pun tak tahu weolls simpan kat mana.Cari petua cmne nak elak,ada petua kata bela ikan puyu,ada kata kadang hijau (nanti leka main).
Bila buat, dompet pun mmg bawak aje waima ke toilet.Duit pun takde la nak simpan banyak dlm wallet.Keluar yg perlu aje.
lelama takde dah hilang duit.
Tak lama lepas tu ada sorang akak ni mengadu dlam group duit dia hilang .Pastu sorang2 ckp aah duit dia pun hilang tapi tak banyak .
Bila dah bising2 dlm group , takde dah hilang duit.
Bila dah lama senyap..muncul lagi.Ai simpan kan duit anak ai kumpul masa sekolah.ada rm60.
Ai sorang aje yg tau tempat ai simpan.Sekali bila terdetik nak tengok tgl rm10 walhal baru 2 hari sebelum tu ada rm60.
Sakit hati betol.
Btw.masa mula2 ai pindah tu dah dgr pasal ni.and orang sini mmg macam tahu sape punya kerja.Benda ni bila kta perasan ,dia senyap tetiba.Bila kita leka,mula balik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|